Salah satu bazar paling meriah tiap kali nak raya di Johor Bahru ini ialah bazar Pandan City atau lebih di kenali dengan Pasar Borong Pandan.Di sini pelbagai baju raya boleh di dapati dengan harga yang tidak kurangnya murah macam di Jalan TAR KL.
Pilihan baju jubah dan baju Melayu di sini sangat-sangat tranding dan murah.Harga di jual dari RM50-RM200 dan jika ditempat lain pasti menjangkau sampai 3-4ratus.
Peniaga pulak sengaja mencari idea-idea baru bagi melariskan jualan mereka.Contoh paling senang meletak pelbagai tag nama di baju yang mereka jual.Macam kat atas ini "Jubah Abang Sado 6Pek".Haih macam-macam gelagat.
Nie pun satu jugak gelagat "wefie" RA dan rakan RA Ustaz Firdaus membeli belah untuk persiapan terakhir Ramadhan.Dah jam 1pagi tapi pasar borong pandan ini masih lagi meriah dengan hiruk pikuk peniaga dan pembeli.Nak tahu betapa meriahnya cuba lihat video di bawah ini.
No comments:
Post a Comment