Saturday, February 13, 2016

JJNM : Nasi Lemak Cik Chom

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
NASI LEMAK CIK CHOM - BATU PAHAT

 Malam semalam ke Batu Pahat rumah kakak RA tujuannya nak bawa balik ayah RA yang kakak jaga seminggu dah.Jadi dah terlanjur ke sana sempat lah RA singgah ke Kedai Makan Nasi Lemak Cik Chom yang terkenal dan menjadi viral di laman-laman sosial sekarang nie.

Ini kali ke 2 RA datang sini.Kali pertama datang tak dapat makan , sebab orang terlalu ramai.Maklumlah masa tu jadi popular sebab di viralkan.Jangan cakap nak duduk makan dalam kedai , nak beli bungkus pun kena beratur panjang.

 .Alhamdulillah malam nie nasib RA baik,orang pun tak ramai jadi sampai terus ke meja layan diri amik Nasi Lemak Sotong King terus cari meja makan dan menikmati Nasi Lemak yang menjadi kegilaan masyarakat Batu Pahat sekarang ini. 

 Atas Nasi Lemak ini berwarna hijau menunjukkan identiti tersendirinya.Sotong Raja dia memang besar eh jadi pastikan anda suruh mereka gunting kecik-kecik sotong ini.RA datang makan seorang je malam ini dan sungguh pun ramai pelanggan yang datang berkumpulan mahupun bekelurga, tuan kedai ini sangat-sangat peramah bertanya khabar di setiap meja pelanggan termasuklah meja RA.Haa macam ginilah memberikan perkhidmatan terbaik.Ternyata tak sia-sia RA memandu jauh-jauh ke Batu Pahat, sebab rasanya cukup sedap dan menyelerakan.(tulis dengan mata-mata terbeliak)

 Minuman RA ialah teh tarik.Susunya harus di godak sebab ia dibiarkan mendak di bawah gelas minuman.Memang sesuailah kedai manjadi pilihan pelanggan.Harganya murah , rasanya sedap , perkhidmatan mesra pelanggan dan suasana dalam dan luar kedai yang agak santai.CUBALAH..


Wednesday, February 3, 2016

Bingkisan Dari Mekah AlMukaramah

Alhamdulillah,seperti yang di janjikan bingkisan dari Mekah menyusul selepas RA menziarahi Madinah.Syukur rombongan kami tiba di Mekah jam 9malam dengan berihram.Selepas sedikit taklimat di berikan oleh Mutawif , kami semua berkumpul di tingkat 4 untuk mengambil kunci bilik masing-masing.RA dapat bilik di tingkat 4 dan hotel penginapan sepanjang di Mekah ialah Hotel Al Safwah Towers.RA berkongsi 8orang termasuk dengan 2mutawif kami.Ingatkan bilik kecik,rupanya dapat Bilik Suite, ada dapur , ruang tamu , 1 bilik air , dan 2 bilik tidur yang cukup selesa.Bukak je tingkap...nah tersergam Masjidil Haram depan mata.Rupanya hotel ini betul betul di hadapan Masjidil Haram.Alhamdulillah syukur tak terkata RA ucapkan.

Jam 1130malam Mutawif dah siap menunggu kami semua yang pertama kali mahu mengerjakan umrah di lobi hotel secara berkumpulan.Bagi mereka yang sudah tahu dan tidak mahu mengikuti boleh terus mengerjakan sendirian atau bersama keluarga masing-masing.

Pertama kali menatap Kaabah di depan mata sendiri merupakan satu nikmat kepuasan yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.Cuma yang dapat RA ucapkan hanya rasa bersyukur yang teramat kerana menjadi tetamunya di sini.Baitulallah memang kena pada namanya.Ustaz Syamel mutawif rombongan memulakan solat sunat di luar MasjidilHaram dan di sertai oleh doa kami semua menuju masuk ke Mataf untuk bertawaf 7kali keliling.Ustaz di hadapan di ikuti jemaah wanita dan kami jemaah lelaki mengikuti dari belakang sambil mengaminkan setiap doa yang di baca oleh Ustaz Syamel ketiba bertawaf.Sesekali RA menatap buku rujukkan kecil yang di berikan oleh pihak Tiram Travel kepada RA.Selesai bertawaf , kami menunaikan solat sunat tawaf di antara Multazam dan Makam Ibrahim dan di sudahi dengan meminum air zam-zam.Rukun umrah seterusnya ialah mengerjakan Sa'ei.7kali ulang alik dari Safa ke Marwah.Jam pula menunjukkan 2pagi saat RA masuk di ruang Sa'ei tingkat atas.Pada masa nie jugak tapak kaki dah mula terasa bisa dan kering sebab berjalan di atas batu marmar yang keras dan sejuk.Ada juga di kalangan jemaah yang memuangkan air Zam-Zam pada tapak kaki yang kering di ruang sinki.Alhamdulillah jam 330pagi RA dan beberapa rakan dan mutawif selesai membuat 7kali ulang alik dari Safa ke Marwah.RA akhiri rukum umrah dengan memotong 3helai rambut.Di ruang akhir Sa'ei ini juga terdapat beberapa peniaga yang mengambil kesempatan dengan memotong tiga helai rambut dengan harga $10Rial.Jadi pastikan anda membawa gunting kecil bersama-sama dan potonglah 3helai rambut sendirian untuk mengelak dari di kenakan harga yang mahal.Nak bercukur botak anda bolehlah mengikuti peniaga berkenaan ke kedainya dengan di kenakan bayaran sekitar $10-20Rial.Jam 4pagi RA selesai menjalani ibadah Umrah dan pulang ke hotel untuk mandi dan bersiap-siap menunaikan Solat Fardu Subuh di Masjidil Haram.

Waktu pagi selepas subuh di hadapan MasjidilHaram yang sempat RA rakamkan dari jendela bilik hotel RA.


Haa inilah dia mana hotel yang RA menginap sepanjang berada di Mekah.Hotel ini dekat sebelah jam besar Mekah tu je.

Cantik kan senibina anak Malaysia yang membina bangunan jam besar dan Hotel Hilton Suite nie...Hotal RA sebelah kiri Hilton ini je.Bangunan Hotel yang bercermin biru tulah tempat RA menginap.

Selain mengerjakan umrah dengan berihram,kita boleh juga mengerjakan tawaf sunat tanpa berihram.Gambar ini RA amik setelah selesai mengerjakan Tawaf Sunat sebelum subuh.Jika ada yang ingin mengucup Hajaratul Aswad RA sarankan pergi selepas jam 8pagi.Saat ini orang kurang sedikit.Ada juga di kalangan warga Indonesia samaada pelajar atau pun mereka yang lama menetap di sini menjalankan khidmat membawa jemaah ke Hajarul Aswad.Macam yang RA lalui , RA di sapa oleh dua orang dari Indonesia yang menawarkan diri mereka membawa RA dan rakan RA ke Hajarul Aswad dengan harga yang awalnya mereka kata ikhlas berapa saja beri mereka terima.Tapi selepas di tanya oleh RA berapa harga yang mereka mahu, mereka meminta 130 riayal seorang (jumlah 260Riyal dari RA dan seorang rakan).RA bersetuju dengan harga itu,walaupun agak mahal tapi apalah sangat kalau nak di bandingkan dengan kesempatan yang ada di depan mata tu....Alhamdulillah melalui bantuan mereka inilah RA dan rakan RA dapat sampai di hadapan Multazam dan Hajaratul Aswad seterusnya dapat mencium sebanyak dua kali.Kesimpulannya jika anda di pelawa oleh mereka-mereka ini pastikan anda tanya dahulu harga yang mereka tawarkan.Jika bersetuju dengan harga yang mereka minta barulah ikut mereka yea.Lagipun kita bukan selalu pergi Mekah kan dan peluang bukan datang selalu,jadi jika berkemampuan apa salahnya.Percayalah bukan senang nak ke Hajarul Aswad jika kita pergi sendiri tau.Orang ramai dari pelbagai pelusuk dunia semua tertumpu nak ke sana.

Oklah tinggalkan cerita Hajarul Aswad tu.Gambar ini adalah gambar tingkat paling atas Masjidil Haram.Hanya melalui satu pintu sahaja untuk ke sini dengan menaiki tanga bergerak.Selalunya ia di buka waktu pagi solat subuh , solat Jumaat dan petang saat solat Margrib hingga ke Isyak.


Bahagian atas ini kekurangan kerusi untuk bersolat bagi mereka yang tidak berupaya.Jadi adalah lebih baik pada sesiapa yang ingin berwakaf meletakkan kerusi yang sudah di beli di sini.

Pandangan sekeliling Mataf dari jendela hotel RA yang masih dalam pembangunan untuk kemudahan Haji tahun ini.

Gambar ini di ambil dari tingkat bawah dan atas ruang pejalan kaki untuk tawaf.

Ianya ada 3tingkat kesemuanya.Jika di bawah sesak dan penuh anda boleh memilih untuk bertawaf di tingkat 2 dan 3. 

Jam 1pagi di Mataf memang tidak lekang dengan kunjungan manusia.


Di antara Pintu Multazam dengan Hajaratul Aswad tu antara tempat makbul doa InsyaAllah dengan izinnya.Antara gambar yang dapat RA rakam pada jam 1pagi.

Deretan tong Air zamzam sedia menunggu untuk di minum oleh pengunjung.Waktu ini dah nak subuh.Azan Subuh di Mekah ada dua kali.Sejam sebelum solat subuh azan pertama berkumandang mengejutkan mereka yang tidur untuk bersiap-siap solat Subuh.Azan ke dua selang sejam menandakan waktu solat subuh.

Pintu masuk utama yang menuju terus ke Mataf.Kat pintu sini ada dua menara menunjukkan ia adalah pintu utama Masjidil Haram.


 Waktu subuh lampu hujau di pasang di menara ini.Suhu Mekah waktu subuh juga tercatat di luar menara ini.saat gambar ini di ambil suhu ketika itu 26'c.

Ini ruangan dalam Masjidil Haram yang di ambil dari pintu masuk sa'ei.Agak lengang sebab ini adalah ruang solat masjid di sebelah belakang.

Ada banyak pintu masuk Masjid ini.Untuk memastikan anda tidak sesat,pastikan no pintu di mana anda masuk dan di situlah anda kena keluar.Bukan apa masa pertama kali RA tiba di sini , ada 2jemaah kami yang sesat tak jumpa bilik hotel.Satu tu jemaah perempuan yang masuk bersama kami mengerjakan tawaf tetapi hilang dan RA jumpa dia selepas solat subuh dalam keadaan tercengang -cengang.Satu lagi jemaah lelaki di jumpai oleh rakan sebilik RA waktu balik mengerjakan solat Isyak dan masih berpakaian ihram lagi.

Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu di Saudi.Selalunya Khamis Malam Jumaat ramai penduduk luar Mekah akan datang ke Tanah Haram untuk bersolat dan melakukan Umrah di sini.Pemandangan ini RA rakamkan dari jendela bilik hotel RA.Dari dalam Masjidil Haram hingga di luar dataran penuh dengan jemaah yang bersolat.Tu belum lagi bersambung ke dalam pusat membeli belah.SubahanaAllah sesungguhnya ini pengalaman pertama RA melihat betapa ramainya umat Isalam bersatu mengerjakan solat fardu berjemaah.Solat Jumaat di Masjdil Haram pastikan anda bawa telefun bimbit anda yang mempunyai frekuansi radio FM.Anda boleh mendengar khutbah Jumaat dalam bahasa Indonesia yang telah di alih bahasa melalui frekuansi FM masjid yang akan di beritahu oleh petugas-petugas sebelum Khutbah bermula.Jadi bila imam mula memberi khutbah dalam bahasa Arab,radio FM dari frekuansi masjid akan mengalih bahasa khubah itu ke dalam pelbagai bahasa pilihan.Jika terlupa membawa alat pendengar di telinga (headphone) ,anda boleh meminta dari petugas-petugas yang ada di dalam Masjidil Haram.

Ini adalah pengalaman dapat bersolat berhampiran dengan Imam Masjidil Haram.Lihat saja tumit kaki Imam yang merekah-merekah tu masyaAllah.Selalunya selepas imam mengimamkan solat fardu, beliau akan bergegas pula ke bilik mayat untuk mengimamkan solat Jenazah.Beruntung sungguh bagi mereka meninggal di solatkan jemaah di MasjidilHaram.

Ok kita ke sudut yang lain pula tapi masih di dalam Masjidil Haram.Nampak buku yang RA baca tu?Buku tu RA dapat di Perpustakaan Masjidil Haram...Yea,di dalam masjid ini ada juga perpustakkaan terletak di tingkat 3 dari pintu masuk utama.Masuk dari pintu menara berkembar utama pergi ke tangga sebelah kanan dan naik ke tingkat tiga.InsyaAllah akan jumpa perpustakaan.

Terdapat banyak buku-buku Feqah,Hadis , gambar- gambar lama Masjidil Haram tetapi kebanyakkan dalam bahasa Arab.Ada juga rak-rak buku yang di asingkan mengikut bahasa walaupun tak banyak.Ada bahasa Indonesia ,English , Jerman , Spanyol , Cina dan juga India.

Selesai solat Fardu, jika anda mahu memperdengarkan bacaan Al Quran anda betul atau tidak maka pergilah ke masjlis ilmu iaitu Tasmeeq bacaan Quran.Selalunya selepas solat fardu ada Sheikh - Sheikh yang sentiasa bergilir-gilir bertugas duduk di beberapa sudut tiang dalam masjid untuk memeriksa bacaan Al Quran anda sama ada betul atau tidak sebutannya yang mana jemaah akan bergilir-gilir mengambil giliran membaca.Tak kira anda dari mana cuma duduk ikut kumpulan yang dah sedia ada bawak Al Quran dan bila tiba giliran anda perdengarkanlah bacaan anda.Mereka akan kagum dan berbangga jika kita bukan orang Arab tapi dapat baca dengan sempurna sebutannya.

Tazkirah pula di adakan setiap hari selepas solat fardu Isyak sampailah ke subuh.Ada beberapa bahasa yang mereka buat dalam Masjid ini.Kita boleh duduk di kumpulan jemaah Indonesia jika tidak faham dalam bahasa arab.Carilah mereka-mereka ini yang selalunya berkumpul di beberapa tiang dalam masjid.

Ok ini pulak kawasan luar Masjidil Haram.Hotel sebelah kiri ialah Hilton hanya bertentangan dengan pintu utama Masjidil Haram.Manakala sebelah kanan Hotel Elaf yang terletak di belakang hotel Hilton.Di hadapan hotel Elaf adalah jalan raya untuk penjalan kaki ke Masjidil Haram.Selalunya selepas solat fardu kawasan ini penuh dengan umat manusia yang berehat di tepi kaki lima sambil menjamu selera dengan pelbagai makanan yang di jual di kawasan ini pada harga yang cukup murah.

Kalau ke sini jangan lupa merasa Aiskremnya ini.Di jual di kedai berhampiran kaki lima dengan harga $3riyal.Tong air yang di bawa pemuda berbaju hijau ini adalah air suam percuma kepada pengunjung.Ia di wakafkan oleh penduduk mekah yang dermawan.

Lawatan luar Kota Mekah adalah ke Jabar Thur.Tempat di mana RasullulAllah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dalam peristiwa hijrah nabi ke Madinah.Ala yang korang pernah dengar cerita pasal burung Merpati dan sawang labah-labah yang menutup pintu masuk ke gua tempat RasulluAllah bersembunyi tu.Haa inilah tempatnya.Sekarang tempat ini di bangunkan oleh syarikat Bin Laden.

Besar sungguh syarikat Bin Laden nie yea.Banyak peluang perniagaan yang mereka ceburi.Gambar berkumpulan setibanya di Jabar Thur.Ini jemaat dari kumpulan 2...kumpulan 1 tak sampai lagi masa nie.

Lawatan luar seterusnya ke Jabar Rahmah.Sinilah tempatnya di pertemukan Nabi Adam dan Hawa setelah bertahun-tahun berpisah dan di keluarkan dari syurga.

Mula-mula hajat nie nak naik lah sampai ke atas,tapi bila dengar ceramah dan penerangan dari corong pembesar suara yang telah di rakamkan bahawa tempat ini tidak mempunyai apa-apa kelebihan.Tak perlu bersolat di sini dan khabar angin mengatakan kalau nak dapat jodoh baik berdoa di sini adalah bidaah semata-mata.Jadi sampai ke takat tinggi tu jelah yang RA naik.

Ini adalah bentuk muka bumi Mekah yang berbukit dan berbatu.Torowong ini di buat menghubungkan jalan-jalan utama ke MasjdilHaram.

RA juga di bawa melintasi Padang Arafah dan Mina.Gambar Jenjatas di atas ialah landasan monorel yang telah siap di bina menghubungkan Padang Arafah dengan Mina.Ia di gunakan sekali setahun iaitu semasa musim Haji.Masjid di atas inipun sama,hanya di gunakan ketika musim haji sahaja.

Inilah keadaan khemah-khemah jemaah yang akan bermalam di Mina semasa musim haji nanti.

Keadaanya agak lenggang sebab hanya di buka setahun sekali iaitu pada musim haji sahaja.

Yang kontena-kontena berwarna merah jambu dan biru tu adalah tandas wanita dan lelaki untuk kegunaan jemaah semasa di padang Arafah.

Tu dia muka Mutawif RA berjubah Merah dan gambar bersama beberapa jemaah kumpulan 2 yang ke Jabar Nur malamnya. 

Lawatan ini adalah lawatan tambahan bagi sesiapa yang mahu ke Jabar Nur.Tempat wahyu pertama di turunkan.Lawatan di buat selepas solat Isyak dan di kenakan bayaran tambahan sebanyak 20riyal kalau tak silap RA.RA tak ikut lawatan ke sini sebab masa tu selsema dan badan tidak sihat.Lepas Isyak makan panadol terus tertidur.Sadar-sadar mereka semua dah balik jam 3pagi.Cantik pemandangan dari atas Jabar Nur nie,sayang tak dapat ikut serta.

Lawatan luar Mekah seterusnya adalah ke padang pasir di mana terletaknya ladang Unta.Di sini juga ada menjual susu Unta.Cuba lah beli dan merasa.Sedap sama macam susu lembu dan tiada bau hamis langsung.

Nie amik mood ala-ala Aladin dengan Lampu Ajab.haha.Kepala botak sudah,buat tahlul .

Kalau ke sini memang wajib bergambar dengan unta-unta yang jinak nie.Lawatan di akhiri dengan berniat mikat di Masjid Hudaibiah untuk mengerja Umrah.Baju Ihram saat lawatan luar ini memang selalu kena bawa.Senang nanti nak berihram dan niat sebelum masuk semula ke tanah suci.

Video Ladang Unta yang sempat di rakamkan

Apapun Alhamdulillah RA dapat mengerjakan Umrah untuk diri sendiri sebanyak 2x dan umrah yang ketiga RA buatkan untuk arwah Ibu RA.Selalunya setelah selesai buat ibadah RA akan mencari Murtabak ini yang kedainya terletak di sebelah hotel Hilton.Harga murtabak kat sini lebih murah. Harganya $5riyal jika di bandingkan dengan murtabak kat bawah hotel RA yang berharga 10-15riyal.

Ini adalah kenalan baru RA.Orang Kampung Melayu Majidi tapi duduk dan bekerja di KL.

Perkenalkan kenalan dan juga jemaah paling tertua dalam kumpulan kami.Masih kuat berjalan dan bangun pagi untuk Tahajud.Haji Ujang yang berumur 75++ dan rakan jemaah yang di sebelahnya , Badrul.Bergambar di lobi hotel sebelum membuat Tawaf Wida.Tawaf selamat tinggal.Wajib di buat sebelum pulang ke Malaysia.Kalau tak buat kena dam iaitu denda korban seekor kambing.

Ada sesuatu yang menarik dengan syarikat pembekal yang menguruskan kebersihan Masjidil Haram :
1.Pekerja mereka bekerja 24jam sehari.
2,Antara syarikat pembersihan terbaik di dunia milik Syarikat Bin Laden.
3.Tender yang mereka tawarkan untuk mendapat projek ini ialah sebanyak 1riyal setahun.
(maksudnya syarikat ini mewakafkan tender mereka dengan harga paling murah di dunia)

Inilah malam terakhir yang sempat RA rakamkan gambar dan Video di MasjdilHaram.

Saat ini jam 1214pagi dah suhu jatuh ke 22'C

Inilah antara muka-muka jemaah Umrah yang mengikuti dalam perjalanan pulang ke Malaysia dengan pesawat Air Asia.

Setelah tiba di KLIA bagasi di ambil dan penyerahan Air Zam-zam setiap seorang.Seorang mendapat 5liter air sahaja.Tak bolah bawak lebih sebab itu adalah had kerajaan Saudi berikan.Gambar berkumpulan di rakamkan untuk menjadi kenang-kenangan.Sesungguhnya pengalaman di tanah suci adalah pengalaman terindah dalam hidup RA.

Antara barangan yang di minta oleh kenalan RA.Biji Habatusauda,penawar pada segala penyakit , kecuali mati.Harga sebotol 200g nie leh tahan mahal jugak iaitu 30riyal.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....