Wednesday, October 22, 2014

JJNM : Olive Music Cafe

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
OLIVE MUSIC CAFE
- Nong Chik Heights -

Dalam kemeriahan Deepavali RA berkesempatan munim petang merangkap makan malam di salah sebuah kafe milik salah seorang pelajar Raymond,kawan baik RA.Terletak di deretan lot kedai di Nong Chik Heights kawasan yang baru di buka kira-kira 6 bulan lepas.

RA rasa lokasi nie pasti ada yang tahu kan.Cuma kafe ini terletak di bahagian belakang,agak tersorok sedikiti tetapi takdelah susah mana nak cari pun.Menu di sini 80% masakkan barat dan 20% masakan tempatan.

 RA suka dengan dekorasi kafe ini.Nampak begitu elegent dan mewah dan berkonsep santai khas untuk orang muda datang melepak.Harga makan kat sini pun perpatutan dan bersesuaian dengan menunya.

  Menu spagetti seperti ini memang selalu menjadi pilihan ramai.Ia juga menjadi pilihan si Raymond. 

Memandangan ini ianya sekadar menu minum petang dan sedikit makan malam,RA memilih Fish & Chip sahaja.

Ada kentang goreng , mayonis dan salad.Harga menu ini RM15.90 sepinggan

Air Fresh Oren pula segelas RM7.90.Tak tahu pulak si Raymond pun pilih air yang sama. 

Ok bagi yang datang bersendiririan bolehlah melepak di ruangan bar ini.Tak jual arak pun.Oh yea kafe ini milik 100% orang Melayu dan menu yang di sajikan halal.

 Sebahagian lagi ruangan dalaman kafe yang sempat RA rakamkan di kamera telefun RA.

 Nak tahu kenapa Kafe ini di namakan Olive Music Cafe? inilah salah satu sebabnya.Di ruangan hujung kafe ini di sediakan pentas khas untuk persembahan muzik.Di beritahu bahawa setiap Jumaat hingga Ahad.Jadi bagi yang berminat bolehlah datang ke sini,selalunya malam kat sini ramai orang,jadi datang awal yea. 

1 comment:

Lynn Huraiza said...

insyaallah boleh terjah satu hari nanti...nampak kemas cafenya...

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....