Hujung minggu kembali lagi.Tapi tengah hari ini RA ada temujanji beraya di rumah terbuka YB Tan Sri Hj Shahrir yang di adakan di Stadium tertutup MBJB.Kalau ke majlis macam nie kena datang awal,sebab kalu datang lambat nanti tempat letak kereta dan makanan yang sedap-sedap habis.
Sampai juga akhirnya,Nik dan keluarga pulak datang 30minit selepas tu.Menu utama yang di hidangkan terlalu banyak.Ada Satey,Nasi Minyak , Capati , Sup Tulang , Laksa Johor , Mee Rebus , Rojak , Lontong , Lemang dan macam-macam lagi lah.Acara di selang selikan dengan nasyid dan berzanji dari wakil-wakil kumpulan di sekitar Johor Bahru.
Nampak?? inilah beberapa makanan yang sempat RA sambar.Banyak sangat makan perut tak leh terima maklumlah kan baru habis berpuasa.Buat puasa sunat lagi semalam.
Meriah tu meriah jugak.Tapi ingatan terhadap kemalangan yang menimpa MH370 & MH17 tetap dalam ingatan.Jam 1230tengah hari masih lagi tak ramai yang datang.Ramai yang balik kampung dan belum habis kerja kot.Tapi bila jam 1petang kereta makin galak masuk ke ruang tempat letak kereta.
Akhirnya dapat jugak bergambar dengan tuan majlis rumah terbuka ini iaitu Tan Sri Hj Shahrir.Tu pun selepas mengambil giliran nak bergambar.huhu.Alamak baru perasan semua pakai baju warna biru la pulak..Team JDT katernya.
No comments:
Post a Comment