Masih ingat kah lagi dengan restoran makanan segera yang dulunya penah popular sekitar akhir tahun 80-an sebelum adanya Mc'donald & KFC di Johor Bahru?.Kalau nak tahu "Restoran Chicken Delight" ini lah yang terbaik masa tu.Kakak RA,dapat duit gaji atau bonos mesti beli ayam goreng kat sini bawak balik rumah.RA pun dulu penah kompul duit belanja sekolah sebab nak makan ayam goreng dia.Dulu cuma ada 2je kedainya kat JB,satu kat Taman Sentosa dan satu lagi kat Tun Aminah.Kira kalau dulu makan kat sini dah kira macam orang kayalah,sebab zaman tu makanan segera tak sepopular sekarang.
Ok jam 830malam kami semua dah tercongok sampai,terus pesan makanan sebab kat luar tu ujan renyai-renyai dan di susuli dengan lebat.(macam peramal cuaca lak).Dah la petang tadi heboh pasal puting beliung muncul kat Selat Tebrau.hehe
Ayam Goreng set RM8.50 dengan roti bun + kentang goreng + Koleslaw
En Olie makan Mee Tiew kantonise
Ini semua air lain harga yea...huhuhu
Kentang dengan mayonis + ayam goreng 3 ketul + Chicken Chop + Banana split pun dia amik buat azie dan anak-anaknya.
Kak Ros makan mee goreng mamak yang menjanjikan ,memang sedap dari mee goreng mamak kat luar.Set abang Mat sama dengan set RA.Ayam goreng kat sini rasanya sedap seperti 20tahun yang dulu.Cuma menunya di tambah dengan pelbagai makanan tempatan dan barat.Satu yang RA tak suka pasal tempat ini penghawa dinginya tidak terasa dingin.Sama ada nak jimat kos atau nak kurangkan kesejukkan di luar yang hujan tu RA tak pasti.Yang pastinya RA berpeluh sikit makan kat sini sebab RA pakai baju tebal sejuk malam nie.
2 comments:
shukri
said...
Dulu dekat ulu tiram pun ada satu branch bang..sekarang dh jadi bank..
2 comments:
Dulu dekat ulu tiram pun ada satu branch bang..sekarang dh jadi bank..
tula byk dah tutup da
Post a Comment