Tuesday, December 31, 2013

Selamat tinggal 2013

Dalam beberapa jam sahaja lagi tahun 2013 akan meninggalkan kita.Sesungguhnya tahun ini adalah tahun paling manis buat RA.Tahun ini RA banyak dapat kenalan baru,berjumpa kawan-kawan sekolah lama dan menghabiskan aktiviti makan-makan bersama.RA bersyukur di kelilingi oleh rakan-rakan yang memahami.Tahun ini jugak menyaksikan RA ke pelbagai destinasi dan walaupun tidaklah sejauh mana,tapi di setiap destinasi yang RA lawati meninggalkan satu kenangan manis yang sukar di lupakan.Ujian demi ujian , masalah demi masalah juga datang bertimpa-timpa tetapi RA bersyukur dapat menhadapinya dengan tenang dan seterusnya keluar dari permasalahan itu.

 

RA juga mengucapkan terima kasih buat semua pembaca blog RA,para pelanggan atau lebih RA anggap seperti saudara RA sendiri kerana sudi mengikuti pakej-pakej lawatan yang RA telah anjurkan.Bagi yang mengikuti JALAN-JALAN NAK MAKAN dan ingin tahu ke mana lagi restoran dan tempat makan yang RA akan pergi boleh terus mengikuti nya pada tahun hadapan ke tempat-tempat makan yang lebih gempak.


RA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014


Saturday, December 21, 2013

Tangkapan Hari ini

Inilah hasil tangkapan yang dapat RA ambil hari ini.Lawatan ke Kota Singa dan gambar di ambil berhampiran Fullerton Hotel & Anderson Bride.Bangunan ini bangunan lama yang dulu nya menjadi rumah api tetapi sekarang selepas jalan di tambak di hadapan Merlion Park tu ia dia ubah suai menjadi Pub dan Kafe.

 Ini lak pemandangan Marina Bay Sand dari jambatan besi Anderson.

 Dari Jambatan ini juga kita boleh melihat kota metropolis Singapura,agak tersusun dan kemas.Kalau jalan depan sikit nanti jumpalah Clark Quey.

 Haa inilah Jambatan penuh nostalgia yang seriang kali jugak keluar dalam filem-filem P.Ramlee.

 Jambatan Anderson yang terletak berhampiran City Hall dan Fullerton Hotel.

 Ok itu je buat tatapan pembaca.Jumpa lagi


Wednesday, December 18, 2013

JJNM : Chicken Delight Setia Tropika

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN

 - CHICKEN DELIGHT SETIA TROPIKA -

 Masih ingat kah lagi dengan restoran makanan segera yang dulunya penah popular sekitar akhir tahun 80-an sebelum adanya Mc'donald & KFC di Johor Bahru?.Kalau nak tahu "Restoran Chicken Delight" ini lah yang terbaik masa tu.Kakak RA,dapat duit gaji atau bonos mesti beli ayam goreng kat sini bawak balik rumah.RA pun dulu penah kompul duit belanja sekolah sebab nak makan ayam goreng dia.Dulu cuma ada 2je kedainya kat JB,satu  kat Taman Sentosa dan satu lagi kat Tun Aminah.Kira kalau dulu makan kat sini dah kira macam orang kayalah,sebab zaman tu makanan segera tak sepopular sekarang.

Ok jam 830malam kami semua dah tercongok sampai,terus pesan makanan sebab kat luar tu ujan renyai-renyai dan di susuli dengan lebat.(macam peramal cuaca lak).Dah la petang tadi heboh pasal puting beliung muncul kat Selat Tebrau.hehe

Ayam Goreng set RM8.50 dengan roti bun +  kentang goreng + Koleslaw

En Olie makan Mee Tiew kantonise 

Ini semua air lain harga yea...huhuhu

 Kentang dengan mayonis + ayam goreng 3 ketul + Chicken Chop + Banana split pun dia amik buat azie dan anak-anaknya.

 Kak Ros makan mee goreng mamak yang menjanjikan ,memang sedap dari mee goreng mamak kat luar.Set abang Mat sama dengan set RA.Ayam goreng kat sini rasanya sedap seperti 20tahun yang dulu.Cuma menunya di tambah dengan pelbagai makanan tempatan dan barat.Satu yang RA tak suka pasal tempat ini penghawa dinginya tidak terasa dingin.Sama ada nak jimat kos atau nak kurangkan kesejukkan di luar yang hujan tu RA tak pasti.Yang pastinya RA berpeluh sikit makan kat sini sebab RA pakai baju tebal sejuk malam nie. 

Johor Bahru & Puting Beliung?

 Amacam ? betul tak? inilah dia fenomena puting beliung yang terjadi melalui air di Selat Tebrau dan di jambatan link ke 2.Ianya dikatakan berlaku jam 430petang - 6petang tadi.

 Keadaan sebenarnya masih lagi terkawal (ceh wah)

 Tak dapat nak sangkutkan paparan video kat sini,tapi kalau ada sesiapa yang nak tengok laporan video yang jelas bolehlah add kat facebook RA.sebab RA dapat share video tu pun dari kawan Fbook.Tapi yang kat video dari jambatan link ke2 tu memang dahsyat.

 Ianya bermula di Lot 1 Johor Bahru kemudian ke hadapan Masjid Sultan Abu Bakar , Dataran kemudiannya hilang menuju ke jambatan link ke 2.

 Sekian lapuran RA dari luar kawasan.

Pesta Cahaya di Orchard Road

 Bagi sesiapa yang ingin membeli belah di Orchard Road Singapura,minggu ini adalah minggu paling sibuk dan paling meriah di sini.Maklumlah ramai warga kota Singa ini akan membuat persiapan menyambut perayaan hari natal minggu hadapan.Jadi buat tatapan anda yang akan ke sini RA lapirkan beberapa keping gambar yang sempat RA rakam mengunakan kamera salah seorang tetamu yang RA bawak berkunjung baru-baru ini di sini.

 Ini adalah di sekitar ION Mall , The Tang & Wheelock Place.Di sepanjang jalan Orchard Road ini di meriahkan dengan lampu-lampu yang di taja penuh oleh Hitachi.

 Menurut apa yang di beritahu tahun ini Orchard Road di hias seperti salji yang turun.Warna Putih dan Biru menjadi pilihan kali ini.

 Antara sebahagian pokok krismas yang di pamirkan di hadapam ION Mall.Paragon Mall pula bergermalapan dengan cahaya ke emasan manakala Mandarin Gallery warna merah jambu menjadi pilihan.

Meriah kan warna lampu-lampu kat sini

 Ini kat depan Takashimaya - Nge Ann City.Di fahamkan lampu-lampu ini akan tersedia hingga 1Jan2014 sahaja.Jadi bagi sesiapa yang belum ke sini cepat-cepat lah yea buat tempahan dengan RA hehe

Saturday, December 7, 2013

JJNM : Restoran Cookies & Ginger


JALAN - JALAN NAK MAKAN : J.J.N.M

RESTORAN COOKIES & GINGER 

- ADDA HEIGHT -

Lama dah rasanya tak kemas kinikan blog RA nie.Maklumlah akhir-akhir tahun cuti sekolah nie RA terlalu sibuk dengan urusan kerja sendiri dan kerja makan gaji.Terima Kasihlah kepada semua yang datang ke JB dan Singapura mengambil pakej yang RA sediakan.Berbalik pada edisi JJNM kali ini,RA dan rakan-rakan berkesempatan ke Adda Height Johor Bahru menikmati makan malam di sana.Restoran Cookies & Ginger yang baru di buka oleh pasangan dari Singapura ini menyajikan juadah makanan barat yang menjanjikan.

Suasana restoran yang begitu kozi dan terletak di deretan rumah kedai di jalan Adda 3/1.Bagi yang datang dari arah utara bolehlah mengunakan leburaya kempas - JB dan bagi yang datang dari arah bandaraya bolehlah mengunakan EDL dan keluar melalui simpang ke Bandar Dato Onn dan Adda Height.Bila dah masuk ke taman ini ,anda masuk ke simpang lepas bertemu lampu merah yang ke dua.Makanan-makanan di sini memang menjanjikan untuk pengemar-pengemar makanan barat RA memang sarankan ke sini.Size makanannya juga memang besar dan pasti pulang dengan kekenyangan.Wah dah macam tokeh kedai lak aku promote.Tak percaya? lihatlah gambar-gambar makanan yang kami makan malam ini.

Harga amat berpatutan,khidmat pelanggan terbaik , makanan yang di tempah pun cepat sampai.Halal lagi sebab tuan kedainya orang Melayu Singapura.Masa RA ke sini ramai juga pelangan-pelangan dari kalangan orang Singapura di sini.Nama makanan nie pun RA dah lupa daa...tapi yang macam subway ada ayam dalam roti tu namanya "Smooked BBQ Chiken" tu RA yang punya.

Bila tengok deko kat restoran nie teringat lah kenangan berbasikal depan rumah katernya yea Kak Ros.Nak amik gambar tangan sebelah mesti ada kat bahu,nanpak manja katernya.

Jumlah makanan yang kami makan malam itu kesemuanya RM168.00.Bayaran di sini hanya tunai yea.Jadi yang tak ada duit tunai tu sila la ke mesin ATM dulu.Yang tidak berkesempatan datang nanti kita pergi lagi makan kat sini yea.Yang baca blog ini pun boleh ikut sama bagi meriah hehe...Harus di ingat,kalau nak datang makan di sini pastikan datang awal,sebab sentiasa penuh.Jam 1130malam kedai dah nak tutup sebab makanan cepat habis.

SELAMAT MENCUBA HEHEHE

Mendobi di Kedai Mr Bean

 Hari ini RA nak mendobi ala Mr Bean di Larkin Perdana.Dengar cerita kat sini kita boleh mendobi dengan harga yang murah,cepat dan senang.

 Jadi inilah dia kedai yang di cari-cari oleh RA.Di JB khidmat layan diri mendobi masih lagi baru dan tidak seperti di KL atau Singapura yang sudah lama di praktikkan.Kedai dobi Mr Bean ini terletak bersebelah Maybank Larkin Perdana dan di buka 24jam.Jadi takde alasan baju tak basuh yea.Sambil-sambil menunggu baju di basuh bolehlah guna khidmat wifi yang di sediakan dalam kedai dobi ini.

Kalau rasa-rasa sabun baju anda lebih handal , anda bolehlah bawak sendiri sabun dari rumah.Jika tak bawak dan terlupa tu bolehlah beli sabun baju dari mesin ala mesin air tin ini.Harga sekotak sabun baju RM1.00 dan harga softener pun RM1.00.Untuk baju yang kurang 9KG anda boleh pilih mesin yang tertera 9kg dan bagi yang banyak baju tu leh ke mesin basuh yang tertulis 14kg.


Harga cuci 9kg punya mesin basuh

-  RM 6.00 untuk basuh ala-ala tepi perigi (baju tak kotor sangatlah)

- RM7.00 untuk pakaian yang kotornya sederhana

RM8.00 untuk pakaian yang kotornya "MasyaAllah".


Harga cuci  untuk 14kg punya mesin basuh

- RM 7.00 untuk basuh ala-ala tepi perigi (baju tak kotor sangatlah)

- RM8.00 untuk pakaian yang kotornya sederhana

RM9.00 untuk pakaian yang kotornya "MasyaAllah".

 Kalau nak keringkan baju pun boleh ke mesin pengering.Harga RA tak perasan lak.Bagi yang pertama kali nak guna khidmat nie,kat dinding ada tertulis bagaimana nak mengunakannya.Byar mesti guna duit syiling 50sen baru tau.Boleh buat pertukaran kat mesin sabun tu sekali.


SELAMAT MENCUBA

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....