Sunday, November 24, 2013
Sunday, November 17, 2013
JJNM : Wadihana Islamic SteakHouse
J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE
- BANDAR BARU UDA -
Assalamuaikum & Hai kepada semua pembaca yang suka cari kedai-kedai makan,Kita lupakan dulu kisah pasal CRISTINE PALACE A.K.A Villa Nabila yang dok kecoh sana sini tu.RA malas nak buat liputan pasal kes tu,sebab cerita pasal villa tu dah banyak yang RA dengar sejak umur 11tahun lagi.Kalau dulu masa villa tu mula-mula kena sita oleh bank,RA selalu gak mandi bilas badan kat kolam kecik depan villa tu lepas mandi kat Lido.Apapun RA singgah ke restoran ini selepas pulang dari membawa pembaca blog yang mengambil pakej RA ke Singapura.Jam 830malam RA dah pun tiba di sini.
Lot kedai baru paling hujung belakang Jakel Bandar Baru Uda.Kawasan ini tak lama lagi penuh lah dengan pelbagai kedai di sekelilingnya.Menu di sini kebanyakkannya menu barat dan di hidangkan dalam bentuk yang halal terutama daging steak.Nancho,Pizza, Spegetti , burger , sandwich, daging steak hinggakan Menu Udang Kara pun ada.
RA dah lama tak makan Sirloin Steak,jadi malam tu RA lepas dendam makan menu ini.Muka memang tak leh blah masa si Azie amik,yelah penat berkerja masuk bawak orang ke Singapura dari siang tadi tak hilang.
Barisan pelakon-pelakon tambahan yang hadir pada malam itu.Model iklan Jam tangan pun ada tu haa duduk paling tengah sekali tu.(saja takmo cakap nama dia).Orang Putrajaya pun datang singgah makan di sini sebelum pulang ke sana nanti.
Maaf lah RA tak dapat duduk lama,badan dah letih sangat dan mata pulak dah layu.Entah kenapa balik dari keja ari ini letih sangat.Faktor usia ke? oppsss tidakkk masih bertenaga nie hehe.Secara keseluruhan RA dapat katakan makanan kat sini RA bagi 4bintang sahaja.Harga masih lagi pada tahap yang sedikit mahal tapi berpatutan.Dengan harga dan makanan yang RA dapat,pemilik restoran ini kena buat konsep berhawa dingin untuk menjaga jenama agar nampak berada di kelasnya yang tersendiri.
Sunday, November 10, 2013
JJNM : IMANO'S CAFE PLAZA ANGSANA
JALAN JALAN NAK MAKAN (JJNM) :
IMANO'S CAFE - PLAZA ANGSANA
Wah berkeudara kita kali ini dalam rancangan "JALAN-JALAN NAK MAKAN".Kali ini RA bersama pelakon-pelakon tambahan RA telah menyinggah makan malam merangkap makan tengahari di Kafe Imano's yang terletak di tingkat 2 Plaza Angsana.Ala Kafe ini betul betul mengadap tangga bergerak utama Plaza Angsana.Inilah menu-menu utama pilihan kami semua. Ada Chicken Cop,Ikan Salmon goreng kuah lada hitam (saja je takmo cakap nama englishnya),Nasi Ayam Penyet,daging kayu.Lasania dan Ubi Rebus.Jika malu nak makan dengan Nasi ayam penyet dan ubi rebus sebab takde kelas,anda leh pilih untuk duduk kat meja hadapan dekat dengan kaunter bayaran yea.hehe.Kafe kepunyaan kakak pada adik ipar Ozie katernya
Ini menu utama yang ada dalam kafe ini.Laksa Johor pun ada okkay.Makanan Melayu pun dah antarabangsa tau.Heykau hado jang??
Walaupun Imano's ini kafe tidak se-gah Dome KLCC...makanan-makanan kat sini memang menjanjikan dan setanding dengan yang di Dome yea.Nak datang makan kat sini pakai pakaian yang biasa-biasa pun ok,tak perlu bergaya sangat.Ada seluar panjang sukan dan guna selipar pun boleh je.Janji selesa kan...(katernya).Harga di sini berpatutan dengan menu pilihan yang RA makan.Cuma di sini di kenakan cukai perkhidmatan sebanyak 10%.Tahun depan bila GST di kuat kuasakan kita tak payahlah bayar 10% lagi,cukup dengan 6% sahaja.
Keceriaan petang itu RA sajikan dengan gambar-gambar ceria dari RA dan pelakon-pelakon tambahan blog RA iaitu Ozie,Olie,Syahadah,Mork,Yunus dan juga Sofea.Penuh yea meja dengan makanan.
Pada hari itu juga di Plaza Angsana di adakan pamiran dan pertandingan pengantin dan ini adalah pentas utama kucing berjalan (cat walk) pada hari tu.Siap ada model yang jatuh tergolak kat tangga pentas tu lagi.Maklumlah pakai baju ketat.
Tuesday, November 5, 2013
JJNM : Restoran Absolute Thai - JPO
Jalan-Jalan Nak Makan dan membeli belah :
RESTORAN ABSOLUTE THAI & Johor Premium Outlet
Hari inikan hari cuti bersempena Maal Hijrah.Jadi rencana malam semalam dari informasi yang di beritahu oleh abang Mork ada jualan murah di Johor Premium Outlet.Bertolaklah kami segerombolan askar menaiki Toyota Inova Kak Rovita pagi itu ke JPO.Sampai je terus cari kedai Padini.Biasalah budget kita-kita kan- takkan nak masuk kedai MK,sebab barang-barang kat butik MK kita beli online je (katernya - sebab murah).Amboi makin debabnya badan RA dalam gambar ini.
Opppss,amik gambar pintu depan JPO yang terhadang dik tiang tingkap kereta.
Dah berhabis duit membeli pakaian,masa untuk makan pulak.Kali ini RA ke Restoran Absolute Thai yang berada di tingkat dua JPO.RA nak cuba makan kari hijau dia dengan nasi putih.Si Azie pilih kangkong masak belacan,ayam goreng pandan dan Nasi daging paprik.Kak Rovita Nasi Goreng seafood, dan sotong goreng.Clady pulak tomyam meehoon.Memang terangkat dan sedap makanan di sini.Harga pun boleh tahan mahal jugak.Kalau sesekali nak manjakan diri bolehlah,tapi tak leh selalu,memang sah gulung tikar nanti.
Sempatlah juga RA membeli 2helai seluar dan kami berkongsi hadiah membeli mintak wangi Victoria Secret sebagai hadiah ulang tahun Lyn.Ada orang tu katanya tak mau membeli belah,tapi bila dah nampak RA dan yang lain-lain membeli dia pun nak jugak.Dah jadi hari "shopping" sedunia pulak
Monday, November 4, 2013
Salam Maal Hijrah 1435 semua
Waktu Margrib jam 652malam hari ini adalah hari terahkir tahun 1434hijrah.Alhamdulillah RA selamat tiba di Masjid Sultan Abu Bakar jam 640petang sebelum doa akhir tahun di baca dan di aminkan bersama-sama Baginda Sultan Ibrahim Sultan Negeri Johor dan Jajahan takluknya,ahli keluarganya dan kami-kami semua rakyat negeri Johor.Selepas menunaikan solat berjemaah bersama,doa awal tahun pun di baca.Majlis di teruskan dengan solat Hajat berjemaah di susuli bacaan Yassin dan zikir.
Alhamdulillah dapat berkat dari majlis maal Hijrah kali ini.Naskah Yassin edisi Maal Hijrah 1435 ini di berikan secara percuma pada setiap jemaah yang hadir di Masjid Sultan Abu Bakar.Selesai bersolat Isyak kami semua ke dewan makan di luar masjid untuk makan malam.Menu di hidangkan oleh katering yang di tempah dari Bandar Baru Uda.Sedap betul daging masak kurma yang di hidangkan.Di sebabkan majlis makan bersama jemaah-jemaah masjid yang tidak RA kenali maka tak dapatlah RA nak amil gambar hehe.Apapun Salam Maal Hijrah 1435 buat semua pembaca blog RA.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...
-
RA baru je dapat gambar-gambar ini dalam aplikasi Whatapps kumpulan dan sebahagiannya dari sumber internet.Jadi RA nak kongsikan bersama de...