Pada penghujung-penghujung bulan Syawal nie ramai juga orang yang membuat kenduri kawin.Antaranya salah seorang teman GIM aku iaitu Atiqah@Ika dengan pasangannya Anwar.Majlis berlangsung di Dewan Jubli Intan Johor Jaya pada hari Sabtu 24September2011.Macam biasa dalam sebuk-sebuk di rumah terbuka,Gang bas skolah kami a.k.a Gang Clark Hatch Gym pun turut datang memeriahkan suasana majlis pada hari tu.Hinggakan DJ yang menjadi hos pada petang tersebut terpaksa menyebut nama kumpulan kami (dah macam kumpulan Gagak Hitam dalam filem Gila-gila Remaja pulak).Ini lah penangan Abang Yunus yang berusaha gigih memperkenalkan kumpulan kami di mata dunia...Oh lihat lah dunia (melalut kejap).Acara amik gambar dengan pengantin memang tak akan di lepaskan oleh beliau dan kawan-kawan aku yang lain.(tak amik gambar tak mau balik ok)
Inilah gang kumpulan Gim Clark Hatch (sebutan seperti yang DJ sebut) yang bergambar sakan depan pelamin dan kek majlis kawin pengantin.Memandangkan hujan pun renyai-renyai di susuli dengan lebat di luar dewan,kami pun melepak lah sampai jam 4petang.(bayangkan datang dari jam 1.30tenghari). hehe.
P/S : Hadiah beli pun last minit tau....(jangan beritahu orang lain)
No comments:
Post a Comment