DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM
via Cendawan MALAYA  by kulatlapok 
Untuk seluruh umat Islam sekadar menambah ilmu pengetahuan.
Sewaktu  Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua  
persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang  perlu diberi.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran,  tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi  Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama  Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada  Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi 
Muhammad saw jarang disebut.  Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad  saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
 2) Nama  Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran,  tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible,  nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan  @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan  rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
 3) Dalam  Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit,sedangkan Nabi Muhammad  saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa  itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah  salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).  Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa)  berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap  Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad  saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun.  Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw  adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak  bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang  tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa as  disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa  bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia?  Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan  Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa  ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?  Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.
 6) Jika baca  tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’ Kenapa?  ‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?
Al-Quran  diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan  tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika  bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya,  kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang  perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan,  kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8 ) Sami Budha vegetarian  bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana  bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade  nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang  kita bunuh.Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor  lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
 9)  Sami Budha menjawab “ Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh  binatang dosa besar”
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa  kecil je lah jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak  ade deria?
10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur,sayur akan  tumbuh balik”
 Kita jawab lagi “ habis tu, awak makan lah ekor cicak  kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”
11) Sami  Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”
 Kita  jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi  taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah,  tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan?  Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila.Sebenarnya, tak  kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa  yang telah Allah halalkan untuk kita.
12) Kan babi itu ciptaan Allah,  kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk  dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari  sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat  untuk satukan umat.
Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk  neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan.  Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam  pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak  gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada  gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di  
Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah  Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul  sebelum 
baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw  diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja .Sedangkan Nabi Muhammad saw  diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
P/S : Soalan-soalan yang  nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar di tanya oleh orang bukan Islam  secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan 
kerana hendak tahu,  tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya 
ala kadar berasa  was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was
dengan agama  yang dianutinya. Jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang-panjang cukup  sekadar ringkas dan padat. hanya menyampaikan sahaja.Segala kekurang dan  salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...
Wallahu'alam