Tanggal 14April2010 adalah saat yang di tunggu-tunggu oleh aku,Danny,nizam & K-rool.Kami merancang untuk ke Surabaya melihat ke indahan Gunung Bromo dari Majalah Air Asia sejak kami pulang dari lawatan ke Kota Kinabalu tahun lepas lagi.Kami beli tiket Air Asia dari JB - Kuala Lumpur - Surabaya setahun lebih awal.Harga tiket pun baru RM450.00 untuk pergi dan balik.
Jadual perjalanan kami adalah seperti berikut :
14APRIL2010
Aku bertolak dari Johor Bahru Senai Airport jam 8pagi dan penerbangan kami tiba jam 855pagi di LCCT.Sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Surabaya,aku lepak makan di Restaurant tambang murah bersebelahan LCCT.Penerbangan kami ke Surabaya berlepas jam 3petang,dan kami mempunyai masa yang panjang sementara menunggu ianya untuk berlepas.Jam 12tengah hari aku sudah pun daftar masuk dan menunggu untuk kapal terbang berlepas.Lihat saja bag kami masing-masing,semua siap membawa baju sejuk bagi mengatasi ke sejukkan di Gunung Bromo nanti.
Tiba jam 5petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Surabaya,aku terus mencari teksi untuk ke hotel yang bernama Bisanta Bidakara di Bandar Surabaya.Harus di ingat Bandar Surabaya adalah bandar ke 2 terbesar di Indonesia.Jalan raya dan penduduknya juga sama seperti di Jakarta.Kami daftar masuk semalam di sini kemudian pada malamnya aku dan teman-teman yang lain pergi melihat keindahan kotaraya Surabaya di waktu Malam.Memandangkan kamu sudah lewat sampai di Surabaya,hanya Shopping Mall terdekat sahaja yang sempat kami lawati.Aku makan malam di salah sebuah restaurant yang menyajikan masakan barat.Aku memilih BBQ daging berserta minuman berkarbonat.Pulang dari makan malam,aku berkaraoke di tingkat bawah Hotel.
15APRIL2010
Pagi selepas bersarapan di Hotel,aku bertolak untuk berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Surabaya.Teksi di panggil di luar hotel dan tempat pertama yang aku lawati ialah Dataran Kemerdekaan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Surabaya.Ianya mengambil idea daripada Dataran Monas di Jakarta.
15APRIL2010
Pagi selepas bersarapan di Hotel,aku bertolak untuk berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Surabaya.Teksi di panggil di luar hotel dan tempat pertama yang aku lawati ialah Dataran Kemerdekaan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Surabaya.Ianya mengambil idea daripada Dataran Monas di Jakarta.
Selepas puas bergambar di sini,aku bertolak ke Muzium Rokok "Gudang Garam"
Satu-satunya muzium rokok di Asia Tenggara.Di sini dipamirkan cara pembuatan rokok mengunakan tangan dan sejarah kewujudan rokok Semporna di Indonesia.Sungguh menakjubkan bila milihat sendiri dengan mata kepala cara pembuatan rokok mengunakan tangan dan tanpa mesin.Mereka yang bekerja di situ seolah-olah bergerak seperti robot.Kerja tanpa memandang kiri dan kanan atau berbual bersama teman.
Jam 1 tengahhari aku pulang ke Hotel sebab kami akan di jemput oleh agensi pelancongan kami dari Surabaya untuk perjalanan kami seterusnya ke Gunung Bromo.Pemandu Pelancong kami datang tepat pada masanya.Jam 2petang kami bertolak dari Surabaya ke pergunungan Bromo.Perjalanan yang akan di ambil adalah 3jam setengah.Di sepanjang perjalanan,aku dapat melihat suasana perkampungan di sini.Saat ini musim tengkujuh.Banyak sawah-sawah petani rosak teruk di sebabkan banjir.Kesian juga bila melihat ada yang duduk termenung melihat sawah padi yang bergelengdangan
Resort aku sangat cantik & romantik sekali.Terasa seperti bukan berada di Indonesia,tapi seakan berada di perkampungan Inggeris.Bilik yang di berikan juga bersih dan besar.Restaurant tempat kami makan malam juga cukup romantik.
16APRIL2010
Jam 2Pagi aku dah bangun sebab dah tak sabar untuk ke Puncak Penanjakkan untuk melihat ke Indahan Gunung Bromo.Sebenarnya Pemandu Pelancong aku cakap jam 330pagi baru bergerak dari Resort.Tapi di sebabkan terlebih teruja,aku saja bangun awal.Jam 3pagi Jeep 4WD sudah menanti dan menunggu di luar resort.Selepas selesai minum kopi,aku pun bertolak ke Puncak Gunung Penanjakkan.Suasana gelap di tambah dengan kesejukkan pagi,menambah keterujaan aku.Sayup-sayup dari kaki gunung aku melihat deretan lampu Jeep 4WD yang beratur dari atas sampai ke bawah untuk ke puncak Gunung Penanjakkan.Mengikut kata Pemandu Pelancong aku,bulan April-JUN adalah musim sekolah di Indonesia.Kebanyakkan hotel yang berdekatan dengan Gunung Bromo selalunya penuh dan sewaan Jeep juga sentiasa penuh.Memandangkan perjalanan ke Puncak Gunung Penanjakkan terlalu berliku-liku dan gelap,aku tidak dapat menahan pening kepala aku lalu muntah saat Jeep sampai sahaja di puncaknya.Setelah habis membuangkan muntah,aku berjalan longlai ke salah sebuah warong yang di dirikan berdekatan dengan tempat orang ramai berkumpul untuk melihat Gunung Bromo.Aku lepak minum kopi dahulu kemudian selepas 30minit baru lah bersama mereka-mereka yang lain berkumpul di tepi puncak gunung Penanjakkan bagi melihat Gunung Bromo dan Gunung Semeru.Kedua-dua gunung tersebut adalah gunung berapi yang masih lagi aktif dan melihat pemandangannya (2gunung berapi sekali gus) dari Gunung Penanjakkan adalah satu pengalaman yang sukar di lepaskan.
SAAT YANG DI TUNGGU-TUNGGU : MELIHAT GUNUNG BROMO & SEMERU DARI GUNUNG PENANJAKKAN
Kami tidak bernasib baik,kerana di sebabkan keadaan cuaca yang mendung dan berkabus,kami tidak dapat melihatnya dari puncak gunung Penanjakkan.Turun dari puncak Pennanjakkan dengan rasa hampa.Tapi dalam perjalanan turun ke bawah,aku sempat berhenti di kaki gunung tersebut untuk melihat Gunung Bromo sahaja.Walaupun viewnya tidak secantik dari Gunung Penanjakkan.
Gambar di bawah ini adalah kawah gunung berapi Bromo.Untuk ke sini aku terpaksa mendaki lebih 300 anak tangga.Penat memang penat,tapi keseronokkan menungang kuda dan melihat untuk kali pertama kawah gunung berapi (Masa aku ke Jepun-Hokaido dulu,aku tidak berkesempatan melihat kawah gunung berapinya sebab faktor-faktor keselamatan)
Selesai sahaja melihat kawah gunung Berapi,aku menyewa Jeep untuk ke Wispering Savanah.Kira-kira 5Kms dari Kawah Gunung Bromo.Pemandangan Padang rumput hijau saujana mata memandang...
Aku pulang semula ke Yoshi Hotel jam 930pagi.Saat ini sarapan pagi telah tersedia di hotel.Selepas selesai makan sarapan pagi,aku pulang ke bilik hotel,mandi dan bersiap-siap untuk check out.Jam 11pagi aku,nizam,Danny dan K-rool telah berada di lobby hotel dan bersedia untuk Check out.Van telah tersedia menanti kami untuk menghantar pulang ke Surabaya.Seperti biasa,van kami melalui jalan yang sama untuk ke Kotaraya Surabaya.Harus di beritahu,setiap kali kami lalu untuk ke@pulang Gunung Bromo,pasti akan melalui Pekan yang musnah akibat banjir lahar lumpur dari perut bumi yang di korek oleh salah sebuah syarikat terkemuka Indonesia yang di ketuai oleh orang paling kaya di sana.Dari mulut pemandu pelancong aku,di anggarkan lebih 35000 ribu hektar tanah rosak akibat banjir lahar lumpur tersebut.Tambak yang mereka bina bagi mengelak Banjir lumpur ini terus melarat semakin hari semakin tinggi di tambak.Lebih kurang 50desa menerima nasib malang ini.Pembakaran secara terbuka akan menyebabkan kebakaran yang sukar di padamkan.Kebanyakkan penduduk ramai yanng berpindah jauh dari tempat kejadian tersebut.Aku tiba di Kotaraya Surabaya jam 2petang.Kami sempat makan tengahhari di salah sebuah restaurant Indonesia di sini.Jam 330pm kami check in semula di Hotel Bisanta Bidakara.Jam 4petang aku kelaur ke salah sebuah shopping mall untuk membeli oleh-oleh dan barangan cenderahati untuk di bawa pulang ke Johor Bahru.Tapi kebanyakkan kedai sudah pun tutup awal.
17April2010
Jam 830pagi aku bangun dan bersarapan pagi di restaurant hotel.Hujan turun dengan lebatnya pagi ini menbantutkan niat aku untuk mandi di kolam mandi hotel.Selepas bersarapan,aku bersiap kemas bag dan bersedia awal untuk check out.Jam 1tengahari selepas makan tengahhari di restaurant depan hotel,aku pun bertolak ke Surabaya International Airport.Setibanya di Surabaya airport baru la nampak Danny bershopping saat terakhir di lapangan terbang.Banyak jugak lah makanan ringan yang di belinya untuk di bawa pulang ke JB.Kapal terbang aku selamat sampai di Senai International Airport malam jam 8malam.
17April2010
Jam 830pagi aku bangun dan bersarapan pagi di restaurant hotel.Hujan turun dengan lebatnya pagi ini menbantutkan niat aku untuk mandi di kolam mandi hotel.Selepas bersarapan,aku bersiap kemas bag dan bersedia awal untuk check out.Jam 1tengahari selepas makan tengahhari di restaurant depan hotel,aku pun bertolak ke Surabaya International Airport.Setibanya di Surabaya airport baru la nampak Danny bershopping saat terakhir di lapangan terbang.Banyak jugak lah makanan ringan yang di belinya untuk di bawa pulang ke JB.Kapal terbang aku selamat sampai di Senai International Airport malam jam 8malam.
-HOME SWEET HOME-