Sunday, December 12, 2010

Aku Budak Minang yang menghiburkan


Ibrahim Anon atau Ujang yang merupakan nama pena bagi seorang pelukis berbakat besar walaupun bertubuh agak sederhana kecil. Mula mencipta namanya di Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan strokenya terlalu simple. Walau bagaimana pun, Ujang berjaya meyakin penerbitnya bahawa karyanya suautu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.


Antara koleksi AKU BUDAK MINANG yang popular satu tika dulu.
Ujang dalam siri kartun ini di gambarkan sebagai abang kepada Aca (anak bongsu) yang kadang-kadang kepalanya tak betul.Ujang selalu di sisihkan oleh ibunya yang memanjakan Aca berlebihan.Mungkin juga Aca adalah anak OKU.Walau macamana pun sifat naluri seorang abang tetap ada dalam diri Ujang walaupun kadang-kadang dia banyak membuli Aca yang kuat mengadu pada ibunya.Apa pun,ruangan kartun Aku Budak Minang dalam Majalah Gila-Gila adalah kartun kegemaran aku sejak berumur 11tahun lagi.Dengar pulak sekarang akan di terbitkan dalam bentuk drama pula.Jadi Selamat Maju Jaya buat Ujang.



Sunday, November 14, 2010

Jalan-Jalan Nak Makan : Buffet seafood Hotel Mutiara

Tanggal 13November aku memenuhi undangan untuk pemegang Standard Chartered Credit Card makan di Hotel Mutiara.Harga promosinya sangat-sangat berbaloi,iaitu RM35 seorang untuk Buffet Seafood Dinner.Nak di jadikan cerita tarikh itu jugak tarikh lahir di Cheko a.k.a IanDhomo (nama FBnya).Max satu Credit Card leh bawak 10orang je.

AKU,EN YUNUS,ABG MAT,KAK ROS,AZIE,OLIE,BRO MORK,IKA,IAN & SHAHIR, 

Jam 8pm tempahan telah di buat atas nama aku.Curlast tak??

Antara makanan yang sempat aku amik gambarnya.Udang & Sotong tak main yang kecik-kecik tau.Aku memang hantu sotong,memang puaslah makan kt situ





Yang datang pun pakai baju ala-ala glamorus la..maklum la makan kt hotel 5star la katernyer..hehe.Muka pun senyum lebar semacam.Curlast kau Jah!!

Yang makan nya pulak tu tak toleh kiri-kanan,maklum la dapat udang & sotong besar-besar la katakan.Memang meriah & kenyang.

 

Tengok je muka Abg Nus tu,habis udang dia kena curi dengan kitaorang.tah brapa kalori la yang masuk dalam badan kitaorang malam tu.Dah puas makan,kamu pun bergambo ala-ala artis kat depan ruang legar hotel.Memang glamour sensangat.

Monday, November 1, 2010

November dah...

Pejam celik,pejam celik dah masuk bulan November 2010.Minggu nie nampaknya keja 3Hari je.coz 4Nov aku akan lead group ke Bali lagi sekali.Last month baru je gie Bali,bulan nie nak pergi lagi....penatnya.



Ini adalah antara perkara2 pelik yang terjadi sepanjang bulan dari Feb - November :
1.Buffday Party Pot Luck - Tak penah di buat org buat buffday party Pot Luck.
2.Azie and handmade coklatnya
3.Pergaduhan suami isteri di LCCT gara2 pertukaran mata wang asing.
4.Will yang tak paham bahasa.
5.Malam Hari Raya yang sunyi
6.Live Band @ Putri Harbour - Iskandar Malaysia
7.Azie n Bro Mok Buffday @ De Zone
8.Final World Cup @ Danga city Mall
9.Universal Studio Singapore
10.Mt Bromo - Surabaya (best & memorible sgt2)



Wednesday, October 6, 2010

Burung-Burung Di Himalaya

Faktor cuaca yang sejuk dan dingin,menjadikan habitat bagi burung-burung Himalaya ini unik dan menarik.Kecantikkan bulu dan warnanya memang mempersonakan.Di bawah ini adalah burung-burung yang menetap di pergunungan Himalaya.


Tuesday, September 28, 2010

Rekabentuk Bilik Anda Sendiri

Tenangkan fikiran anda,dengan menikmati dan mengambil ilham daripada dekorasi-dekorasi di bawah ini.Ruang yang sempit atau pun besar bukanlah halangan untuk kita tidak mampu memiliki bilik secantik di bawah ini.


Ruangan paling unik dengan hanya menggunakan cat yang berkualiti dapat menenangkan fikiran setelah penat bekerja di rumah.


Warna-warna terang selalunya membuatkan anak-anak rasa segar dan selesa untuk duduk dan melepak hanya di bilik.


Kenapa tidak mencubanya..? unik dan cantik kan kalau kita mempunyai bilik seindah ini.
So tunggu apa lagi.Rekabentuk sendiri bilik anda gaya yang anda suka atau gaya seperti dalam blog saya ini.


Antara bilik kegemaran saya.Unik dan menenangkan.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....