Sunday, September 27, 2009

Kenapa Kes Kemalangan kat Malaysia Tinggi?

Hari nie saja aku tengok kemalangan kenderaan kat malaysia adalah yang tertinggi dgn 250 kematian.Tiap kali hari perayaan,mesti kadar kematian meningkat...Meletakkan polis trafic di sepanjang jalan raya n lebuh raya akan menambahkan peningkatan kadar kemalangan sahaja.

Di sini aku ada cadangan yang aku rasa berguna dan perlu di gunakan oleh Malaysia :
Kenderaan seperti Lori (segala kategori lori),bus (segala jenis bus - termasuk bus mini n sekolah) Kenderaan berat,kontena,jentolak di wajibkan hanya menguna laluan KIRI sahaja.Jangan di benarkan sesekali mereka mengunakan laluan Kanan walaupun utk memotong.
Di sini kerja polis trafik n JPJ untuk memantau dgn membuat rondaan di jalan2 utama setiap 1 atau 2 jam sekali.Nampak je lori yg memotong,terus saman diaorang on de spot.Tak perlu la buat speed track,sbb mereka akan melajukan semula kenderaan selepas saja melaluinya.

Ada sebabnya di buat begini.Bayangkan kenderaan berat seperti di atas ini selalunya bergerak terlalu perlahan.Kadang2 untuk memotong ia akan mendatangkan bahaya kepada kenderaan2 kecil seperti motosikal n kereta dan yang paling teruk , mereka membuat kan jalan raya bergerak terlalu perlahan.Bila jalan raya bergerak terlalu perlahan, org akan lambat ke tempat yg hendak di tuju.dan bila lambat,mereka akan melajukan kenderaan.memotong sambil memecut.Bila laju ia susah utk di kawal dan bila tak dpt di kawal,maka berlakulah kemalangan.

Rancang perjalanan?? ramai yg buat begitu,tp kemalangan ttp berlaku.Hakikatnya bukan rancang perjalanan...tp rancang undang2 di jalan raya.Tak payah la nak cakap kt negara yg jauh2 mcm jerman dan UK...lihat saja di Singapore...
Sepanjang aku berjalan di jalan2 raya kt spore,aku tak lihat satu pun kenderaan berat yg memotong atau berada di laluan kanan.

Rancangan utk tidak membenarkan kenderaan berat berada di jalan raya pada waktu2 cuti perayaan juga bukan jaminan yang kemalangan akan berkurang.Malah syarikat industry juga yang akan rugi n kemalangan tetap meningkat.Buat la mcm2 undang2 tp andai keadaan jalan raya@lebuh raya tidak lancar kemalangan akan tetap berlaku.

PALING PENTING......JANGAN BENARKAN KENDERAAN JENTOLAK TANAH seperti DI BAWAH INI (CONTOH JENTOLAK) BERADA DI JALAN2 RAYA PADA WAKTU PAGI KE PEJABAT N WAKTU PULANG KE PEJABAT - PETANG.

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal Yang Hening



Alhamdulillah.....
Bertemu lagi aku pada Syawal tahun ini.Aku bangun sewal jam 630am kemudian mandi Sunat Aidilfitri.Lepas sahaja solat Subuh,aku menunggu abah pulang.Kami membuat doa kesyukuran kemudian bfast bersama dgn Olah,Mahat dan anak2 saudaraku. Lepas saja bersarapan,kami bersiap2 untuk ke surau di belakang rumah untuk solat sunat Aidilfitri.Aku bersyukur kerana tahun ini aku di murahkan rezeki oleh Allah.Syukur tak terkira.Bonos aku tahun ini memang berbaloi dari tahun lepas..Dengan Bonos 3bulan yang aku dapat,dapatlah menampung perbelanjaan aku untu menyambut Syawal.Duit raya mcm biasa....semua anak2 saudara ku mendapat RM10 seorang.so 15org anak saudara aku yang lom bekerja totalnya RM 150.Aku bagi abah RM100.so untuk duit raya saja dah RM250.tu lom lagi duit raya untuk budak2 kecik yang datang beraya kat rumah aku....takpe la...niat nak menderma....lagipun bukan selalu.setahun hanya sekali je.Semua adik beradik aku dtg hari nie...termasuk kakak sulung aku yang durjana tu....

Man datang petang....kemudian petang tu jugak kami ke pusara Arwah Mak.Hiba rasanya....Malam tu aku ajak anak syam n anak mak tengok wayang cerita JIN NOTY....adoiiiiii citer dah la tak best......aku mcm di perbodoh2kan je bila tgk citer tu...bosan giler.....Lepas je movie aku belanja diaorang makan roti canai kt kedai mamak...maklum la masing2 dah lapar...Seronok aku.coz tahun nie au dapat beraya sakan dengan anak2 saudara aku...si Iwan dan Ira anak man dah tinggi lampai daaa....maklum la dekat 2thn aku tak jumpa diaorang.nie semua gara isteri man tak mau dtg umah coz ada Makde...

Arhhh sudah la.....apa pun SELAMAT HARI RAYA SEMUA....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Malam 1 Syawal


Hari ini genap la 29hari aku berpuasa kerana esok 1Syawal akan menjelma....Alhamdulillah cukup jugak aku berpuasa sebulan kali ini. Olah (kakak aku) dah familynya datang berbuka puasa bersama.Lepas sahaja berbuka kami berehat di ruang tamu.Aku mula plan mcm2.Aku ajak anak2 saudara aku,Ain,Ijah,Ila kami pergi ke Gaints Tampoi.Plannya mau beli Domino's Pizza,tapi kami hampa coz restaurant tu dah lama tutup.So plan punya plan,last kitaorang deside nak beli PizzaHut je... Terus menuju ke Perling dan beli 2set PizzaHut saiz besar....mak ai....mahal gak semua total charges RM89.25. Balik terus kemudian makan ramai....ari nie aku tido awal.Aku tak jadi ke bazar coz tak ada member yang nak join.Tak seperti tahun2 yang sudah.Jam 1230am aku dah tido.

Dan seperti yang di janjikan...ini la pic badan aku selepas sebulan berpuasa...

RASA CAM SAMA JE KAN...CUMA AKU DPT RASA BERAT BADAN AKU TURUN LA..HEHE

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHAR DAN BATIN

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....