Tuesday, December 23, 2008
Ahmad Zack Hafizul Hafiz Dalam Kenangan
Hari ini genap 8Tahun permergian arwah... Kadang2 bila aku teringat kembali kata2 di bawah ini , makin bertambahlah sayu kt hati aku nie. "Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita" Maafkan Abg, Zul...abg betul2 menyesal... Mengenang detik perkenalan aku dgn Arwahyarham Zul : 1999 aku sudah mula berkerja di Singapura @ Ambassador Travel and Tours Pte.Ltd.Semua gara2 kecewa dgn xlover aku.(ex office mate aku yg aku cintai secara diam).Setahun selepas aku berkerja di sana aku di arahkan transfer ke pejabat yang satu lagi di American Club dekat Scoot Road..Satu hari diaorang ada buat kempen derma darah kt Mt Elizabeth.semua front desk,customer service staff di alu2 kan untuk menderma,kinda paksaan laa...pada aku benda2 cam nie aku mmg dah pernah buat dulu masa jadi Ahli Pengakap sekolah. Nak di jadikan cerita,masa menunggu giliran menderma darah tu, tetiba ada seorang pesakit nie di kejarkan ke wad operation akibat accident.Kelam kabut gak bila nurse cakap darah jenis yang diaorang nak guna dah kehabisan stok.nasib baik la darah aku nie sama dgn darah yang diaorang nak gunakan.Banyak jugak diaorang amik darah aku dekat2 2points.naik pening pala aku lepas balik dari derma darah tu. 3Bulan lepas tu, sewaktu aku sebuk2 nak balik kerja , Siti yg keja kt Front desk call aku suruh datang ke Lobby.Sampai kt Loby siti cakap ada sorang mamat nie nak jumpa aku.Rupanya budak yg accident nie la yang aku dermakan darah masa kt Mt Elizebeth Hospital.Dan budak ini lah Arwahyarham Ahmad Zack Hafizul Hafiz. Arwah sampai sanggup mintak alamat penderma darah dari pihak hospital utk mencari aku.Sebagai balasan dia belanja aku makan malam kt Clark Quey. Arwah menpunyai seorang adik perempuan.Kacukkan Filipino+Melayu dan ayahnya ada mempunyai rumah di Johor.Seminggu sekali dia pasti pulang ke JB.Aku selalu tumpang naik kereta ayahnya tiap2 kali hujung minggu utk sama2 pulang ke JB.Kami sering kerap kelaur bersama, byk perkara yang kami kongsi.Arwah pernah meluahkan isi hati dia pada aku.dia mahu hubungan kami lebih dari seorang abg dgn adik...dia mahu aku menjadi boyfrienznya.Susah aku nak terima semua nie.Coz aku bukannya Gay macam dia.Kenangan aku dgn xlover masih lagi tak dapat aku lupakan inikan pulak tetiba ada laki nak buat aku jadi bf tetiba... Arwah menderita sakit selama setahun akibat darah beku di kepalanya sewaktu accident di tambah dengan penyakit yang dia deritai sejak kecik barah paru2...aku sendiri tahu tentang semua ini selepas dia terlantar seminggu di hospital.Dalam keadaan yang tenat sempat juga arwah menuliskan aku surat terakhir dan sampai sekrang aku masih menyimpannya dgn baik. Biarlah surat ini menjadi kenangan aku bersamanya..... Kenangan yang paling indah.....Arwah adalah satu2 nya adik aku dunia akhirat.... Macam dalam filem Titanic...im not even keep any photo of him.....kesalnyaaaaaaaaaaa............biarlah surat peninggalannya menjadi sejarah dan tatapan kamu bersama untuk aku. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Thursday, December 18, 2008
Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa
Negara di kejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Damansara.Rata-rata penduduk di situ mempunyai rumah di lereng-lereng bukit yang terutamanya bangalow dan Villa.Pendek kata macam Beverly Hills Malaysia lah.Aku bersempati terhadap mangsa-mangsa nahas tersebut.Tapi tak kurang juga ramai yang kurang senang dengan perangai sesetengah penduduk di situ.Ada Bantuan makanan yang di hantar dari hotel 5 bintang,mungkin itu selera sesetengah penduduk di sana,tapi yang menjadi sakit hati itu,ada beberapa penyelamat dan wartawan ternampak berbungkus-bungkus makanan nasi bungkus di buang di tepi sampah sarap.Teruk sangat ke makanan nasi bungkus tu sampai nak buang? Sedar lah...itu kan rezeki tuhan yang beri.
Kalau lihat di television,ada sesetengah penduduk yang marah-marah terhadap pemimpin masyarakat dan penyelamat yang datang membantu dan menziarahi mereka.Patutnya dalam keadaan macam tu,sepatutnya mereka bermuhasabah diri.Tak ada siapa yang mintak benda-benda macam ini terjadi.Itukan ketentuan tuhan,lagipun mereka sendiri yang mahu rumah di lereng-lereng bukit tanpa ada sesiapa yang memaksa,risikonya kena lah sama-sama tanggung.
Pandangan Bukit Antarabangsa dari udara.Rosak teruk akibat tanah runtuh.
Kerosakan di anggarkan berjuta ringgit.Ramai di antara mereka yang terselamat di pindahkan dengan mengunakan Helikopter dan ada yang di tempatkan di hotel-hotel sementara menanti tindakkan seterusnya dari kerajaan.
Aku tabik hormat pada para rela,tentera,polis,bomba dan NGO yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh ini.Cuma yang aku harapkan mereka yang menjadi mangsa , banyak-banyak lah bersabar.Tak perlu nak marah-marah pada penyelamat-penyelamat yang datang membantu.Kejadian Banjir besar pernah berlaku di Johor,dan rata-rata kami yang terkena redha dengan ketentuan tuhan.
Friday, December 12, 2008
Aku di KL
Untuk menghabiskan cuti tahunan aku,aku ke KL.Kali nie aku gie dgn Fauzi.Tumpang kerata dia sebab dia pun nak ke KL untuk amik bini dia....
Bertolak jam 8pm.drive slow2 kat highway....dan sepanjang malam tu gak la bini dia asik call dia...bahaya tul mamat nie,dah tu siap bergaduh dalam telefun
Sampai tol Sungai Besi aku terus pergi rumah salman.Lepak kejap lepas tu salman ajak gie hARD rOCK cAFE.Apalagi...disco sampai pagi la....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...
-
RA baru je dapat gambar-gambar ini dalam aplikasi Whatapps kumpulan dan sebahagiannya dari sumber internet.Jadi RA nak kongsikan bersama de...