Kereta aku masih lagi di bengkel..entah sampai bila nak siap pun aku tak tau.Korang leh tgk sendiri camana teruknya kereta aku kena langgar dgn lori.Alhamdullilah,aku tak apa-apa.Terperanjat gak aku time accident tu.Kereta hancur rabak.
Banyak aktiviti lepas keja yang aku tak dpt join.Kt opis tadi aku call bengkel yang repair kereta aku.Dia cakap kereta aku consider lost claim.Nie diaorang tunggu approval dari MAA Insurance. Masalahnya dah masuk 2minggu diaorang tak approvekan lagi.Bosan...bosan....dah le tu bila aku call agent insurancenya,dia mcm nak elak2 je.Tak tau la...time nak suruh beli insurance cam2 promise bagi,bila dah kena nak claim,diaorang nak lari2 lak dr kita.Klu ada TV3 nak je aku citer masuk TV.
Si Ah Seng dari semlm kata nak call aku tapi tak call2 gak sampai skrg.Nak tgk citer Kung Fu Panda pun tak dapat.Huk huk huk....Orang cakap,sahabat yang baik ialah dia yang datang pada kita di saat semua yang ada disekeliling kita meninggalkan kita.Dan di saat kita susah inilah, kita akan dapat tau siapa sahabat kita yg sejati.Aku tak kisah jika aku tak ramai kawan....yang penting aku hanya perlukan sahabat.(TKS HELMI UR MY BEST FRENZ EVER)
No comments:
Post a Comment