Wednesday, December 13, 2017

PAHALGAM DI KASHMIR

 Apa korang rasa bila bangun-bangun je pagi tetiba salji turun di hadapan umah korang? haaa inilah yang RA rasa bila bangun tidur dari BoatHouse ini.Salji turun mencurah-curah pagi ini dan walaupun tidak lebat tetapi cukup mengembirakan kami semua.
Tengok haa Kak Hamidah tak lepaskan peluang untuk main salji di luar boathouse kami sambil-sambil menunggu sarapan kami di sediakan.Suhu mulai jauh ke 2'C pagi ini dan terpaksalah mandi air panas untuk mengurangkan rasa ke dinginan.Dah mandi cepat-cepat pakai baju tebal-tebal.
Dan inilah suasana pagi tasik luar boathouse kami.Ingatkan pagi ni dah boleh rehat-rehat main salji dan ambil gambar tapi datang lagi jurujual ke boathouse kami menjual pelbagai barangan.
 Si Manja dan Cikgu Ros dah lari keluar main salji tak mau dah beli apa-apa lagi da hehehe.RA buat tak layan je lah dengan jurujual tu sambil amik mood ala-ala dalam filem bollywood di luar boathouse.
  Ok hari ini kita sambung lagi perjalanan dan percutian 5orang ini termasuk RA di Kashmir.Jadual pagi ini kami akan ke Pahalgam.Pahalgam adalah sebuah pekan yang terletak di lembah di dalam wilayah Kashmir.
 Selepas bersarapan di boathouse kami mula berkemas dan menunggu bot kami tiba untuk ke Srinagar seteruskan meneruskan perjalanan ke Pahalgam.
 Sepanjang dalam bot salji makin galak pulak dia turun.Semakin lebat nampaknya.
 Selamat tinggal Mughal Sheraton Boathouse , layanan dari pekerja dan pemilik boathouse ini sangat lah terbaik.Makanan-makanan pun sedap diaorang hidangkan. 
 Sambil ke daratan bot kami melalui beberapa lagi boathouse-boathouse di sekitar tasik ini
 Ada banyak rupanya pengusaha-pengusaha boathouse di sini.Pemandu pelancong kami bilang ada lebih 500boathouse di Tasik Dal nie.
 Bila menyusuri tasik ini dengan salji yang turun teringat dengan perkampungan "Lake Town" dalam filem Hobbit tu.Serupa je nampaknya walaupun dingin. 
Sampai di daratan pemandu kenderaan kami sudah siap menunggu untuk ke Pahalgam.Perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam mengambil masa 2jam (sekitar 100km).Kami melalui beberapa kampung dan ladang epal yang berlatar belakangkan pergunungan Himalaya.Cantik tak? hehehe
Ini video perjalanan ke Pahalgam
 RA berhenti makan tengahari di salah sebuah restoran yang terletaknya ladang Epal.Sayang sekali ladang epal tak berbuah sebab musim sejuk sekarang ini.jadi dapat lihat pokoknya sahaja.Pergunungan kat belakang tu memang terbaiklah sebab di liputi pagi tadi
 Perut dah kenyang jadi kami meneruskan perjalanan ke Pahalgam.Sepanjang perjalanan di sajikan dengan pemandangan pergunungan himalaya yang cukup indah.
 Bila dah semakin hampir semakin tebal pulak saljinya di jalanan.Kami di beritahu bahawa salji nie turun pagi tadi dan di sebabkan suhu di pergunungan sejuk ia lambat cair.
 Kami yang di dalam kereta pulak jadi teruja.Tak sabar nak keluar main salji.Tapi memandangkan perjalanan tak sampai lagi terpaksalah menahan sabar. 
 Korang rasa apa bila tengok pemandangan macam nie?
 Semakin jauh berjalan semakin cantik pemandanga di sisi kiri dan kanan kami.
Dah macam masuk ke perkampungan Narnia pulak.Semuanya di liputi salji tebal.
 Akhirnya RA tiba di pintu masuk Pahalgam.Semua kenderaan di minta berhenti untuk pemeriksaan keselamatan dan setiap kenderaan yang membawa pelancong di kenakan bayaran masuk. 
 Selepas lebih kurang 5-7minit kami di benarkan masuk.Perjalanan menyusuri lembah-lembah dan sungai-sungai yang membeku dan akhirnya tiba di Pahalgam jam 3petang.
 Pekan Pahalgam ini juga di kenali sebagai "Little Swiss" di Asia.Kenderaan kami berhenti dan menurunkan kami di hadapan kedai-kedai kopi.Terdapat beberapa pengusaha kuda yang menyapa kami untuk menyewa kuda mereka.Harga sewanya? boleh tahan mahal juga.Jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan sendiri.
Video di Pekan Pahalgam
 Kebanyakkan kedai di sini tutup sebab waktu operasi pada musim sejuk agak terhad.Seseparah kedai hanya bukak sampai jam 1tengahari sahaja.
 Ini adalah kawasan padang bola yang telah membeku dan di penuhi salji.Suhu di sini ialah -5'c.
 Memang mengila bila nampak salji ini.RA tak lepaskan peluang main salji dan bergambar je lah dari tiba tadi.Tah berapa ratus keping gambar dah RA tangkap.
 Ini adalah sebahagian je gambar yang  RA di tunjukkan.
 Nah masing-masing mengila bila tengok salji.Kalaulah salji tu tak sejuk dah abis kami semua baring atas salji tu.
 Pekan Pahalgam ini agak besar juga.Selalunya pada musim panas ramai yang sewa kuda untuk ke lembah berhampiran pergunungan tempat ramai artis-artis Bollywood buat pengambaran.
 Tapi memandangkan cuaca agak mendung dan salji mulai turun sedikit-sedikit kami tak mahu menyewa kang takut jalan jauh-jauh nanti nak balik tersangkut pada salji tebal pulak.Haruuu beb...
 Jadi suma sekadar jalan-jalan kaki pusing pekan nie je lah nampaknya.Tu pun dah gambira sangat sebab dapat main salji tebal.
 Ingat nak lepak minum kopi di restoran berhampiran tapi kebanyakkan kedai mulai nak tutp sebab jam dah menujuk ke pukul 4petang.
Dah puas bergambar RA mengambil keputusan untuk pulang ke resort.Resort kami malam ini di River View Resort berhampiran Pahalgam.Perjalanan pulang mengikut laluan yang lain iaitu di tepi tepi tebing sungai dan pergunungan.
Katanya resort kami nie terletak bersebelahan dengan sungai dan di kawasan lembah juga.
 Memang puas mata memandang pergunungan Kashmir yang indah di sini.
Melalui sungai-sungai untuk ke hotel penginapan
Alhamdulillah 30minit kemudian kami tiba di resort walaupun pemandu kami tercari-cari resort yang mana satu sebab terdapat beratus-ratus resort di sepanjang lembah ini sebab berdekatan dengan kawasan luncur salji.Selesai daftar masuk kami di berikan kunci masing-masing.Subhanallah bilik RA betul-betul mengadap sungai dan pergunungan.Bukak-bukak je langsir dah nampak gunung bersalji.Terbaiklah resort ni.Sementara menunggu makan malam siap jam 8malam RA membersihkan diri untuk mandi air panas dan bersolat jamak.Air panas kat sini kena tunggu agak lama untuk panas yea.Maklumlah sistem pemanasnya masih mengunakan teknologi lama.Lepas je selesai solat RA mula berselimut sambil melihat luar resort hingga gelap melalui tingkap bilik RA. 
Cikgu dan anak murid ini dah siap awal bergambar di luar resort lagi sementara menunggu makan malam siap.Kak Hamidah tak tahan sejuk dia duduk dalam resort je.Nak duduk kat lobi hotel pun sejuk cuba di bilik je di sediakan pemanas badan, itu setiap 2jam elektrik terpadam sebab enjin generator mati.Untuk pengetahuan pembaca , elektrik selalu terputus di Kashmir pada musim sejuk kerana bekalan air di empangan yang membekal elektrik sering membeku.Makan malam kami hari ini Nasi + sayur kobis + ayam tandori + roti nan dan kari ayam.Kari lagi.....Oklah perut dah kenyang RA nak tidur...nanti kita sambung lagi esok yea.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget