Saturday, October 7, 2017

Ekpedisi Gunung Arong

GUNUNG ARONG  
LOKASI : TANJUNG RESANG MERSING, JOHOR
KETINGGIAN : 898Kaki @ 274 Meter
Bagi pengemar-pengemar gunung pasti jangan melepaskan peluang untuk ke Gunung Arong.Kenapa ia dipanggil Gunung Arong? tengok sahaja gambar di atas ini.Anda kena mengharungi air (jika pasang) untuk ke sini.Ada 2 laluan untuk ke Gunung Arong.Satu di laluan berdekatan air terjun kecil yang terletak berhampiran dusun dan perkampung penduduk.
Satu lagi laluan melalui tepi pantai dengan mengharungi anak sungai ini kala air pasang.Jangan takut jangan gentar , air laut kat sini takdelah dalam mana..kalau pasang pun paras-paras bahu jek.
Jam 10pagi kami semua berkumpul di tepi pantai dengan membuat regangan dan senaman ringkas sebelum melakukan pendakian.Jam 1030pagi barulah bergerak menuju kelaluan tepi pantai untuk memasuki hutan Gunung Arong.
 Selalunya para pendaki akan menaiki melalui jalan berhampiran air terjun dan turun melalui tepi pantai.Tetapi kelainan bagi Geng RA yang mengikuti expedisi bersama peserta dari program Jom Kurus , kami menaiki melalui laluan pantai (mengharungi air laut) dan turun melalu laluan berhampiran air terjun.
 Waktu-waktu begini air tengah pasang dan matahari pun tengah terik.Memang jadi ikan salai lah kami semua.Harus di ingati jika melalui muara pantai yang pasang ini pastikan anda jalan dengan berhati-hati dan perlahan-lahan agar tidak terpijak teritip ataupun batu karang yang sesetengahnya agak tajam.
Alhamdulillah RA tidak mengalami sebarang kecederaan , cuma ada beberapa rakan pendaki yang luka di tapak kaki terpijak teritip.
 Berehat sebentar sementara menanti yang lain-lain tiba sebelum memasuki hutan.Macam-macam aksi yea,Yang atas pokok pun bukan main lagi dia.
Perjalanan dari tempat letak kereta ke hujung pantai sebelum memasuki hutan adalah sekitar 2km.Sepanjang perjalanan memang kena tempuh pelbagai halangan termasuk air pasang,batu-batu tepi pantai dan sedikit semak.Panas memang la panas,maklumlah jam 1030pagi ialah masa matahari tengah naik.Baju yang basah dek harung air laut tadi pun dah kering jadinya.
Ada beberapa tempat untuk berehat semasa pendakian.Kami memang tidak mengejar masa jadi kebanyakkannya lebih kepada santai dan "LEHA-LEHA" jek.
Ini adalah beberapa flora dan fauna di Gunung Arong.Nak naik Gunung Arong ini kena pakai khidmat pemandu arah.Jangan pandai-pandai nak naik sendiri.Walaupun gunung ini tidak tinggi , ada juga banyak kes mereka yang hilang di sini.Di samping itu Gunung Arong ini terkenal dengan cerita  2 ekor harimau yang menjaganya.WaAllahualam.
Besar tak pokok nie? Agak-agak dah berapa umur pokok nie?
 Laluan dari pantai ke puncak agak mencanak juga.Kami terpaksa mengerah kudrat untuk sampai ke puncak.Bila hampir tiba di puncak laluan berbatu pula terpaksa di tempuhi.
Setelah hampir 2jam berhempas pulas kami tiba puncak Gunung Arong.Pemandangan di sini SUBHANALLAH sangat-sangat cantik.Angin juga bertiup agak kencang memandangkan terletak di tepi pantai.

 RA belanja beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca.
Satu kenikmatan bila tiba ke puncak.
Memang sukar di gambarkan.
Di sini anda boleh mengambil beberapa gambar di lokasi yang agak menarik.Tapi hati-hati jangan sampai terjatuh.
Ini adalah gambar yang di ambil mengunakan Drone milik penganjur program Jom Kurus.Yang baju Meganta inilah ahli-ahlinya dan yang paling depan berdiri tepi batu tu lah ketua geng geng ini hehehe.
Puncak gunung Arong kebanyakkannya adalah batu-batu kuartz dan setiap tahun ketinggian nya semakin meningkat.
Lagi pandangan dari atas drone.
Jam 2petang kami semua berehat untuk makan tengahari di pondok yang di bina oleh Jabatan Perhutanan.
 Selesai makan tengahari dan berehat kami meneruskan perjalanan untuk turun dengan mengikuti laluan berhampiran air terjun.
 Sepanjang perjalanan turun , RA melalui banyak trek-trek berbatu dan pokok-pokok tumbang.Terdapat juga banyak pokok-pokok Gaharu yang bernilai tinggi di sini.Ada tu RA nampak yang sudah di tumbang dan di biarkan kering di tepi laluan denai.Mungkin di tebang oleh pembalak haram sebab rasanya Hutan di Gunung Arong adalah hutan simpan.  
 Alhamdulillah jam 4petang semua peserta mengakhiri pendakian.Kami membasuh kasut dan kaki di kolam air terjun sebelum berjalan kaki melalui dusun untuk ke kampung berhampiran sementara menunggu bas peserta tiba ada yang menunaikan solat dan menukar pakaian di surau berhampiran.Bagi geng-geng RA kami menumpang moto penduduk untuk mengambil kereta kami yang di letakkan berhampiran pantai.Jauh jugak lah kalau nak menapak ke sana.
Jam 5petang sebelum bersurai semua menjamu makan tengahhari merangkap makan malam di salah sebuah restoran di pantai Mersing.Perghhh jam 10malam baru tiba di rumah masing-masing.Apa pun pengalaman di Gunung Arong pastinya menjadi salah satu lagi kenangan manis kami.
Untuk tatapan di atas ini adalah video yang sempat RA rakamkan semasa di puncak Gunung Arong

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...