Saturday, September 21, 2013

Putrajaya aku Datang !!!

 Hai Hai Hai....(lama dah tak dengar Tagline Aziz Desa tu).Hari ini RA meluangkan waktu dan masa ke Hospital Serdang untuk melawat seorang sahabat yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan lintasan jantung.Bersama RA yang mengikuti rombongan titian Kasih secangkir Kopi ini ialah Kak Ros,Azie,Olie dan Kak Rovita.Kami semua bertolak selepas subuh tu pun selepas habis memakan sebungkus Nasi Lemak telur Kampung Pasir.

 Bertolak jam 8pagi dan tiba ke hospital Serdang jam 1130pagi.(wah cepat jugak yea).Alhamdulillah pembedahan membesarkan saluran darah jantung Abang Yunus a.k.a Abang Chu berjalan dengan jayanya dan menurut kata jururawat dia dah boleh keluar petang ini.Gembira sungguh hati dia bila dah boleh keluar yea.RA pun tumpang gembiralah berkat kehadiran dan doa kami abang Yunus dah boleh keluar hari ini.Di wad yang sama kesemua rakan-rakan RA begitu tekun dan kusyuk mendengar penerangan dari seorang doktor muda tentang penyakit jantung.Senang nak paham katernya.(kipaSSS)

 Jam 2petang perut dah mula berbunyi,maka RA dengan seangkatan tentera hari itu turunlah untuk makan tengahari di kafeteria Hopital yang terletak di tingkat 2.Makanan-makanan yang di sajikan memang menjanjikan.RA amik Daging Salai + Sotong sambal + Sayur + Telur + Teh O Ais = RM7.70 sahaja.Murah tak?? huhu.Maaf yea tak sempat nak amik gambar makanan sebab RA dah kelaparan tahap dewa.Jam 330petang kami meminta izin kepada Abang Chu dan ahli keluarganya untuk pulang lagipun tempuh lawatan dah tamat.Kami semua keluar dan terus ke Komplek membeli belah Alamanda.

  Dah puas membeli buku dan makanan kami ke Putrajaya melihat mercu tanda Malaysia pulak.Sikit lah punya ramai umat petang tu kat sini.Nak cari tempat letak kereta pun penuh jadi letak lah kat bahu jalan kemudian amik lah gambar yang bertajuk "PUTRAJAYA AKU DATANGGGG!!"

Waktu margrib kami semua ke rumah adik Azie di Present 9 untuk membersihkan diri kemudian makan malam di Present 15.Katernya nak makan Nasi Arab,tapi bila nampak Nasi Kandar terus bertukar selera.Lagipun dah pukul 9malam,kena cepat makan dan cepat-cepat balik ke JB.Alhamdulillah selamat tiba ke JB jam 2pagi...dengan kepecutan kereta berkelajuan cahaya yang di pandu oleh kak Ros.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget