Sunday, September 22, 2013

Kluang Menjerit !!!

Kalau semalam RA ke Putrajaya,hari ini RA ke Kluang pulak.Tapi perjalanan kali ini lebih mencabar iaitu mengunakan Keretapi dari Stesen Kempas Baru ke Stesen Kluang yang mengambil masa perjalanan 1jam 30minit.Bersama-sama rakan sekolah lama RA Diel & Mamak sekeluarga ,Eddy Yani sekeluarga,Jack & Boy sekeluarga,Azmie & isteri sekeluarga,Ziela dan adiknya, kami semua bertolak jam 905pagi.

Itu pun nasib baik kesemuanya sampai tepat pada masanya sebab ada yang tersasar jauh ke Stesen JB Sentral dan ada yang tersangkut pada kesesakkan lalu lintas akibat jenjantas runtuh di Jalan Skudai.Kalau lambat alamatnya kena lah korang semua ke Stesen yang satu lagi di Kulai yea.

 

 Harga tiket sehala je RNM13 dewasa dan RM11 Kanak-kanak.Stesen Kempas Baru ini taklah sesak sangat,jadi boleh lah RA dan rakan-rakan bersantai dulu sarapan sebelum bertolak

 Disebabkan hari ini ulang tahun Jack,dia sewa satu gerabak keretapi untuk kita semua bergombira...hahaha.Banyaklah,semuanya sendirian berhad yea.Cuma pagi tadi tak ramai penumpang yang menaiki keretapi ke Utara,jadi gerabak yang belakang sekali tu jadi kami yang punyaaaaa.

 Haa inilah ruang gerabak untuk kantin.Terletak di hadapan gerabak sekali,kantin ini sedikit panas sebab diaorang tak bukak penghawa dingin daaa.Makanan di sini kebanyakkanya Burger,roti,nasi lemak & mee goreng bungkus selain makanan-makanan ringan dan air dalam tin.Sebungkus Nasi Lemak RM2.50.Air Tin kalau tak silap RA RM3.50-RM4 cam tu lah.Lupaa daaa...

 Jam 1030pagi keretapi pun tiba di Stesen Kluang.Macam biasalah nak amik gambar dulu kat papan tanda sebelum masuk ke tanah Kluang.KLUANGGGGG MENJERRITTTT!!!!

 Rombongan Cik Senah dan Pak Atan sesekali turun desa mana leh tak lepaskan peluang bergambar kan.Panas-panas pun mesti amik gambar jugak hehe.Dah puas bergambar mula lah perut masing-masing lapar.Bila jengah ke dalam stesen ternampak warong kafe "Kluang RailCoffee".Apa lagi mencari tempat duduk lah untuk singgah isi perut lagi.

 Takdelah nak makan banyak sangat,sekadar mengisi perut sahaja.Roti Bakar bulat , Air teh O ais dan telur setengah masak menjadi pilihan RA.Yang lain-lain pun ikut makan Roti Bakar di tambah dengan Nasi lemak 80sen.memang ramai giler tempat ini pagi-pagi Ahad.Ramai yang bersarapan bersama keluarga di sini.Tu pun RA berebut tempat duduk dengan Uncle Cina yang tetiba tiba tah dari mana.hehehe.

 Perut dah kenyang kan? dan memandangkan susah nak dapat teksi di bandar Kluang ini,RA dan yang lain-lain menapak lah ke Kluang Parade membawa bala angkatan tentera melintasi jalan dan longkang hehe.Biasalah kalau dah jumpa tempat membeli belah,paling-paling nak bawak balik se bag dua barang kan.Jalan punya jalan sampai dah nak pukul 2petang.Perut dah lapar ini makan tengahari tak lagi.Jadi RA cadangkan kami semua ke Warong Asam Pedas Padang Tembak yang terletak 5km dari Kluang Parade.Asam Pedas & Kari di sini memang terbaik.RA lebih gemarkan Kari Ikan dia.

 Lama dah pakcik nie meniaga di sini,sesejak orang Ipoh mula-mula datang mengajar di Johor lagi tu.(zaman Razif Ismail).Mana lah pakcik tu nak ingat lagi pelanggan-pelanggan lama dia kan.Lainlah kalau pelanggan baru hehehe.

ASAM PEDAS IKAN MERAH

KARI IKAN MERAH

JANTUNG PISANG + SAMBAL BELACAN KAW

LEMAK PISANG

MAKAN 14DEWASA + 6KANAK-KANAK = RM 129.00 SEMUANYA

BERPATUTAN LAH KAN??

 Nasib kami baik sebab bila tiba je Pakcik kedai ini sanggap menerima tempahan makanan kami walupun katanya lauk dah habis.Tapi bila citer yang kami datang dari Johor bahru,pakcik tu cuba menyedia dan masakkan sekali lagi lauk untuk kami.Terima kasih yea pakcik,kalau tidak kebuluran lah kami.Tengok jelah muka-muka di bawah ini sementara meninggu makanan siap.20minit sabar menanti-muka Jack keperitan menahan lapar. hehe

 Perut dah kenyang,kami teruskan perjalanan ke Kluang Mall pulak.Sampai je kat sini dah nak pukul 430petang.Guna teksi yang sama masa hantar kami ke Asam pedas.Cantik Mall ini,sangat moden dan besar,dengar orang kata inilah Mall yang terbesar dan terbaru di Kluang,tapi yang kesiannya Jack dan Boy masih tertinggal kat gerai Asam Pedas orang teksi tak sampai-sampai amik diaorang.Dekat kul 5petang jugaklah baru mereka tiba di Kluang Mall.

 Bila dah berjalan tu berulah teringat apa cerita dengan tiket keretapi balik kami nanti.Sebab masa tiba pagi tadi kami semua tak beli tiket untuk balik lagi.Jadi bila telefun diaorang cakap tiket dah habis terjual.Tu yang buat panik sekejap.RA dan Mamak bergegas ke stesen keretapi untuk bertanya dan membeli terus bagi mengelakkan tiket kami habis.

Nasib kami baik kerana tiket kereapi masih ada lagi,tetapi.....ada tapinya,tempat duduk semuanya telah penuh,jadi kalau nak berdiri tu masih boleh lagi.Pikir punya pikir dan selepas perbincangan kami semua bersetuju membeli tiket keretapi tanpa tempat duduk.Apa nak buat,terpaksalah kami semua ke gerabak kantin untuk mencari tempat duduk di sana.Nasib kami baik sebab masih ada tempat duduk yang tinggal dan ada yang sudi memberikan tempat duduk pada rakan RA yang membawa anak kecik.Hai dah macam naik bas berhenti-henti pulak.hehe.

Keretapi yang RA naiki tiba jam 930malam di Stesen Kempas dan terus mencari kedai makan di warong Sayam Taman Melati.Pengalaman kali ini paling tak boleh di lupakan,nak tergelak pun ada,mana tak nya ada yang tertinggal teksi lah,jalan kaki ke mall lah,beli kasut sama jenislah,tersalah pergi stesen keretapilah,yang hampir-hampir kena tinggal pun ada hehee.Gambar berkumpulan menghiasi penutup blog untuk malam ini.Selamat malam semua.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget