Saturday, March 2, 2013

JJTW : Rock Ooo

JJTW : JALAN - JALAN TENGOK WAYANG

"ROCK OO"

Pagi ini RA kena bangun seawal jam 6pagi,sebab jam 7pagi dah nak kena jemput 2 tetamu yang bermalam di Suria Hotel ke DangaBay untuk menaiki bas ke Universal Studio Singapura.Jadi di belah tengahhari pulak RA dah bersiap sedia untuk menonton filem "ROCK OO" di GSC Leisure Mall.Saja lalu depan Stulang Laut sebab nak amik angin sambil cuci mata.

 Relek lah bro,sebab cerita ini bermula jam 4petang.Jadi RA sempat jugak la mencekek makan tengahari di restoran bersebelahan pawagan ini.Jam 350petang Nik dan keluarganya pun tiba.Macam biasalah lah poster nie jadi lokasi bergambaran kami semua.Bagi peminat cerita arahan Mamat Kalid yang terdahulu iaitu "Rock" pasti nak tengok sambungannya kan? Memang terbaik lah cerita ini.heh....RA gelak sampai meleleh air mata nak-nak bahagia bila kumpulan Rimba Bara kena tipu dengan Promoto dan di tinggal sehilang sepinggang di flat murah dengan takde duit nak makan."Nostalgia beb gua cakap lu"...kan heh....

 

 Jadi bagi sesiapa yang ingin mengimbas pengalaman sewaktu zaman 80-90an tengok lah cerita ini.hehh..Memang terbaik dan gelak habis.Caya lah abang Mamat Khalid.Balik dari wayang RA terus ke Pasar Boroang Pandan nak amik cincin suasa RA yang tertinggal di kedai urut malam semalam.Pergh tak sanggup RA kehilangan cincin ini.RA beli cincin ini dengan harga RM180 tu.Orang cakap kalau kita beli barang waktu kita sengkek kita akan menghargai barangan tersebut.(betul la tu) hehe.Sementara tunggu kedai tu bukak RA terserempak Ika & Babynya di kedai kakaknya iaitu Kak Linda.Mereka bukak kedai assesori wanita di sini.Tengok comel tak anak si Ika nie...hehe  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget