Wednesday, August 1, 2012

Ulang Tahun Kelahiran Ozzie

 Semalam selepas sahaja selesai sahaja solat Terawih 20 raka'at dan solat Widtir 2 raka'at aku bergegas ke Restoran Habib Tampoi Utama untuk sama-sama menjayakan majlis Ulang tahun Ozzie a.k.a Azzie.Memandangkan ianya di buat pada malam puasa,kesemua yang hadir rata-rata sampai selepas jam 10malam.

 Tak sangka pulak ramai juga orang yang datang kat restoran Habib malam-malam itu.Ramai juga Pak Haji yang selepas solat berterawih lepak minum bagi menghilangkan dahaga barang sekejap.Ada yang datang dengan hanya berkain pelikat dan bersongkok kopiah haji sahaja.

Ulang tahun ke 35tahun si azie ini di sambung dengan suasana yang cukup sederhana tatapi tetap meriah.


 Satu lagi yang tidak di sangka-sangka kumpulan wanita yang datang pada malam itu semuanya berbaju hitam.Macam dah janji-janji pulak kan.Kek di taja sendiri oleh suami tercintanya iaitu kek aiskrem Buskin Robin.Yummy,kek aiskrem yang paling aku suka.


 Pemotongan kek hanya dimulakan bila semua yang hadir datang.Walaupun masih ada seorang yang datang lewat sedikit kerana mengerjakan solat terawih di kawasa rumahnya di Skudai.Tapi tetap datanglah.Acara penyerahan hadiah di buat oleh Kak Rovita , Ollie dan aku terhadap tuan punya badan yang menyambut hari lahir hari itu.


 

 Tak ada apa yang istimewa nak bagi,hanya sekadar selendang yang tidak terlalu mahal je yang dapat aku berikan tanya ingatan persahabatan.Kadang-kadang bukan nilai mahal sesuatu hadiah yang kita kejarkan,tapi setakat ingatan dan kenang-kenangan persahabatam sahaja. 

 

Apapun acara terakhir bergambar bersama-sama tidak pernah di lepaskan,walaupun jam sudah menerjah hampir ke pukul 12tengah malam.Kak Rovita pula terpaksa bergegas pulang sebelum jam 12tengahmalam sebab nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran anak sulungnya pulak.


SELAMAT ULANG TAHUN AZIE,MUGA DI PANJANGKAN UMUR,DI MURAHKAN REZEKI DAN DI BERIKAN KESIHATAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget