Tuesday, August 7, 2012

Sketsa Nak Dekat Raya

Assalamuaikum semua...Lagi 11hari je lagi kita semua nak menyambut hari raya.Macamana persiapan raya? baju raya dah beli? kat sini nak kongsi gelagat dan sketsa nak dekat puasa masyarakat Melayu kita.


SKETSA NAK DEKAT RAYA !!!


Nak dekat raya nie semua orang akan tunggu duit gaji masuk,paling-paling bertuah pun tunggu bonus masuk.Yealah nak beli baju raya lagi,duit raya budak-budak lagi.Tu belum lagi yang dah berkeluarga.Macam-macam nak beli.Jadi termenung lah menunggu dan menunggu.


Dah tengah-tengah bulan puasa ini,penyakit pun banyak lah nak menyinggah.Sakit batuk lah,demam lah,cirit birit lah.Jadi hati-hati dan jaga pemakanan dan makanan yang hendak di beli.

 

 Dah nak dekat-dekat raya nie,mood kerja pun macam dah tak ada.Yealah asik teringat kan kampung halaman,teringatkan nak membeli belah lah,macam-macam dalam kepala.


Mata pun asik nak mengantuk je.Maklumlah bangun bersahur seawal pagi.Nak tidur tak boleh,nanti leh kurang pahala puasa.huhu


Mulalah pasang angan-angan konon nak berhenti isap rokok terus,selepas habis bulan puasa.Tapi dah bertahun-tahun pasang angan-angan tu,tak berjaya jugak. 

 

 Bila selak-selak surat khabar pulak, selalulah tengok ruangan "Salam Perantau".Mana tau ada muka-muka yang kenal ucapkan raya kat kita kan.Kadang saja je tengok amik mood berada di luar negara katernya.

 

 Dan masa nie jugalah sibuk nak cat rumah.Nak amik mood Hari Raya katernya.

 

Dalam masa yang sama dok pikir nak pakai baju raya warna apa tahun nie.Fesyen mesti nak mengalahkan artis katernya.

 

Mesin timbang berat badan pun mula lah di cari-cari bulan puasa ini.Maklumlah nak tengok berat badan,nanti boleh lah beli baju raya "Kebaya Nyonya Ketat".Pasang badan bila balik kampung tuuu... 

 

Tu dia...baju raya dia.Kalau kat JB nie beli kat Angsanalah jawapnya,tak pun kat First Lady,ada tu sanggup menjelajah sampai ke Geylang Serai,Singapura dan Jalan Masjid India kat KL semata-mata nak tunjukkan baju dia kat facebook pada Hari Raya pertama nanti.Tungguuuuuuu katernyaaa

 

Tu baru beli baju raya,belum lagi beli set sofa,radio,tv,kereta,karpet,kuih raya mesti nak penuh satu meja.Pendik kata serba serbi nak beli,nak nampak baru semua nak bawak balik rumah.

 

Tak kurang dengan pusat membeli belah yang sesak,Spa-spa dan pusat rawatan kecantikkan juga penuh dengan orang-orang kita yang nak buat muka,buat rambut dan mencantikkan kulit agar nampak berseri-seri di pagi raya nanti.Ala susah-susah gosok dengan sabun Feb jelah.


Pada yang tak dapat cuti raya balik kampung,mulalah terkenang ayah,mak dan keluarga.Telefon lah jadi pengubat rindu mak ayah pada anak-anaknya.Tiap kali berbuka puasa mesti tel mak,ayah kat kampung.Rindu tuuuu.


Sukalah tu dapat cuti raya.Tiket bus dah beli ke belum? Jangan beli di saat terakhir kang tak balik hekau jangggg....


Haaa.menangis konon,pergi kau menangis kat sana,buat apa menangis kat sini.Tu lah sapa suruh beli tiket bus disaat terakhir.Menangis air mata darah sekali pun bus tak akan datang.Nasib kau lah jang oiiii.....


Terpaksalah kau tumpang orang.Tu pun kalau ada orang yang ihsan kat kamu.Dah adat,orang kita memang suka membuat persiapan di saat-saat akhir.Macam nielah jadinya kalau tak dengar nasihat.Balik naik basikal jer lah yea.

 

Masa ni jugak lah ibu-ibu dan bapak-bapak asik kena jawap soalah anak-anak diaorang yang tak sabar nak berhari raya.Naik penat menjawap.Maklumlah budak-budak,raya ini pun milik diaorang sebenarnya.



Bagi suri-suri rumah dan kaum hawa,kalau dapat cukup sebulan berpuasa tanpa membuangnya pun dah kira bertuah lah sangat-sangat.Bukan apa,nak mengantinya sikit lah punya liat.Tahun lepas-lepas punya puasa pun ada yang belum berbayar lagi kan kan kan....hehe


 Cuma ayam,kambing,lembu yang kat kandang je tak suka menunggu Hari Raya nanti.Maklumlah kena jadi korban untuk di masak di pagi raya.Cabutttttttttttttt.......


SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA DAN 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YEA.......

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget