Sunday, August 26, 2012

Raya lagi di Syawal ke 8

Seawal jam 8pagi aku dah terima sms dari seorang teman,katanya nak ikut sama ke rumah terbuka Majlis Bandaraya Johor Bahru jam 12tengahari nanti,tapi entah kenapa bila dah hampir pada waktu itu dia boleh sms semula cakap tak sempat pulak.Jadi aku teruskan sajalah ziarah raya aku tanpa dia.Nasib baik Nik dan keluarga ikut sama.Ke mana lagi,ke rumah Mona lah kat Kampung Sri Serdang.jam 1130pagi dah sampai.Kena pergi awal sebab suami Mona,Firdaus dah nak kena balik Melaka petang ini jugak.Si Amir (anak Mona) yang sekarang dah tukar nama ke Salam tu pulak baru je bangun tidur


 Hampir jam 12tengahari aku,bapak aku dan keluarga Nik bertolak pula ke Stadium tertutup MBJB,untuk menghadiri Majlis rumah terbuka Tan Sri Shahrir (Datuk Bandar JB).Kami tiba jam 1230tengahari dan terus masuk ke dewan stadium tertutup.Ada lebih kurang 10gerai makanan yang boleh kami pilih makanan.Meja tempat makan pulak terletak di tengah-tengah dewan

 Masuk saja ke dewan,kami di sambut oleh alunan marhaban dari kumpulan marhaban yang telah di jemput untuk membuat persembahan.Nak cari meja ketika itu memang ada,tapi tak cukup sebab kami ber7.Perlu amik satu meja tu.Nasib baik setelah 15minit meja Nik dan keluarga pun kosong.Dapatlah kitaorang makan beramai-ramai.

Terdapat gerai-gerai kecik di tepi yang menyediakan makanan Orang Johor.Antara menu di rumah terbuka ini adalah :-

NASI BERIANI GAM & DAGING

CAPATI BERSAMA KUAH DAL & KIMA

SUP TULANG GEAR BOX

LAKSA JOHOR

MEE REBUS (sedikit pedas)

KETUPAT , RENDANG & LODEH

LEMANG DAN SERONDING

SATEY & MEE HOON GORENG

AIR KORDIAL & TEH/KOPI


 Antara menu yang sempat aku tibai pada siang tadi.Kenyang beb.

Semakin lewat semakin kurang orang yang datang.

 Alunan Ghazal juga di mainkan setelah Marhaban melabuhkan bacaan mereka.

 Haa inilah dia hero-hero Malaya anak Nik dan Fuad yang sempat bergambar dengan aku.

 Dah puas makan,mula lah bergerak pulang,tapi tidak lupa untuk bersalaman dengam Tan Sri Shahrill untuk amik duit raya (terhad hanya untuk budak-budak je yea).Tengok je tu Tan Sri kena serbu dengan budak-budak yang datang beraya siang tadi.

 Terpaksa pulang awal sebab ayah aku kena segera ke tandas.Tak selesa katanya kalau ke tandas awam.Jadi bergegas lah pulang ke rumah.Nasib baik hujan dah berhenti.Sampai je rumah,Zack & Herman pulak telepun suruh datang beraya kat rumah dia.Baru nak letak pinggang dah kena gerak lagi.Nasib baik kami sekampung,rumah tak jauh.Sampai je rumah dia,dia masak jemput-jemput ikan bilis dan bawang...sedapnyaaaaaaa.....Makan lagiiii.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget