Saturday, June 23, 2012

Nak Makan kat kedai bawah Jambatan

 Ini adalah alkisah cerita nak makan.Pada satu petang tu si Remy (bukan nama sebenar) teringin sangat nak makan Chicken Chop hutan bandar yang harga RM5.00 tu.Jadi dia pun sms lah kawan-kawan dia iaitu  Oil,Ozimah & Mat Yasin.(juga bukan nama sebenar).Tunggu punya tunggu , sms tu cuma dapat di balas oleh Mat Yasin.Jadi memandang kan Oil & Ozimah nie tak sms-sms diaorang ingatkan mereka ini tak mau turut sertalah.Mat Yasin pun kuarkan pendapat suruh batalkan je niat nak makan kat hutan bandar tu dan gantikan dengan makan Nasi Ambeng kat warong bawah jambatan Taman Perling.Si Remy nie pening dok pikir warong yang mana satu.Bila di tanya apa nama warong tu,tapi si Mat Yasin nie asik-asik menjawap yang kat bawah jambatan tu saja.Sms punya sms,laaaaa rupa-rupanya dia nak makan kat sebelah Bangunan Abu Kasim kat Kampung Sri Jaya ghupanyaa yoopppp.....Pening dok si Remy tu memikior kat gym bersama temannya yang lagi sorang tu bernama Faris & Niko(bukan nama sebenar).Selepas berbalas-balas sms tu,si Oil & Ozimah nie pun hantarlah sms mengajak berkaraoke.Memandangkan aktiviti itu bertembung dengan aktiviti memakan si Remy dengan mat Yasin,maka di ajaknya mereka makan di situ sekali siap dengan makan durian sebiji lagi.

Sebenarnya Mat Yasin nie nak pergi mengaji,jadi memandangkan dah pasang niat,lepas makan tu dia kenalah pergi mengaji jugak,tak jadilah dia nak mengikut gie karaoke.Nasi Ambeng kat sini sedap jugak,nak-nak bila makan malam-malam.Harga RM4.50 sajor.

 Jadi selepas je kenyang makan,si Oil,Remy dan Ozimah ini bergerak lah ke "Suara OK" di Danga Bay,di mana terletaknya pusat karaoke termurah di Johor Bahru.Menyanyi lah mereka dari jam 1030malam sampai ke pukul 1230pagi di temani oleh Mimi (bukan nama sebenar) , Faris & Niko.


1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....