Thursday, May 24, 2012

Acara Potong Kek Suka-Suka

Bertempat di Restaurant Perkampungan Melayu (Malay Village) Nusa Bistari , jam 830 malam,satu acara memotong kek suka-suka telah di adakan.Acara ini adalah bertujuan untuk memberi rasa kek kepada kawan-kawan.Kek ini telah di buat oleh Ozie a.k.a Azie Bini Roslie a.k.a Olie (kiri - gambar).

Kek ini berbentuk bulat dan beratapkan logo bola sepak English ternama yang telah kalah iaitu "Liverpool"Acara telah di rasmikan oleh Olie dengan memotong kek sehingga habis makan.

 Makanan-makanan lain pada malam itu telah di sumbangkan oleh Puan Rovita di atas kemurahan hatinya setelah mendapat durian runtuh pada Hari Guru tempoh hari.Moga beliau di murahkan rezeki lagi (naik segan pulak asik-asik dia je yg belanja kita nie).

Para hadirin yang turut hadir pada malam gala potong kek terbabit adalah seperti berikut :-
1.Nik , Fuad dan hero-heronya...
2.En Mohd Yunus a.k.a Pengerusi a.k.a Abang Chu
3.Olie,Azie & heroin Heroinnya...
4.Kak Rovita & heroin-heroinnya....
5.Kak Ros & Abang Mat a.k.a Abang & Minah  bikers.
6.Aku a.k.a Rio Azzaro

Saat makan mereka semua di hidangkan dengan makanan-makanan yang enak-enaks di samping cerita Pocong mengamuk di TV3 
(ramai yang tak suka dan ketakutan tapi jeling-jeling tengok jugak).
Hujan lebat kadang-kadang bertukar renyai-renyai,menjadikan malam itu bertambah sejuk dah romantik (apanyer).Majlis berakhir jam 11malam sebab En Mohd Yunus a.k.a Pengerusi dah mengantuk.

SEKIAN - WASALAM 
KARAM KAPAL UNTUK BULETIN RIOAZZARO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget