Sunday, January 31, 2016
Bingkisan dari Madinah Al-Munawarah
Amik gambar dan pengajaran dari peperangan Uhud ini.Iaitu mengikuti arahan ketua.
Wednesday, January 13, 2016
JJNM : Gerai Mak Nona Kg.Pasir
J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
GERAI MAK NONA - KG.PASIR TAMPOI
Bagi peminat-peminat makanan kuih-kuih Malaysia pasti tak akan melepaskan peluang untuk ke Gerai ini.Dekat je dengan rumah RA, di Kampung Pasir Jalan Belimbing.Kat sini ada pelbagai jenis kuih tempatan boleh di dapati.Antaranya Kuih roti sambal , Donat , Karipap pelbagai inti , Lopez , Talam , Kuih Bakar , Apam , Lempeng , Vadey , Roti Jala , Nasi Lemak , Lontong Kuah , Mee Hoon Goreng dan macam-macam lagi lah.
Penuh satu meja dia dalam gerai dia jual sampai rambang biji mata nak pilih.Rata-rata kuih-kuih di sini di jual 3biji = RM1.00.Murah dan sedap pulak tu.Kalau nak datang sini kena datang awal.Gerai di buka seawal jam 630Pagi dan selalunya paling cepat habis jam 9pagi.Agak-agak kalau datang jam 10Pagi tu tinggal baki-baki je lah kot.
Yang paling istimewanya di sini Lontong Kuahnya...Harga memang menjangkau pemikiran kita,RM2 sahaja sebungkus.Sedap,kuahnya pekat,likat menjanjikan.Lontong ini menu paling cepat habis awal.
Gerai ini takde tempat untuk makan.Makanan di sini di jual bungkus jadi datang beli dan bawak balik.Orang putih cakap "cash & carry" jek.
RA memang hantu Karipap,agak-agak selera datang nak makan karipap RA akan beli sampai RM10 kadang-kadang.Karipap paling sedap karipap daging dan Kentang...Garing , inti sedap dan tak muak.Cubalah ke sini tapi pastikan tiba awal pagi,kalau tidak balik dengan tangan kosong je lah
Sunday, January 3, 2016
Pakej berkumpulan 3H/2M Tj.Pinang
PAKEJ 3HARI 2MALAM TANJUNG PINANG BINTAN
MIN 10 DEWASA
RM 435.00 SEORANG

HARGA TERMASUK :
- Tiket feri pergi dan balik dari Stulang Laut ke Tj.Pinang
- Cukai pelabuhan Malaysia & Indonesia
- Penginapan 2 malam (2*)
- 2 x Sarapan Pagi , 2 x Makan malam
- Lawatan ke Pulau Penyengat
- Lawatan ke Pantai Trikora
- Membeli belah di Bintan Mall dan Pasar Tanjung Pinang
- Boarding Pass (Bintan)
- Ketua rombongan
HARI PERTAMA :
Bertolak dari Stulang Laut Jam 930pagi ke Tanjung Pinang.Perjalanan mengambil masa 3jam mengunakan feri catamaran.Tiba Tanjung Pinang 1130pagi (waktu Indonesia).Bagasi akan di bawa ke hotel kemudian ke Dermaga Pulai Penyengat untuk lawatan ke sana.Tiba di Pulau Penyengat anda boleh menikmati menu makan tengahari di sini (perbelanjaan sendiri).Selepas makan tengahari lawatan di teruskan mengelilingi pulau.Anda boleh menyewa MotoBeca atau berjalan kaki.Solat Zuhur dan Asar di Masjid Raya (masjid yang di buat dari putih telur).
Antara tempat menarik di Pulau Penyengat :
1.Makan Pahlawan Nasional Raja Ali Haji
2.Makan Engku Putri
3.Makan Raja-Raja
4.Istana Kantor
5.Balai Adat Melayu
6.Kubu Bukit Kursi
7.Gedung Mesiu.
Petang pulang ke Tanjung Pinang dan bermalam di hotel.Makan malam di sediakan di hotel secara buffet.Selepas makan makan aktiviti sendiri.
HARI KE 2 :
Bersarapan di hotel.Kemudian di bawa ke Pasar Tanjung Pinang untuk membeli belah busana,tekstail dan pelbagai barangan kulit,bag mahupun buah-buahan.Tengahari bertolak ke Pantai Trikora yang putih dan menikmati aktiviti pantai seperti snokeling,berpiknik,kayak atau bermandi manda..Petang pulang ke Tanjung Pinang dan singgah di Bintan Mall.Selesai membeli belah anda di bawa pulang ke Hotel untuk bermalam.Makan Malam di sediakan di hotel.
HARI KE 3 :
Sarapan di hotel, kemudian membeli belah di saat terakhir sebelum bertolak ke Jeti jam 12tengahari.Daftar masuk feri dan bertolak pulang ke Stulang Laut.Sekitar 4-5petang tiba Stulang Laut dan acara tamat.
UNTUK TEMPAHAN :
1.NAMA PENUH SETIAP PESERTA
2.NO PASSPORT /TARIKH LUPUT/TARIKH LAHIR
TELEFUN : +60127709809 - NAZ@ADAM
Saturday, December 26, 2015
Suka Suki Cuti Krismas
Cuti hujung minggu nie RA kena melayan kerenah anak-anak buah RA datang JB dari KL.Mereka nak ke Legoland dan Hello Kitty katanya.Malam kami semua menjamu selera di Warong Satay Wak Radol sebelum bergambar sebentar di depan Istana Bukit Serene.
Tengoklah tu akhir budak-budak nakal nie.Si baju putih tu nampak macam kuat makan,tapi makan nasi putih dengan telur goreng je.Ish ish sorang nie.
Banyak jugak tempat yang RA bawak mereka nie.Maklum lah dah lama tak jumpa diaorang nie semua.Petang Jumaat lepas solat Jumaat ke Puteri Harbour jenjalan cuci mata sambil bergambar dari atas Jen Hotel.Malam ke Wak Radol makan satey.Sabtunya pulak ke Legoland Watar dan Themepark.
Naik roller coster masing-masing tak mau kalah.Sambil-sambil tu cuba lah cari wifi ternampak pulak wifi ini.Ingat kedai mamak ke? hahaha menangan nak wifi percuma katanya
Apapun cuti hujung minggu RA sempena cuti perayaan Krismas tahun ini terisi dengan kehadiran mereka-mereka ini,RA dah anggap mereka ini sebahagian daripada keluarga RA.Nanti datang lagi yea...
Thursday, December 17, 2015
JJNM : Kedai Makan Kotak Kayu
JALAN-JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
KEDAI MAKAN KOTAK KAYU
JALAN DENAI 2 KEMPAS
Tak rancang pun nak ke sini.Tapi petang tadi lalu menynggah sebentar ke rumah kawan tetiba ternampak kedai makan yang tak jauh dari rumah dia.Bila dia ajak singgah makan RA pun lajulah cakap 'OK'.Kedai ini letak kat Jalan Denai 2 Kempas,tak jauh dari lebuhraya pasir gudang.Kedainya pun comel di buat dari kayu sebab tu kedai ini di namakan "Kotak Kayu"
Menu kat sini pun menu biasa biasa je.Harga pun boleh tahan murah.
Ini menu yang RA pilih untuk makan bersama kawan RA petang tadi.Burger Box , Nasi Lemak Ayam dan Mee Goreng.Burger Box ini comel macam kedainya.Warna Biru pulak tu.Persembahan makanan menarik.Sambal Nasi Lemak tawar,mungkin terlupa nak letak garam.Burger kalau 5bintang RA bagi mereka 3.5* jek.Untuk persembahan makanan RA bagi 4*
Untuk mee goreng nie,RA suka sangat rasanya.Mee dia pun takdelah nampak macam baru keluar plastik terus goreng.RA bagi Mee Goreng Kotak Kayu ini 4.5*.Kalau pergi ke kempas jangan lupa singgah di sini.
Monday, December 7, 2015
Tanjung Pinang Hari Terakhir
HARI KE 3
Hari ini adalah hari terakhir kami berkampung di Tanjung Pinang.Sebelum pulang jam 1230pm waktu Indonesia , RA meyinggah sebentar di pasar basah Tanjung Pinang untuk membeli sotong.Sekali lihat teringat zaman kecik-kecik dulu arwah mak bawak RA pergi pasar basah Batu Lima.Memang Becak...Nasib baiklah kasut RA tak basah lecun.
Sedih pun ada jugak bila tengok anak-anak ikan Yu yang di jual di pasar ini.Siripnya terlebih dahulu habis di potong dan di jual sebab permintaan yang tinggi..Manakala badannya di longgokkan di tepi sementara menunggu pembeli.
Yang ini besar sikit saiznya..Ikan Yu dewasa.Pun siripnya sudah habis di potong manakala badannya di biarkan di tepi.kalau ada yang mahukan dagingnya barulah ianya di potong.Jika tidak ermmm paham-paham jelah.
Yeaaa inilah dia pengulas dan juga pengunjung sepanjang lawatan tiga hari ini.Nak panggil Pak Alan pun boleh,Mas Alan pun boleh.Banyak jugak oleh-oleh yang di belinya.Selain pasar basah di pekan Tanjung Pinang ini juga boleh di beli barangan bag tas,busana muslimah , telekong , topi , kasut dan pelbagai barangan lagi.Hujan turun mencurah-curah jam 10pagi bagai menahan kami agar tidak pulang dulu ke Johor.Tapi Alhamdulillah jam 11pagi hujan pun berhenti dan kami semua tiba di pelabuhan jam 1130pagi untuk pulang ke Johor.Tepat jam 1230 Feri bertolak ke Johor dan selamat tiba di Jeti Stulang Laut Jam 4petang.Di harap kenangan semasa berada di Tanjung Pinang membawa kenangan manis buat anda semua yang mengikuti rombongan dari saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
Tahun 80an adalah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan.Aku membesar dari keluarga yang sederhana.Bapak aku ketika itu kerja sebagai bur...
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...



















































