Monday, July 30, 2012
Friday, July 27, 2012
Tempahan Kek Raya
Sempena nak Raya nie kan,sana-sini orang jual kuih rayalah,kek raya lah,baju-baju raya lah.Tak terkecuali kawan saya yang sorang ini.Bertungkus lumus menyiapkan tempahan-tempahan kek dia.
Saya ini bukan lah peminat kek sangat sebab saya jenis yang tak suka makan kek lebih dari 2 potong.(Tu paling banyaklah).Jadi dah terlanjur saya ada blog ini , saya cuba tolong kawan saya iklankan kek dia kat laman blog saya.
Harga kek dia tak lah terlalu mahal dan tak lah terlalu murah.Bak kata orang tua-tua berpatutan dan alang membeli menang memakan.
Berikut adalah Kek-kek yang di jualnya beserta harganya sekali
(Harga bersih dah termasuk komisen saya RM5.00 tau hehe)
KALAU NAK TEMPAH : TEL SAYA 0127709809/ PENGHANTARAN PERCUMA DI SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU/SKUDAI/TAMPOI/NUSAJAYA SAHAJA.
PENGHANTARAN LUAR KAWASAN DI ATAS DI KENAKAN MINIMUN CHARGE
KEK BROWNIES STRAWBERRY CHEESE
RM65.00 = 1 KILO
KEK BROWNIES CHEESE @ TIADA CHEESE
1/2 KILO = RM35.00 / 1KG = RM65.00
KEK BROWNIES WALNET CHOC SWIRL CHEESE 1KG = RM 65.00
KEK CHOCOLATE MOIST 1KG = RM65.00
KEK MARBLE ORANGE CHOCOLATE
1KG = RM65.00
KEK BROWNIES BADAM 1KG = RM65.00
Thursday, July 26, 2012
Sketsa Di Bulan Puasa
Puasa yea kawan-kawan?? kat sini nak kongsi sama-sama sketsa di bulan puasa yang mungkin kita dulu-dulu pun penah macam ini kan.
Mula-mula pasang niat berpuasa,lepas tu niat tak mau nakal-nakal di bulan puasa.Sebab umur dah makin meningkat,jadi kena lah puasa.
Lepas tu Tidur awal.Esok dah nak puasa,jadi malam nie kena tidur awal.Nanti Sahur jangan lupa kejutkan saya yea...
Tetiba tengah tidur syok-syok Mak pun datang kejutkan suruh bangunnnnn sahurrrrr...Malassnyaa nak bangun.Kalau ada Ho,Ho.Ho Holick kan bagus.....
Dah tu kat sekolah@tempat kerja jumpa kawan-kawan nak gosip-gosip tak boleh,nanti tuhan marah.Pahala kurang....Jadi bual pun pasal keadaan semasa je lah yea....
Balik kerja mesti bawak makanan untuk di masak di rumah.
Tapi masa cuti-cuti macam nie lah keadaan diri saya bila berpuasa
Masa nie lah macam-macam makanan yang keluar dalam fikiran kita kan...bual pun pasal makan je.
Bila Mak masak kat dapur kita pun sibuk lah nak menolong.Tapi selalunya buat kecah je..hehe
Bila dah petang sikit,haaa mula lah sibuk nak ke bazar Ramadhan beli apa yang patut dan tak patut.
Masa ini nak tunggu azan Margrib kat rumah.Nak bangun pun dah tak larat
Yang makan kat luar tu,kalau tak mahu makan Buffet tu boleh lah makan cara Ala-Carte
Kenyang dah...Alhamdullilah!!!!
BILA DAH NAK DEKAT RAYA MULA LAH CUBA BELIK-BELIK BAJU RAYA & PAKAI DI DEPAN CERMIN
SELAMAT BERPUASA SEMUA......!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, July 24, 2012
Nasihat dari Doktor Pakar
Nasihat dari Dr.Devi Shetty,
Hrudayalaya
(Doktor Pakar Jantung) dari Bangalore :-
(Doktor Pakar Jantung) dari Bangalore :-
JAWAP TELEFON DENGAN HALAKAN KE TELINGA KIRI
JANGAN MENGAMBIL PIL BERSAMA AIR SEJUK
MASA TERBAIK UNTUK TIDUR DARI 10MALAM HINGGA KE 5PAGI
JAUHKAN DIRI ANDA DARI CHARGER BATERI TELEFON BIMBIT.
JANGAN MINUM KOPI 2 KALI SEHARI
KURANG KAN MINYAK DALAM MASAKAN ANDA
SEBELUM TIDUR JANGAN TERUS BARING SELEPAS MENGAMBIL UBAT ANDA
JANGAN GUNAKAN EARPHONE/HEADPHONE TERLALU LAMA PADA SATU MASA
JANGAN MAKAN TERLALU BANYAK SELEPAS JAM 5PETANG
MINUM BANYAK AIR SUAM PADA WAKTU PAGI DAN KURANG PADA WAKTU MALAM
APABILA TAHAP BATERI BIMBIT ANDA TURUN KE SATU BAR,JANGAN MENJAWAP TELEFON ANDA KERANA RADIASINYA 1000KALI LEBIH KUAT
JAGA DIRI ANDA DAN KALAU ANDA SAYANG PADA ORANG LAIN BOLEHLAH "FORWARD" INFORMASI INI KEPADA KAWAN-KAWAN ANDA.
Saturday, July 21, 2012
Bazar Ramadhan Vs Pasar Malam
Selamat berpuasa semua.....Hari ini hari pertama kita semua berpuasa.Tapi masih ada lagi yang tak puasa kan? takpe lah...Sebenarnya aku tulis kat sini sekadar ingin menyatakan pandangan peribadi aku tentang Bazar-Bazar Ramadhan yang banyak kita temui pada setiap petang bulan Ramdhan.
Yang buat aku tak paham dan tidak puas hati ialah kenapa harga makanan-makanan yang di jual di Bazar Ramadhan ini lebih mahal dari yang kita dapati sama di Pasar Malam?.
Mungkin bagi mereka yang berkemampuan tidak kisah dengan harga yang di jual di sana,tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah,harga makanan di bazar Ramadhan yang terlalu mahal mungkin satu masalah bagi mereka.
Di bawah ini adalah perbezaan harga makanan antara bazar Ramadhan dengan Pasar Malam
ROTI JOHN
Bazar Ramadhan : RM3.50 (paling murah)
Pasar Malam RM1.50 (paling murah)
AIR TAHU PANAS (DENGAN ATAU TANPA GULA MELAKA)
Bazar Ramadhan RM1.50
Pasar Malam : RM1.00
MURTABAK
Bazar Ramadhan : RM4.00 (paling murah)
Pasar Malam : RM2.00 (paling murah)
MAKANAN GORENG KUALI BESAR
Bazar Ramadhan : RM2.00 (paling murah)
Pasar Malam : RM1.50 (paling murah)
Contoh - Contoh Lain :
Ayam Goreng Bazar Ramadhan : RM3.50 (paling murah)
Ayam Goreng Pasar Malam : RM2.00 (paling murah)
Nasi Lemak Bazar Ramadhan : RM 2.00 (paling murah)
Nasi Lemak Pasar Malam : RM1.50 (paling murah)
Nasi Ambang Bazar Ramadhan : RM4.00 (paling murah)
Nasi Ambang Pasar Malam : RM2.50 (paling murah)
Nasi Ayam Bazar Ramadhan : RM4.00 (paling murah)
Nasi Ayam Pasar Malam : RM3.00 (paling murah)
Ini adalah sebahagian harga makanan yang dapat aku tinjau lah dan harga ini memang tak pernah turun dan kalau berubah pun sebab harga dia di naikkan.
Jadi berjimat cermatlah kita berbelanja yea.Jangan nanti berbelanja makan lebih di bulan puasa dari bulan-bulan yang biasa.Bulan puasa adalah bulan untuk berjimat dan bersedekah bukan bulan untuk berbelanja boros.
SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN !!!!!!!
BERBUKA DAH NAK DEKAT TU......
Friday, July 20, 2012
JJTW : The Dark Knight Rises
JJTW : Jalan Jalan Tengok Wayang
The Dark Knight Rises
Amacam? kena tak dengan poster kat belakang tu? hehe.Dah nak dekat puasa ini boleh pulak filem kegemaran aku nie keluar.Jadi malam semalam bersama gang-gang mengeteh kami pun serbulah ke TGV Bukit Indah seawal jam 8malam.Aku makan malam bersama Raymond di Restoran Johnny Steamboat (tapi makan tomyam dengan nasi goreng je-tak amik steamboat pun) kemudian bergegas ke panggung TGV yang terletak di tingkat 3 di bangunan Jusco yang sama.Macam biasalah menunggu gang-gang yang lain tengah "on de way".Satu pasangan tu tengah makan kat JCO,satu lagi pasangan tu pulak tengah tengok berita dalam kereta.Cuma Kak Rovita je lah yang selalu datang awal tiap kali ada temu janji.Nak ajak yang sorang lagi tu pulak kena Over Time dan batalkan pada saat-saat terakhir.Yang lagi satu pulak dah ada temujanji rahsia dengan orang lain...hehehe.(tapi petang nak ajak mengeteh goreng pisang tu)
Oklah bila semua dah sampai dah cukup forum baru lah boleh amik gambar beramai-ramai sebelum masuk ke panggung.Nasib baik jumpa poster Batman yang besar ini,dapat jugak bergambar,tak kiralah orang lalu lalang kat depan,tetap nak bergambar jugak.
Tapi malam ini hanya Kak Rovita je yang datang satu keluarga manakala yang lain-lain datang tanpa anak-anak.(tinggal di rumah nak dating katernya).Nie apa jugak la yang si Raymond dan Fuad tengok kan yea.Dua-dua pandang ke kaunter beli bertih jagung.
Filem Batman kali ini tidak sehebat bahagian ke2 yang lepas (lawan dengan Joker) tetapi tetap menarik walaupun mengambil masa 3jam untuk habiskan cerita ini.Watak Batman,Catwomen dan Bane di cantumkan dan menjadi.Cuma lakonan Catwomen kurang menyerlah tidak seperti lakonan Michelle Pfeiffer pada filem Batman versi terdahulu.Untuk jadi Catwomen kena gedik dan manja lebih-lebih macam kucing,kucing kan manja.Ada bahagian-bahagian yang membosankan jugak.Untuk filem ini aku hanya bagi 4 (****) bintang sahaja.
Amboi sukanya mereka-mereka ini bergambar sebelum masuk kepanggung yea.Tayangan bermula jam 9malam dan berakhir jam 12tengah malam.Nasib baik juga diaorang tak bawak ramai anak-anak.
Dah yea...esok semua kena puasa.Jangan Lupa..!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
Tahun 80an adalah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan.Aku membesar dari keluarga yang sederhana.Bapak aku ketika itu kerja sebagai bur...
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...












































