Thursday, February 18, 2010

2010 Wah lama tak update seh.....

Wah lama seh aku tak update blog aku...dah pertengahan bulan February pun.Cuti Raya Cina pun dah habis.Nie kt opis boring2 takde keja.
15Hb ari tu aku dgn Gang2 Gym aku kitaorang ada buat BBQ kt Cactus Inn Bandar Sri Alam.Sebelum progrem BBQ tu kitaorang ada macam2 plan holiday.Makan2 kt Italian ILGiardino Restaurant,Futsal Match,Thai Seafood,Wayang Adnan Sempit,New Year Eve Dinner dan macam2 lagi.

Nanti ada masa aku akan update dlm blog utk tahun nie berserta pic2 nya....Plan terbaru akan Ke Surabaya bulan 5 nie dan ke Bali September selepas hari raya..So klu ada masa aku akan update nanti...

For strangers yg komen blog aku pasal Bandar Baru Pulai Jaya tu...tks 4 de info....harap2 dapat la tempat tu di bangunkan oleh UMLand....

Sunday, January 10, 2010

Jalan-Jalan Nak Makan : Restaurant IL Giardino

Akhirnya dapat jugak aku makan dengan teman-teman gim aku ke Restaurant Itali terbaik di Johor Bahru nie.

Ahad lepas saja semua selesai gym,kami ber 7,atie and husband azwa,abg yunus,Elly,Shyara,Nini dan aku bertolak selepas margrib ke Tmn Pelangi.Kami sampai jam 8pm dan kami bernasib baik kerana resturant tersebut belum tutup lagi.Menurut pelayan restuarant,kedai cuma akan di tutup jam 10pm.so kami mempunyai 2jam utk lepak2 makan kt sini.Inilah hasil tempahan2 makanan kami..hehe.Sedap sampai tak terhingga.especially piza diaorang...yum2




Sunday, December 6, 2009

Nak Komen Blog aku....??

Aku tak kisah korang nak komen apa pun kt dlm blog aku and aku tak akan delete apa pun commen yang korang letak asalkan dgn syarat korang tunjukkan muka korang tu kt comment....
Jangan hanya pandai nak nasihat org tapi tak berani nak tjuk muka.

Kalau korang rasa korang betul silakan comment & sila tunjukkan muka k.... nak takut apa kalau korang rasa korang betul....nak main sembunyi2 lak....perangai sebijik macam bangsat.....!!!
Mungkin dari baka mak bapak korang kot dapat perangai sembunyi2 cam tu....huhu....

Ada aku kesah???

Resepi Orang Bujang yang Mudah



Hari-hari Ahad nie kan bagus kalau masak sikit....

Ini resepi orang bujang yang paling ringkas dan cepat....


BAHAN-BAHAN :
- 4Keping Ikan Tengiri
- 1 Pek rempah kari Ikan.
- 1 gelas minyak masak
- 4biji bawang besar di putung dadu
- 2 ulas halia di potong kecik
- 2sudu Jintan kasar & Jintan manis
- garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
Masukan bawang besar,halia,rempah kari Ikan,jintan ke dalam mesin pengisar  bersama minyak masak dan garam secukup rasa.Kisarkan semua bahan itu sehingga sebati tanpa mengunakan air.Sebab Minyak masak tu dah macam air lah.....kalau letak air nanti tak jadi pulak.
Lepas semua dah di kisar halus,gaulkan bersama ikan tengiri di dalam bekas untuk di bakarkan dalam microwave.

Panaskan pada suhu "HIGH" selama 15-20minit.
 

Sedia untuk di makan......

SEDAPPPPPPPPPPPP.....

Lebih sedap dimakan bersama nasi atau mee goreng....


Friday, December 4, 2009

BANDAR PULAI JAYA - PENIPU


Aku pergi pejabat dia kat Metropolis tower HartaPlus , diaorang suruh guard layan aku lak...dah tu suruh aku settlekan direct kt tapak projek.So semlm aku pergila kat Pulai Jaya.Jumpa sales person dia Jason Hee.dia leh cakap Dec 10 baru leh siap,tu pun tak cfm lagi....coz sekarang pemaju ada financial problem....kepala hotak dia......apa kena mengena dgn aku...ko dah janji nak siapkan umah tu so ko kena siapkan la.....so aku nak tunggu sampai bila lagi nie??? bila aku aku nk tanya dgn boss dia,dia suruh aku gie kt JP perdana lak.Cilaka tul...sakit tul hati aku

TAK PE KORANG TUNGGULA...AKU AKAN BAWAK BENDA NIE KE TENGAH.....










Monday, November 30, 2009

New Moon memang Best


Aku rasa nie la satu2 nya filem seram romantic yg pertama kalinya menarik perhatian aku.Dengan barisan pelakon yang menakjupkan dan jalan cerita yg menarik,mmg patut la filem nie dpt Box Office seangkatan dengan Filem Batman Dark Knight.

Guess wat....aku tgk cerita nie jam 240 pagi 29Nov.Show habis jam 5pagi than aku sempat beli nasi lemak kt deman Hong Leong Bank bersebelahan City Square....Nasi lemak tu mmg sedap...happaning gak sesekali tgk wyg pagi2 buta nie...Tks Niky and Kudut yang menemankan aku.


Next movie kita tengok citer Avatar k......huhuhu


Sunday, November 15, 2009

Dah Nasib agaknya.....

Itulah hakikat yang aku patut tempuhi...segalanya hanya tinggal sejarah.Hampir 4bulan aku kenal dia,tapi tak sampai 2minggu kami bertemu,dia pergi tinggalkan aku.Terasa segala yang aku korban kan utk dia tak pernah dia hargai.

Well tak apa lah....biarla dia pergi.Aku akan terus menjalani hidup ini.Yang penting aku tak akan menyerah.
Semua yg ada di sekeliling kita adalah anugerah...

Wednesday, October 21, 2009

Harian Metro 15Oct2009 - Ketam Berjalan Betul

Entah kenapa tetiba hari nie aku terlintas nak baca Surat Khabar last week yang telah lama terletak di atas meja.Selak punya selak,aku terbaca Artical yang aku rasa sangat bagus.Artikal tu di tulis oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim - Big Boss JohorCorp.Ia di tulis begini :

Seperti ’ibu ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul!’
Persoalan pertama, siapa kata ”ketam berjalan tidak betul?” Adakah ia berjalan dengan melanggar fitrah kejadiannya? Tidakkah cara berjalan si ketam serasi sepenuhnya dengan diri, watak dan jiwanya, sekalipun bertentangan dengan cara berjalan makhluk lain yang bersaing dengan ketam dalam perlumbaan kehidupan? Soalan kedua, siapa yang akan menang andainya ketam kebingungan, hilang jatidiri dan tidak lagi berjalan mengikut fitrah dirinya?

Tahap sinis yang tinggi ini perlu segera diketepikan. Sebenarnya cara ’ibu ketam’ Melayu mengajar ’anaknya’ berjalan dengan tekun dan sabar, sekalipun bertentangan dengan cara saingannya, adalah di atas landasan yang betul! Dalam persekitarannya, anak ketam akan bersaing dengan rakan-rakannya seperti anak siput, lintah, umang-umang dan belangkas. Masing-masing dengan sifatnya yang tersendiri.
Anak siput (kadangkala siput babi juga sesat ke pantai), mewakili mereka yang sewenang-wenangnya menghalalkan segala cara semata-mata untuk berjaya dan menang bersaing.
Kedua, anak lintah dan gamat, (termasuk ”lintah darat” juga kadangkala turun ke pasir) sebagai mewakili mereka yang berbisnes dengan cara memeras dan menindas, sehingga seolah-olah menyedut darah orang lain. Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mengambil kesempatan darpada orang yang keputusan wang dan modal dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang sangat tinggi , sekali gus memakan riba’.

Seterusnya anak umang-umang juga didapati akan berlumba dan bersaing dengan anak ketam di pantai. Umang-umang mewakili makhluk yang gemar mengambil harta orang lain tanpa izin, (termasuk hak orang ramai yang diswasta dan difaraidkan), kemudian diletakkan di bahu atau di belakang mereka, dipikul ke sana ke mari setelah menjadikan semua harta ini sebagai milik sendiri! Dan yang terakhir, anak belangkas yang terkenal dengan keghairahannya berfoya-foya dan asyik dengan pasangannya ke sana ke mari untuk memuaskan nafsu syahwat hedonisme tanpa batasan.

Perhatikan bahawa semua saingan ketam ini, mengikut fitrahnya berjalan dan berlari ke depan mengikut letak kedudukan mata dan muka masing-masing; sedangkan ketam dikenali sebagai makhluk yang berjalan mengiring. Siapakah yang paling tangkas berlari dan menang dalam perlumbaannya? Pasti si ketam!

Namun, untuk menang, keempat-empat saingannya akan berusaha menghasut si ketam untuk menurut peraturan yang mereka tetapkan iaitu berlari ke depan mengikut kedudukan mata dan muka seperti mereka. Andainya ketam patuh kepada hasutan ini, sudah tentu ketam akan hilang pertimbangan, kebingungan dan akhirnya tewas.

Tegasnya, Melayu-Muslim yang hendak berjaya dalam persaingan hidup, termasuk bisnes, perlu mengenal jatidiri, kekuatan dan fitrahnya. Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai kekuatan diri dan fitrah jiwa. Tiada alasan untuk mengkompromikan iman dan taqwa, menjual agama dan akidah, akhlak dan moral, dengan harga murah sekadar untuk melayani selera dan menuruti sistem anjuran mereka yang tidak sehaluan – iaitu makhluk yang tidak mempunyai konsep halal-haram, pahala-dosa, dunia-akhirat dan syurga-neraka!

FUHHHHHH MELETOP SEH AYAT2 YANG DIA TULIS NIE.....

AKU TABIK DIA LA....
APA PUN ARTIKAL PENUH DIA LEH DI LAYARI DI WEBSITE NYA


http://www.businessjihad.com/?p=1873

Sunday, October 18, 2009

Syawal Makin Menghilang


Tinggal 2hari saja lagi syawal akan pergi meninggalkan aku. Aku tak paham apa yg tak kena pada diri aku.Entah la....Hari nie Aku pelawa abah ke TJ Piai-Pontian.Kesian lak aku tgk dia sorang2 kt umah. Bertolak umah jam 11am dan kami sampai ke Taman Negara Tj Piai jam 1210pm.

Parking RM 3.00.
Enterance adult RM 5.00 seorang. Kanak2/Warga Emas RM3.00 seorang.
TOTAL RM 11.00
Tepat jam 2pm kami bergerak pulang.Singgah sebentar di Pekan Serkat aku pekena ASAM PEDAS KAMPUNG SERKAT.....FU YOOOOOOO SEDAP OOOOO....

Aku sendiri tak tau ikan apa yang akak tu masak,tapi for sure ikan yang dia masak asam pedas tu memang lembut n berlemak...sedap.....

ASAM PEDAS SEPINGGAN - 2 KETUL IKAN
SAYUR KACANG PANJANG GORENG - SEPINGGAN
2PINGGAN NASI PUTIH
TELUR DADAR 2 BIJI
TEH O AIS AIS SIRAP
TOTAL CHARGES RM 11.20 SAHAJA.....MURAH TAK??????
BERBALOI-BALOI.....
LOKASI : PEKAN SERKAT - SEBELUM SIMPANG MASUK KE KG SERKAT/TJ PIAI

Singgah solat di Masjid Besar Pontian kemudian di rumah abg aku di Bandar Baru Kangkar Pulai. Apa yang aku nak nyatakan di sini,kadang2 aku rasa hidup aku lebih tenang bersama abah dan anak2 saudara aku.

Sunday, September 27, 2009

Kenapa Kes Kemalangan kat Malaysia Tinggi?

Hari nie saja aku tengok kemalangan kenderaan kat malaysia adalah yang tertinggi dgn 250 kematian.Tiap kali hari perayaan,mesti kadar kematian meningkat...Meletakkan polis trafic di sepanjang jalan raya n lebuh raya akan menambahkan peningkatan kadar kemalangan sahaja.

Di sini aku ada cadangan yang aku rasa berguna dan perlu di gunakan oleh Malaysia :
Kenderaan seperti Lori (segala kategori lori),bus (segala jenis bus - termasuk bus mini n sekolah) Kenderaan berat,kontena,jentolak di wajibkan hanya menguna laluan KIRI sahaja.Jangan di benarkan sesekali mereka mengunakan laluan Kanan walaupun utk memotong.
Di sini kerja polis trafik n JPJ untuk memantau dgn membuat rondaan di jalan2 utama setiap 1 atau 2 jam sekali.Nampak je lori yg memotong,terus saman diaorang on de spot.Tak perlu la buat speed track,sbb mereka akan melajukan semula kenderaan selepas saja melaluinya.

Ada sebabnya di buat begini.Bayangkan kenderaan berat seperti di atas ini selalunya bergerak terlalu perlahan.Kadang2 untuk memotong ia akan mendatangkan bahaya kepada kenderaan2 kecil seperti motosikal n kereta dan yang paling teruk , mereka membuat kan jalan raya bergerak terlalu perlahan.Bila jalan raya bergerak terlalu perlahan, org akan lambat ke tempat yg hendak di tuju.dan bila lambat,mereka akan melajukan kenderaan.memotong sambil memecut.Bila laju ia susah utk di kawal dan bila tak dpt di kawal,maka berlakulah kemalangan.

Rancang perjalanan?? ramai yg buat begitu,tp kemalangan ttp berlaku.Hakikatnya bukan rancang perjalanan...tp rancang undang2 di jalan raya.Tak payah la nak cakap kt negara yg jauh2 mcm jerman dan UK...lihat saja di Singapore...
Sepanjang aku berjalan di jalan2 raya kt spore,aku tak lihat satu pun kenderaan berat yg memotong atau berada di laluan kanan.

Rancangan utk tidak membenarkan kenderaan berat berada di jalan raya pada waktu2 cuti perayaan juga bukan jaminan yang kemalangan akan berkurang.Malah syarikat industry juga yang akan rugi n kemalangan tetap meningkat.Buat la mcm2 undang2 tp andai keadaan jalan raya@lebuh raya tidak lancar kemalangan akan tetap berlaku.

PALING PENTING......JANGAN BENARKAN KENDERAAN JENTOLAK TANAH seperti DI BAWAH INI (CONTOH JENTOLAK) BERADA DI JALAN2 RAYA PADA WAKTU PAGI KE PEJABAT N WAKTU PULANG KE PEJABAT - PETANG.

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal Yang Hening



Alhamdulillah.....
Bertemu lagi aku pada Syawal tahun ini.Aku bangun sewal jam 630am kemudian mandi Sunat Aidilfitri.Lepas sahaja solat Subuh,aku menunggu abah pulang.Kami membuat doa kesyukuran kemudian bfast bersama dgn Olah,Mahat dan anak2 saudaraku. Lepas saja bersarapan,kami bersiap2 untuk ke surau di belakang rumah untuk solat sunat Aidilfitri.Aku bersyukur kerana tahun ini aku di murahkan rezeki oleh Allah.Syukur tak terkira.Bonos aku tahun ini memang berbaloi dari tahun lepas..Dengan Bonos 3bulan yang aku dapat,dapatlah menampung perbelanjaan aku untu menyambut Syawal.Duit raya mcm biasa....semua anak2 saudara ku mendapat RM10 seorang.so 15org anak saudara aku yang lom bekerja totalnya RM 150.Aku bagi abah RM100.so untuk duit raya saja dah RM250.tu lom lagi duit raya untuk budak2 kecik yang datang beraya kat rumah aku....takpe la...niat nak menderma....lagipun bukan selalu.setahun hanya sekali je.Semua adik beradik aku dtg hari nie...termasuk kakak sulung aku yang durjana tu....

Man datang petang....kemudian petang tu jugak kami ke pusara Arwah Mak.Hiba rasanya....Malam tu aku ajak anak syam n anak mak tengok wayang cerita JIN NOTY....adoiiiiii citer dah la tak best......aku mcm di perbodoh2kan je bila tgk citer tu...bosan giler.....Lepas je movie aku belanja diaorang makan roti canai kt kedai mamak...maklum la masing2 dah lapar...Seronok aku.coz tahun nie au dapat beraya sakan dengan anak2 saudara aku...si Iwan dan Ira anak man dah tinggi lampai daaa....maklum la dekat 2thn aku tak jumpa diaorang.nie semua gara isteri man tak mau dtg umah coz ada Makde...

Arhhh sudah la.....apa pun SELAMAT HARI RAYA SEMUA....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....