Wednesday, October 21, 2009

Harian Metro 15Oct2009 - Ketam Berjalan Betul

Entah kenapa tetiba hari nie aku terlintas nak baca Surat Khabar last week yang telah lama terletak di atas meja.Selak punya selak,aku terbaca Artical yang aku rasa sangat bagus.Artikal tu di tulis oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim - Big Boss JohorCorp.Ia di tulis begini :

Seperti ’ibu ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul!’
Persoalan pertama, siapa kata ”ketam berjalan tidak betul?” Adakah ia berjalan dengan melanggar fitrah kejadiannya? Tidakkah cara berjalan si ketam serasi sepenuhnya dengan diri, watak dan jiwanya, sekalipun bertentangan dengan cara berjalan makhluk lain yang bersaing dengan ketam dalam perlumbaan kehidupan? Soalan kedua, siapa yang akan menang andainya ketam kebingungan, hilang jatidiri dan tidak lagi berjalan mengikut fitrah dirinya?

Tahap sinis yang tinggi ini perlu segera diketepikan. Sebenarnya cara ’ibu ketam’ Melayu mengajar ’anaknya’ berjalan dengan tekun dan sabar, sekalipun bertentangan dengan cara saingannya, adalah di atas landasan yang betul! Dalam persekitarannya, anak ketam akan bersaing dengan rakan-rakannya seperti anak siput, lintah, umang-umang dan belangkas. Masing-masing dengan sifatnya yang tersendiri.
Anak siput (kadangkala siput babi juga sesat ke pantai), mewakili mereka yang sewenang-wenangnya menghalalkan segala cara semata-mata untuk berjaya dan menang bersaing.
Kedua, anak lintah dan gamat, (termasuk ”lintah darat” juga kadangkala turun ke pasir) sebagai mewakili mereka yang berbisnes dengan cara memeras dan menindas, sehingga seolah-olah menyedut darah orang lain. Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mengambil kesempatan darpada orang yang keputusan wang dan modal dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang sangat tinggi , sekali gus memakan riba’.

Seterusnya anak umang-umang juga didapati akan berlumba dan bersaing dengan anak ketam di pantai. Umang-umang mewakili makhluk yang gemar mengambil harta orang lain tanpa izin, (termasuk hak orang ramai yang diswasta dan difaraidkan), kemudian diletakkan di bahu atau di belakang mereka, dipikul ke sana ke mari setelah menjadikan semua harta ini sebagai milik sendiri! Dan yang terakhir, anak belangkas yang terkenal dengan keghairahannya berfoya-foya dan asyik dengan pasangannya ke sana ke mari untuk memuaskan nafsu syahwat hedonisme tanpa batasan.

Perhatikan bahawa semua saingan ketam ini, mengikut fitrahnya berjalan dan berlari ke depan mengikut letak kedudukan mata dan muka masing-masing; sedangkan ketam dikenali sebagai makhluk yang berjalan mengiring. Siapakah yang paling tangkas berlari dan menang dalam perlumbaannya? Pasti si ketam!

Namun, untuk menang, keempat-empat saingannya akan berusaha menghasut si ketam untuk menurut peraturan yang mereka tetapkan iaitu berlari ke depan mengikut kedudukan mata dan muka seperti mereka. Andainya ketam patuh kepada hasutan ini, sudah tentu ketam akan hilang pertimbangan, kebingungan dan akhirnya tewas.

Tegasnya, Melayu-Muslim yang hendak berjaya dalam persaingan hidup, termasuk bisnes, perlu mengenal jatidiri, kekuatan dan fitrahnya. Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai kekuatan diri dan fitrah jiwa. Tiada alasan untuk mengkompromikan iman dan taqwa, menjual agama dan akidah, akhlak dan moral, dengan harga murah sekadar untuk melayani selera dan menuruti sistem anjuran mereka yang tidak sehaluan – iaitu makhluk yang tidak mempunyai konsep halal-haram, pahala-dosa, dunia-akhirat dan syurga-neraka!

FUHHHHHH MELETOP SEH AYAT2 YANG DIA TULIS NIE.....

AKU TABIK DIA LA....
APA PUN ARTIKAL PENUH DIA LEH DI LAYARI DI WEBSITE NYA


http://www.businessjihad.com/?p=1873

Sunday, October 18, 2009

Syawal Makin Menghilang


Tinggal 2hari saja lagi syawal akan pergi meninggalkan aku. Aku tak paham apa yg tak kena pada diri aku.Entah la....Hari nie Aku pelawa abah ke TJ Piai-Pontian.Kesian lak aku tgk dia sorang2 kt umah. Bertolak umah jam 11am dan kami sampai ke Taman Negara Tj Piai jam 1210pm.

Parking RM 3.00.
Enterance adult RM 5.00 seorang. Kanak2/Warga Emas RM3.00 seorang.
TOTAL RM 11.00
Tepat jam 2pm kami bergerak pulang.Singgah sebentar di Pekan Serkat aku pekena ASAM PEDAS KAMPUNG SERKAT.....FU YOOOOOOO SEDAP OOOOO....

Aku sendiri tak tau ikan apa yang akak tu masak,tapi for sure ikan yang dia masak asam pedas tu memang lembut n berlemak...sedap.....

ASAM PEDAS SEPINGGAN - 2 KETUL IKAN
SAYUR KACANG PANJANG GORENG - SEPINGGAN
2PINGGAN NASI PUTIH
TELUR DADAR 2 BIJI
TEH O AIS AIS SIRAP
TOTAL CHARGES RM 11.20 SAHAJA.....MURAH TAK??????
BERBALOI-BALOI.....
LOKASI : PEKAN SERKAT - SEBELUM SIMPANG MASUK KE KG SERKAT/TJ PIAI

Singgah solat di Masjid Besar Pontian kemudian di rumah abg aku di Bandar Baru Kangkar Pulai. Apa yang aku nak nyatakan di sini,kadang2 aku rasa hidup aku lebih tenang bersama abah dan anak2 saudara aku.

Sunday, September 27, 2009

Kenapa Kes Kemalangan kat Malaysia Tinggi?

Hari nie saja aku tengok kemalangan kenderaan kat malaysia adalah yang tertinggi dgn 250 kematian.Tiap kali hari perayaan,mesti kadar kematian meningkat...Meletakkan polis trafic di sepanjang jalan raya n lebuh raya akan menambahkan peningkatan kadar kemalangan sahaja.

Di sini aku ada cadangan yang aku rasa berguna dan perlu di gunakan oleh Malaysia :
Kenderaan seperti Lori (segala kategori lori),bus (segala jenis bus - termasuk bus mini n sekolah) Kenderaan berat,kontena,jentolak di wajibkan hanya menguna laluan KIRI sahaja.Jangan di benarkan sesekali mereka mengunakan laluan Kanan walaupun utk memotong.
Di sini kerja polis trafik n JPJ untuk memantau dgn membuat rondaan di jalan2 utama setiap 1 atau 2 jam sekali.Nampak je lori yg memotong,terus saman diaorang on de spot.Tak perlu la buat speed track,sbb mereka akan melajukan semula kenderaan selepas saja melaluinya.

Ada sebabnya di buat begini.Bayangkan kenderaan berat seperti di atas ini selalunya bergerak terlalu perlahan.Kadang2 untuk memotong ia akan mendatangkan bahaya kepada kenderaan2 kecil seperti motosikal n kereta dan yang paling teruk , mereka membuat kan jalan raya bergerak terlalu perlahan.Bila jalan raya bergerak terlalu perlahan, org akan lambat ke tempat yg hendak di tuju.dan bila lambat,mereka akan melajukan kenderaan.memotong sambil memecut.Bila laju ia susah utk di kawal dan bila tak dpt di kawal,maka berlakulah kemalangan.

Rancang perjalanan?? ramai yg buat begitu,tp kemalangan ttp berlaku.Hakikatnya bukan rancang perjalanan...tp rancang undang2 di jalan raya.Tak payah la nak cakap kt negara yg jauh2 mcm jerman dan UK...lihat saja di Singapore...
Sepanjang aku berjalan di jalan2 raya kt spore,aku tak lihat satu pun kenderaan berat yg memotong atau berada di laluan kanan.

Rancangan utk tidak membenarkan kenderaan berat berada di jalan raya pada waktu2 cuti perayaan juga bukan jaminan yang kemalangan akan berkurang.Malah syarikat industry juga yang akan rugi n kemalangan tetap meningkat.Buat la mcm2 undang2 tp andai keadaan jalan raya@lebuh raya tidak lancar kemalangan akan tetap berlaku.

PALING PENTING......JANGAN BENARKAN KENDERAAN JENTOLAK TANAH seperti DI BAWAH INI (CONTOH JENTOLAK) BERADA DI JALAN2 RAYA PADA WAKTU PAGI KE PEJABAT N WAKTU PULANG KE PEJABAT - PETANG.

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal Yang Hening



Alhamdulillah.....
Bertemu lagi aku pada Syawal tahun ini.Aku bangun sewal jam 630am kemudian mandi Sunat Aidilfitri.Lepas sahaja solat Subuh,aku menunggu abah pulang.Kami membuat doa kesyukuran kemudian bfast bersama dgn Olah,Mahat dan anak2 saudaraku. Lepas saja bersarapan,kami bersiap2 untuk ke surau di belakang rumah untuk solat sunat Aidilfitri.Aku bersyukur kerana tahun ini aku di murahkan rezeki oleh Allah.Syukur tak terkira.Bonos aku tahun ini memang berbaloi dari tahun lepas..Dengan Bonos 3bulan yang aku dapat,dapatlah menampung perbelanjaan aku untu menyambut Syawal.Duit raya mcm biasa....semua anak2 saudara ku mendapat RM10 seorang.so 15org anak saudara aku yang lom bekerja totalnya RM 150.Aku bagi abah RM100.so untuk duit raya saja dah RM250.tu lom lagi duit raya untuk budak2 kecik yang datang beraya kat rumah aku....takpe la...niat nak menderma....lagipun bukan selalu.setahun hanya sekali je.Semua adik beradik aku dtg hari nie...termasuk kakak sulung aku yang durjana tu....

Man datang petang....kemudian petang tu jugak kami ke pusara Arwah Mak.Hiba rasanya....Malam tu aku ajak anak syam n anak mak tengok wayang cerita JIN NOTY....adoiiiiii citer dah la tak best......aku mcm di perbodoh2kan je bila tgk citer tu...bosan giler.....Lepas je movie aku belanja diaorang makan roti canai kt kedai mamak...maklum la masing2 dah lapar...Seronok aku.coz tahun nie au dapat beraya sakan dengan anak2 saudara aku...si Iwan dan Ira anak man dah tinggi lampai daaa....maklum la dekat 2thn aku tak jumpa diaorang.nie semua gara isteri man tak mau dtg umah coz ada Makde...

Arhhh sudah la.....apa pun SELAMAT HARI RAYA SEMUA....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Malam 1 Syawal


Hari ini genap la 29hari aku berpuasa kerana esok 1Syawal akan menjelma....Alhamdulillah cukup jugak aku berpuasa sebulan kali ini. Olah (kakak aku) dah familynya datang berbuka puasa bersama.Lepas sahaja berbuka kami berehat di ruang tamu.Aku mula plan mcm2.Aku ajak anak2 saudara aku,Ain,Ijah,Ila kami pergi ke Gaints Tampoi.Plannya mau beli Domino's Pizza,tapi kami hampa coz restaurant tu dah lama tutup.So plan punya plan,last kitaorang deside nak beli PizzaHut je... Terus menuju ke Perling dan beli 2set PizzaHut saiz besar....mak ai....mahal gak semua total charges RM89.25. Balik terus kemudian makan ramai....ari nie aku tido awal.Aku tak jadi ke bazar coz tak ada member yang nak join.Tak seperti tahun2 yang sudah.Jam 1230am aku dah tido.

Dan seperti yang di janjikan...ini la pic badan aku selepas sebulan berpuasa...

RASA CAM SAMA JE KAN...CUMA AKU DPT RASA BERAT BADAN AKU TURUN LA..HEHE

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHAR DAN BATIN

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan 1430Hijrah

Hari ini bermula lah puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia.Aku nie baru je selesai bersahur dgn abah.Makan nasi lauk asam pedas dan sayur kobis bunga yang abah masak kan untuk aku dan dia. Memang....sejak pemergian arwah mak,abah lah yang masak n jaga makan minum aku.Entah la sampai bila aku bole hidup abah.Tak sanggup kehilangan abah dalam hidup aku.Saat pagi yang hening nie,aku rindukan saat2 bahagia bersama arwah mak.
Apapun aku rasa aman tahun nie,sebab Mak dan adik tiri aku dah tak ada dalam hidup aku skrg..Dapat lah aku meyambut puasa bersama2 abah sahaja.Dan klu adik beradik aku datang,dapatla aku menghilangkan rasa rindu kt anak2 saudara aku.
Apa aku nak buat hari nie yea....? masuk nie,inilah tahun ke2 aku berpuasa tanpa bekerja pada hari Sabtu.Happy sangat.Kalau dulu,aku berkeja 5 & 1/2day.tapi sekarang,aku cuma bekerja 5hari seminggu.

Sempat jugak aku jemaah terawih semlm.(tapi 8rakaat je la) coz nak sambung gym lepas tu.Sampai gym dah dekat kul 10pm.buat workout ala kadar je.Maklumla dah nak puasa...siap sempat posing depan cermin lagi eh....

Selamat berpuasa semua !!!




Tuesday, August 18, 2009

Ke UTM Konvo 2009

Tak sangka,akhirnya dapat juga aku melihat pesta Convocation UTM nie.Selalunya dengar kat radio,surat khabar n tv je...Penah dulu aku tanam impian utk ke pesta konvo seseorang.Tapi manusia tu telah menghancurkan hati aku dan juga menghancurkan semua harapan aku....Biarlah dia pergi dah tak kembali lagi....pergi selama2 jaduh dari hati aku.Tks Arif...kerana sudi menjemput abg ke pesta konvo kamu....rasa betul2 terharu bila org luar yang ajak aku utk hadiri pesta konvonya.

Aku amik cuti satu hari semata utk ke pesta konvo UTM tu.Bertolak jam 9pagi.Sampai je kat sana aku bertapak dari parking ke Dewan Konvo.Berpeluh2 jugak.Si Arif nie suruh aku pakai baju kemeja....punya la panas...huhu.

Sampai je dewan dah di tutup...so pada yang tak sempat,semuanya tunggu khemah yang telah di sediakan.Nasib baik ada TV.Sempat juga aku tgk si Arif bersalam dan amik Ijazah.Bangga juga aku dgn si Arif nie.Sesi Konvo tamat jam 12thari.Aku sempat bergambar dgn Arif dan kemudian meminta diri untuk beredar.Aku terus menuju ke Komplek Islam.Menunaikan janji aku untuk arwah mak.Mak...akhirnya dapat juga duit baki peninggalan jualan tanah arwah mak,aku Wakafkan kt Saham Wakaf Johor.Semuanya ber jumlah RM500.00.Harap ianya dapat di jugakan utk ke baikkan dan pahalanya untuk arwah mak.



Monday, August 10, 2009

Cari Jodoh - Wali Band Memang setap bila dengar....

ERMMM Setapppp bila dgr lagu nie seh...huhuhu...


Wali Band - Cari Jodoh (Super HD Video Clip)
http://www.msplinks.com/MDFodHRwOi8vd3d3LnlvdXR1YmUuY29tL3dhdGNoP3Y9NDRkQy1HakZNemM=









LIRIKNYA.....

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Tuesday, July 28, 2009

10 Tempat Lepak terbaik di Johor Bahru

YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI

AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA

MBO - KSL PLAZA / CITY SQARE / DANGA BAY CRUISE

1.WAYANG.
Di sekitar Johor Bahru nie je ada 6Major Panggung wayang.
- TGV : Di Aeon Tebrau City Johor Jaya
- Cathay Cineplex : Di City Square Johor Bahru
- GCS : Leisure Mall Taman Pelangi
- MBO : Plaza KSL
- Iswaria : Perling Mall Taman Perling
- Big Cinema Lotos : Plaza Tasik
PILIHAN RIODENAZ:
1. TGV TEBRAU CITY (cinema baru tetapi mahal)
2.GSC LEISURE MALL (cinema lama tapi santai & murah)


2.SHOPPING
-Aeon Tebrau City
-Pandan Uptown (bazar malam)
- Lingkaran Segget - JB BAZAR (bazar malam)
- KSL Plaza (shopping mall terbesar setakat ini)

- Johor Premium Outlet (JPO- Kulai) Branded outlet
PILIHAN RIODENAZ : PANDAN UPTOWN

3.DANGA BAY CRUISE : (Hanya Jumaat,Sabtu & Ahad)
Siapa yang nak menikmati angin malam di Selat Johor,jangan lupa untuk mencuba menyusuri Selat Johor dengan menaiki cruise.Bayaran utk stay di Deck : RM 10 seorang - Tiada makanan atau RM 50 termasuk makan malam.Kalau tak silap cuise bertolak dari Danga Bay jetty port jam 8pm dan pulang jam 940pm.Untuk Danga Bay Cruise,anda kena tingkat kan lagi mutu buffet makanan di dalam cruise anda..sebab makanan yang di sajikan sekarang adalah kurang menarik.


4.KARAOKE
Terlalu banyak karaoke cafe yang di buka di JB sekarang.Tapi yang paling happening sekarang ALI BABA KARAOKE @ GAINTS TAMPOI & Danga Bay Suara OK

5.CITY PLAZA SPORT STATION (mengadap stadium tertutup MBJB)
Ada gelangang futsal , basketball , snooker , pool , Live band (Malam je) , Dart , Ping Pong.Kalau nak celebrate Birthday party , pilih je satu meja open air dan melihat ke indahan bandarraya Johor Bahru waktu malam dari tingkat 3 City Plaza.

6.KOTA ISKANDAR - NUSAJAYA
Cuba la lepak-lepak di Dataran Iskandar yang lapang...Kota Iskandar pasti menenagkan fikiran anda selepas penat bekerja.Selepas itu lawat ke PUTERI HARBOUR yang bersebelahan sahaja dengan Kota Iskandar.Lepak minum petang di situ sambil melihat perahu layar mewah milik rakyat Malaysia dan warga asing.Akhir tahun 2012 Legoland - Taman Tema Antarabangsa akan di buka.Untuk ke Kota Iskandar anda boleh melalui Lebuhraya persisir pantai dari Danga Bay terus ke Kota Iskandar.Cuma mengambil masa 25minit dari Danga Bay.

7.JOHOR BAHRU DRIFT CIRCUIT
2Kms dari Kota Iskandar,anda akan menemui drift circuit.Selalunya hujung minggu selalu penuh dengan pengunjung yang datang utk melihat drift kereta di sini.Memamg hapening...tapi jgn lupa bawa payung n topi....open space biasalah panas...yang penting masuk percuma.

8.LEPAK MAKAN
Breakfast :
1.Medan selera Hutan Bandar Johor Bahru (belakang Court Mammoth)
2.Medan selera Jalan Abdullah Tahir (depan bangunan MAA)
3.Resturant Hwa Mui - Jalan Dhobi Bandaraya JB


Lunch : 
1.Asam Pedas Nyonya - Tanjung Puteri sebelah pangung Cathay lama
2.Gerai Masak Lemak Siput Sedut Kampung Pasir
3.Yong Taufu - Kampung Melayu
4.Nasi campur Restaurant ZZ - sebelah Hospital Sultanah Aminah


Dinner :
1.Satay Labis - Taman Universiti berdekatan Masjid Tmn Universiti
2.Capati Pakistan - Pandan City Food Court
3.Restaurant Juara Tomyam Taman Cempaka,Tampoi (depan Midas Mart)
4.Mie Rebus Tulang - ZZ restaurant area Yayasan Warisan Johor
5.Nasi Ayam Penyek - LC Cathering (Taman Century tepi Highway Tebrau)
6.Chamek Kopitiam - Bandar Baru Uda jalan Padi Emas sebelah Evon.

9.TEMPAT LEPAK YANG TAK MEMERLUKAN DUIT
Time sengkek boleh lah amik angin di sepanjang jalan pantai Lido (6km panjang) bermula dari depan Zoo Johor sampai lah ke Danga Bay.Ada port untuk meletak kereta ditepi jalan.Sambil tu boleh lah menikmati matahari terbenam atau angin malam di Selat Johor bersama kawan atau family sambil berkelah.Kalau bosan lagi,anda boleh lah lepak petang di Dataran Bandaraya Johor sambil melihat permainan bola di padang.

10.TEMPAT RIADAH
1.Hutan Bandar Taman Mutiara Rini,Skudai
2.Hutan Bandar Johor Bahru (belakang court mammoth)
3.Padang rekreasi Taman Damansara Alif Tampoi (sebelah Lebuhraya P.Gudang)
4.Danga Bay

SO SIAPA YANG ADA TEMPAT MENARIK SEKITAR JOHOR UNTUK DI KONSI - SILA BERI KOMEN K...

Sunday, July 19, 2009

Tengok Wayang Skrip 7707


Hari nie dah bersiap2 nak tgk wayang.Filem seram citer Skrip 7707.Entah la cam best tak best je.Mula mula ingat nak tgk ramai2...tapi terpaksa pergi dgn Tasha je.
So petang aku gie gym ada class hip hop.Tgah sebuk nak bersiap , si Rafie tel.Dia ckp dia nak dtg JB.So aku ajak dia tgk wayang sekali.Lepas gym aku terus bersiap amik Tasha kt Tmn Mushi Ibrahim.Tepat jam 8pm aku dan Tasha sampai di City Square...Beli tkt utk 3org termasuk si Rafie tu.Bila tel dia,dia ckp dia dlm perjalanan...sikit la punya lambat nak gerak.Dok kt Simpang Renggam tp bertolak dr umah jam 7pm.camana nak sampai on time.Tapi nasib baik dia sampai jugak akhirnya...lewat 6min.Masuk je citer dah start...Best gak citer tu...tp terlalu pendik jalan cerita pada setiap episod.Kuar je perut dah mula lapar....so aku ajak tasha n rafie makan,tp tasha nak balik cepat coz adik dia nak balik umah.Lpas hantar dia balik,aku dah rafit gie makan Kueh Tieow Goreng kt belakang St View.Than terus balik umah.

------------------------------------------------------------ tup tup tup -------------------------------------------------------------

Esok paginya bangun jam 10pg dan bfast kt hutan bandar.....lepas tu jalan2 kt city square , gie Padini beli baju kemeja.Time tu ada sales 70%.so aku beli 3helai baju dan belanja sehelai baju utk Rafie sempena Bday dia hari tu.


Sunday, July 12, 2009

Clark Hatch Hawaiian Dinner


Semalam tepat jam 3pm aku dah terconggok kt depan Clark Hatch DangaBay.Sampai kt sana aku nampak Sharil dan Tamim dah sampai awal.Wah gigih nie nak challenge aku hehehe......
1st Challenge 5kms run untuk Lelaki - aku tak join
2nd Challenge 3kms run untuk perempuan - of coz tak join
3rd Challenge Bench Press - Aku menang 48rep in 1 time
4rd Challenge Sit up - 160 times in 2min - aku menang lagi
5th Challenge Push up - 66times in 3min - Sharil

Sorry guys aku terpaksa replace real name aku atas sebab2 tertentu....


Malam tu kira2 jam 720pm semua members di Clark Hatch DangaBay menaiki ferry menyusuri Selat Johor untuk meraikan Hawaiian nite...



LUCU INI...HEHEHE - tak berjaya cuba lagi yea

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....