Sunday, April 26, 2009

Jom pergi ke Bali


Aku baru balik dari Bali minggu lepas (18Apr09).Rasa cam nak gie lagi...jom join

RM 680 Seorang untuk Ke Bali
TARIKH BERTOLAK : 10 OCT 09 - 13OCT 09
MAX 9 ORANG SAHAJA

HARGA TERMASUK
TICKET PERGI BALIK JB/BALI/JB
CUKAI LAPANGAN TERBANG BALI
TRANSFER PERGI BALIK DARI AIRPORT (BALI) -HOTEL - AIRPORT (BALI)
HOTEL 3MALAM - APARTMENT (AREA KUTA-TOWN)
SARAPAN PAGI SETIAP HARI
LAWATAN KE KINTAMANI + MAKAN TENGAHARI,BESAKIH,UBUD,JIMBARAN.
LAWATAN KE TANAH LOT,BEDUGUL & TASIK KEMBAR.
DEPOSIT RM 300 PER PERSON
(SECEPAT MUNGKIN SEBAB TEMPAT TERHAD PADA 9 ORG SAHAJA)

Saturday, April 4, 2009

Belia Kg Pasir,Tampoi terpinggir

 
Walaupun aku bukan lagi di panggil belia,tapi aku terpanggil untuk menulis tentang nasib belia dan budak2 kampung aku....

Sedang belia dari jiran2 kampung sebelah sibuk dengan aktiviti kompang,silat,badminton dan macam2 lagi aktiviti.Tapi belia2 di kanpung pasir nie di pinggirkan.Macam malam nie,aku lalu di balai raya serbaguna kg Pasir yg sebelah tu ada court badminton.Malam2 minggu cam nie selalunya mereka ada kelas belajar silat,tp yg sedihnya mereka bersilat dalam gelap walaupun di court badminton tu ada lampu.Alasan yang aku dengar diaorang tak bayar duit electrik...
Yang aku peliknya takkan la duit lampu yg diaorang guna seminggu 2-3kali tu tak ada org2 yg bertanggungjawap utk bayarkan...???? berapa sen je la sangat utk electric tu.....apa la kedekut sangat diaorang nak sponser budak2 yg nak belajar tu.Satu lagi alasan yg aku dengar,diaorang ckp budak2 yg belajar tu semua tak betul.Masalahnya klu lah diaorang tu semua tak betul,kita yang kononnya betul nie,tolongla bantu n tolong memperbetulkan mereka....bukan dgn membiarkan mereka hanyut.

Aku tengok budak2 umur 10-13thn melepak kt tepi2 tembuk,main gitar dan lumba basikal persis lumba moto...terbiar melepak sampai 12 ke 1pagi.
Budak2 umur 14-20thn lak melepak kt kedai2 burger berborak2 kosong n main card.Terlalu banyak benda yg bole mereka lakukan jika ada org yang membentuk mereka.

Klu dah diaorang minat nak bersilat,patutnya support la mereka tu....bukan dgn tutup suiz lampu n tak benarkan mereka bersilat dlm terang.....tu bukan cara org MELAYU ISLAM....tu cara NAZI.......!!!!! cuma kali nie menjahanamkan bangsa sendiri.

Kalau dulu diaorang nak main badminton pun korang tutup suiz lampu,nak belajar kompang korang ckp bising....so korang suka la anak2 korang tu merayap tak tentu hala....melepak tanpa hala tujuan....cam tu? Mungkin anak2 korang tak macam budak2 yg korang cakap tak betul tu...sbb mungkin jugak korang ada harta,leh anak2 korang leh tumpang kesenangan korang.Tapi bagi budak2 yg terbiar nie....mereka tak punya apa2...korang patut membimbing mereka...support mereka...bukan menburukkan lagi keadaan yg dah buruk.

Bukak mata korang n pikirkan baik2....jgn sebab2 personal,korang nak hukum budak2 tu....gunakan otak korang daripada letak otak tu kt lutut.....

Dah diaorang minat bersilat,bukakkan je la lampu court badminton tu...
dah diaorang nak berkompang...biarkanla mereka berkompang.....tak mati la korang klu dgr mereka berkompang.lagipun bukan diaorang kompang selalu.

Ada persatuan2 belia kt kampung nie pun tak leh harap...masing2 nk pangkat tu n ini,tp satu projek utk belia pun tak ada....

Ingat....Belia harapan bangsa k....jgn buat mereka menyimpan perasaan benci kepada korang....!!!!!!!!!!!

Bantu mereka & didik mereka.....bukan menjaham dan membiarkan mereka terjun ke gaung.

Wednesday, March 25, 2009

Pada Yang Lahir Tahun 1973 - 1988

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1988..
MESTI KORANG INGAT NI....

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah....ingat tak, misi(nurse) kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.
Ni sure korang igt...program minum susu di skolah.. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turboa atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
Internet? email? Menda alah ape tu ? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ' telur ' keras warnawarni, ' rokok ' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ' TiKam'.



Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan.Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ.main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ' Pepsi Cola one-two-three ' , ' Police & Sentry ', main kejar2 duduk...
Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.hmmm..ni pun kita main dulu ni..baling2 kapur laa.
Hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ' We Are the World, We Are the Children... ' dan lagu ' Uptown Girl ' yang diorgtau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi..Bagi diorg,ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun ' Atari ' dgn ' Game & Watch ' .
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih....
Dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control..
Lagi satu diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...hmm...

Jom kite check, kite ni dah tua ke:
1.korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2.kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3.korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4.kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5.kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6.bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembangpasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...


Saturday, March 14, 2009

Hikayat Cenderawasih



Cenderawih Burung Kayangan....
Tuanku putih kilau keemasan...
Itu antara baris2 lagu Cenderawasih kumpualan 2D....

Hikayat Cenderawasih - Bird Of Paradise:

Burung ini hanya hidup di atas awan dan andainya ia turun ke bumi maka mati la ia.Jasad Cenderawasih ini banyak kegunaanya bagi pengamal perubatan tradisional.ada yang mengunakannya untuk pelaris perniagaan.ada jugak yg menjadikan nya Minyak Pengasih,minyak urut dan penawar segala penyakit.Apapun ke taksuban manusia tetang burung ini menjadikan ia buruan di seluruh dunia.Ramai yang ingin mencarinya tetapi meraka hanya menjumpai bangkainya sahaja kerana burung ini memang tak pernah turun di atas pokok atau di bumi.


Bangkai atau jasad burung ini di jual dgn harga yang mahal di pasaran gelap Indonesia.Harga minimum RM5000 dan ada yang mencecah RM15000 seekor.semua itu berjantung pada keadaan jasad atau bangkai itu burung itu sediri.Bagi jasad yang mati dalam keadaan berdiri harganya bole mencecah sehingga RM15,000.Warna pada bulu cenderawasih ini juga dpt menentukan harganya.Cenderawih mempunyai 5 hingga 7 warna.ada sesetengah burung yang menyerupai cenderawasih,Antaranya nya burung ayam2, dan burung ewak2.yang membezaka burung2 ini dgn cenderawasih ialah burung2 ini hanya mempunyai 3-4harga sahaja pada bulu2nya,sementara badannya pula lebh besar dari cenderawasih.
Gambar yang di ambil ini adalah contoh2 burung yang sama seperti Cenderawih.ada 2-3 gambar sahaja gambar cenderawasih yang betul,itu pun hanya jasadnya yang sudah mati di letakkan di atas pokok dan di ambil gambarnya.

Cenderawasih ini hidup bebas dan banyak terdapat di salah sebuah kepulauan Indonesia dan sebahagiannya di Kepulauan Papua New Ginea.Faktor cuaca yang tidak panas dan tidak sejuk menjadikan tempat2 ini ideal untuk mereka.Kerajaan Indonesia telah melarang keras penjualan dan pengeksportan jasad burung ini keluar negara.Hukuman penjara seumur hidup telah di kuat kuasakan oleh kerajaan Indonesia serta merta bagi membenteras aktiviti haram ini.Di Malaysia ada satu aliran Silat Cenderawasih yang telah lama di tubuhkan di Johor.
Dan aku sendiri pernah di perlihatkan dgn jasad burung cenderawasih ini.Cukup menakjubkan dan biliknya berbau harum kesan dari jasad burung Cenderawasih.

Thursday, February 26, 2009

Victoria Secret untuk di jual








VICTORIA'S SECRET GARDEN UNTUK DI JUAL...

BELI LEBIH SEMASA BERADA DI LOS ANGELES (MARKET ASIA TAKDE JUAL)


SEMUA YANG BERADA DI ATAS NIE BERHARGA RM 60 SEBOTOL.

KECUALI VICTORIA'S SECRET VERY SEXY

75ML BERHARGA RM100

250ML BERHARGA RM 240


HUBUNGI DI 0127709809-ADAM

Friday, January 30, 2009

Cerpen - Nilai RM 5


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau.
Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam. Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta.

Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak dibahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!


" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!"
"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."


Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana
Lupakan saja..Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu.

Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" . Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan,meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diriorang tua itu.


"Jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
*SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs.... *

Monday, January 12, 2009

Kota Kinabalu yang menjanjikan

 Deccember ini aku Naha,Kharul dan Nizam plan ke Kota KinabaluNaha janji dgn aku nak amik aku 530am.Tapi tetiba entah kenapa dia bertolak awal.Jam 5pagi dah nak gerak,terpaksa aku mandi ala2 dalam cerita Bujang Lapok..huhu.Air Asia bertolak dari JB Senai Airport jam 715am.Dua jam kemudian sampai lah aku di Sabah negeri di bawah Bayu.Sepanjang perjalanan aku ke Bandaraya Sabah nie aku kurang nampak motosikal.

HARI PERTAMA :
Stay di Shangrila Hotel Kota Kinabalu.Aktiviti pertama Shoppinnggggggg.....
Petang lak aku Makan seafood kt Pasar Manila

HARI KE DUA :
Berpindah ke Api-Api Apartment (betul2 dekat Waterfront).
Shopping and jalan2 ke One Borneo.Tks kt adik angkat aku Kenzy....

HARI KE TIGA :
Addussss shopping lagi....nie ikut pala naha laaaa...hahaah apa pun aku enjoy habis masa kt Kota Kinabalu.


Tuesday, December 23, 2008

Ahmad Zack Hafizul Hafiz Dalam Kenangan

Hari ini genap 8Tahun permergian arwah... Kadang2 bila aku teringat kembali kata2 di bawah ini , makin bertambahlah sayu kt hati aku nie. "Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita" Maafkan Abg, Zul...abg betul2 menyesal... Mengenang detik perkenalan aku dgn Arwahyarham Zul : 1999 aku sudah mula berkerja di Singapura @ Ambassador Travel and Tours Pte.Ltd.Semua gara2 kecewa dgn xlover aku.(ex office mate aku yg aku cintai secara diam).Setahun selepas aku berkerja di sana aku di arahkan transfer ke pejabat yang satu lagi di American Club dekat Scoot Road..Satu hari diaorang ada buat kempen derma darah kt Mt Elizabeth.semua front desk,customer service staff di alu2 kan untuk menderma,kinda paksaan laa...pada aku benda2 cam nie aku mmg dah pernah buat dulu masa jadi Ahli Pengakap sekolah. Nak di jadikan cerita,masa menunggu giliran menderma darah tu, tetiba ada seorang pesakit nie di kejarkan ke wad operation akibat accident.Kelam kabut gak bila nurse cakap darah jenis yang diaorang nak guna dah kehabisan stok.nasib baik la darah aku nie sama dgn darah yang diaorang nak gunakan.Banyak jugak diaorang amik darah aku dekat2 2points.naik pening pala aku lepas balik dari derma darah tu. 3Bulan lepas tu, sewaktu aku sebuk2 nak balik kerja , Siti yg keja kt Front desk call aku suruh datang ke Lobby.Sampai kt Loby siti cakap ada sorang mamat nie nak jumpa aku.Rupanya budak yg accident nie la yang aku dermakan darah masa kt Mt Elizebeth Hospital.Dan budak ini lah Arwahyarham Ahmad Zack Hafizul Hafiz. Arwah sampai sanggup mintak alamat penderma darah dari pihak hospital utk mencari aku.Sebagai balasan dia belanja aku makan malam kt Clark Quey. Arwah menpunyai seorang adik perempuan.Kacukkan Filipino+Melayu dan ayahnya ada mempunyai rumah di Johor.Seminggu sekali dia pasti pulang ke JB.Aku selalu tumpang naik kereta ayahnya tiap2 kali hujung minggu utk sama2 pulang ke JB.Kami sering kerap kelaur bersama, byk perkara yang kami kongsi.Arwah pernah meluahkan isi hati dia pada aku.dia mahu hubungan kami lebih dari seorang abg dgn adik...dia mahu aku menjadi boyfrienznya.Susah aku nak terima semua nie.Coz aku bukannya Gay macam dia.Kenangan aku dgn xlover masih lagi tak dapat aku lupakan inikan pulak tetiba ada laki nak buat aku jadi bf tetiba... Arwah menderita sakit selama setahun akibat darah beku di kepalanya sewaktu accident di tambah dengan penyakit yang dia deritai sejak kecik barah paru2...aku sendiri tahu tentang semua ini selepas dia terlantar seminggu di hospital.Dalam keadaan yang tenat sempat juga arwah menuliskan aku surat terakhir dan sampai sekrang aku masih menyimpannya dgn baik. Biarlah surat ini menjadi kenangan aku bersamanya..... Kenangan yang paling indah.....Arwah adalah satu2 nya adik aku dunia akhirat.... Macam dalam filem Titanic...im not even keep any photo of him.....kesalnyaaaaaaaaaaa............biarlah surat peninggalannya menjadi sejarah dan tatapan kamu bersama untuk aku. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Thursday, December 18, 2008

Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa

Negara di kejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Damansara.Rata-rata penduduk di situ mempunyai rumah di lereng-lereng bukit yang terutamanya bangalow dan Villa.Pendek kata macam Beverly Hills Malaysia lah.Aku bersempati terhadap mangsa-mangsa nahas tersebut.Tapi tak kurang juga ramai yang kurang senang dengan perangai sesetengah penduduk di situ.Ada Bantuan makanan yang di hantar dari hotel 5 bintang,mungkin itu selera sesetengah penduduk di sana,tapi yang menjadi sakit hati itu,ada beberapa penyelamat dan wartawan ternampak berbungkus-bungkus makanan nasi bungkus di buang di tepi sampah sarap.Teruk sangat ke makanan nasi bungkus tu sampai nak buang? Sedar lah...itu kan rezeki tuhan yang beri.
Kalau lihat di television,ada sesetengah penduduk yang marah-marah terhadap pemimpin masyarakat dan penyelamat yang datang membantu dan menziarahi mereka.Patutnya dalam keadaan macam tu,sepatutnya mereka bermuhasabah diri.Tak ada siapa yang mintak benda-benda macam ini terjadi.Itukan ketentuan tuhan,lagipun mereka sendiri yang mahu rumah di lereng-lereng bukit tanpa ada sesiapa yang memaksa,risikonya kena lah sama-sama tanggung.


Pandangan Bukit Antarabangsa dari udara.Rosak teruk akibat tanah runtuh.


Kerosakan di anggarkan berjuta ringgit.Ramai di antara mereka yang terselamat di pindahkan dengan mengunakan Helikopter dan ada yang di tempatkan di hotel-hotel sementara menanti tindakkan seterusnya dari kerajaan.


Aku tabik hormat pada para rela,tentera,polis,bomba dan NGO yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh ini.Cuma yang aku harapkan mereka yang menjadi mangsa , banyak-banyak lah bersabar.Tak perlu nak marah-marah pada penyelamat-penyelamat yang datang membantu.Kejadian Banjir besar pernah berlaku di Johor,dan rata-rata kami yang terkena redha dengan ketentuan tuhan.



Pada yang meninggal dunia,kita sedekahkan Al-Fatehah buat mereka.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....