Tuesday, June 9, 2020

Tanjak Warisan Melayu Untuk di Jual

Tamat je PKP ini stok Tanjak-tanjak RA akan ada dan akan mula menjual Tanjak-Tanjak warisan ini
Ada 45jenis dan warna tanjak yang boleh di dapati.
Harga tidak termasuk Brooch

HARGA RM 75.00 SEBUAH

*beli borong harga boleh bincang*













































 Boleh cari RA di talian : 6012-7709809
www.wasap.my/+60127709809/tanjak
Facebook : Rioazzaro
Instagram : Riodenaz

Monday, June 1, 2020

Jom edit gambar

 Masa PKPB nie banyak masa terluang dah boleh lah edit pelbagai gambar.Macam macam boleh buat untuk persendirian , untuk pengiklanan dan juga pemasaran
Nie masa pakai baju raya tahun nie.
 Nak rasa berangin berada di New York pun boleh
Kat kayangan pun boleh.Ala mesti ramai yang tau buat edit-edit macam nie kan...tapi kalau korang tak tau dan nak suruh RA buat pun boleh...DM RA je.
Ini antara promosi edit yang RA buat.Lotion SECRET THERAPHY.
Pembakar lemak no 1 di Malaysia.
❤️ Produk keluaran Malaysia, berdaftar dgn KKM
❤️ Boleh sapu ditempat yg byk lemak/selulit spt
perut,lengan,punggung, peha,
❤️ juga untuk sakit sendi,kebas2,sakit pinggang..
❤️ melancarkan peredaran darah yang tersumbat,juga sesuai bagi penghidap angin ahmar..
❤️ Bau wangi, tak melekit & panas.
❤️ Cara Guna : sapu 2 kali sehari slps mandi, pagi & malam.

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Semua

 Maka hari ini 1Syawal bermulakan norma baru berhari raya.Sambutan tahun ini ala kadar sahaja yang mana hanya di benarkan berhari raya dan kunjung mengunjung pada hari pertama sahaja.
 Tahun ini tak dapat bergambar bersama-sama keluarga jadi sempatlah RA membuat ubahsuai gambar raya tahun ini agar nampak lebih meriah.
 Tahun ini baju raya semua pakai baju tahun lepas.Cuma tanjak sahaja yang baru.Kalau korang nak beli tanjak boleh DM tepi RA yea.hehehe.Harga kawan-kawan je RA bagi.Memandangkan RA minat naik gunung jadi RA membuat pengubahsuaian gambar seperti di atas nie.Salam dari Kinabalu katanya.
 Lepas kena perli asik amik gambar dengan baru yang sama je,esoknya RA bergambar lah pakai baju lain.Nanti orang cakap kita tak mandi lak hehe 
 Semua gambar-gambar ini RA edit sendiri.Bersesuaian lah dengan tema hari raya tahun ini iaitu Beraya dalam norma baru katanya.
 Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari RA...Kalau ada yang berminat nak edit gambar macam nie leh DM RA terus FB : Rioazzaro...Bukan takat edit untuk gambar raya je,untuk gambar peribadi atau untuk produk niaga pun boleh.Harga? boleh bincang mur mur jek tak sampai puluh-puluh ringgit pun.hahaha

Wednesday, April 8, 2020

Kita Mesti Menang

Agak lama juga RA tak kemaskini blog.Maklumlah sejak di kenakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 18Mac lepas tak banyak yang dapat di buat hanya berkurung di rumah menonton tv , tidur , makan dan main telefun bimbit.Ingat lagi pada petang Isnin 16Mac selepas waktu kerja RA ke Galeria Kotaraya untuk makan malam.RA singgah ke salah sebuah pasaraya untuk membeli makanan kucing dan ubat nyamuk dan masa tu jugak RA ternampak sepasang suami isteri ini sibuk mencari barangan keperluan dapur dalam keadaan panik.Pelik juga tapi RA buat seperti biasa jer.Pulang dari Solat di Masjid Kotaraya RA dengar di radio kereta mengatakan ada pengumuman penting dari PM jam 10malam di TV.Memandangkan TV di rumah RA rosak jadi RA cuma membuka radio sahaja.
Rupanya pengumuman itu hanya di kelaurkan di TV sahaja.Sebaik sahaja PM mengumumkan malam itu , habis WA di telefun RA bertubi-tubi berbunyi.Katanya PKP akan di kuatkuasakan pada hari Rabu 18Mac hingga 31Mac.Malam tu juga lah kedai-kedai runcit dan kedai 24jam di serbu ramai orang.RA cuba tenangkan diri dan tunggu sehingga esok dan hadir ke pejabat.Di pejabat kami masih lagi tidak mendapat pengumuman penting dari syarikat sama ada di tutup esok atau tidak.Tapi kami telah pakat untuk bergilir-gilir keluar untuk ke pasaraya membeli barangan keperluan.Masa RA ke pasaraya memang ramai yang membuat pembelian panik,walaupun telah di beritahu oleh kerajaan yang bekalan cukup.Jam 2petang di pejabat baru kami di beritahu yang syarikat kan di tutup esok sehingga 31Mac dan gaji kami tidak akan di potong.Kami pula di kehendaki bekerja dari rumah , menjawap email dan menyelesaikan masalah pelanggan di talian sahaja.Maka bermulalah RA berkurung di rumah dari 18Mac tersebut.Seminggu sebelum tarikh tamat PKP iaiti 30Mac kami di kejutkan dengan satu lagi pengumuman dari PM di TV mengatakan PKP di lanjutkan ke fasa ke2 hingga 14April pulak.Pergh...
Alhamdulillah sehari selepas itu PM mengumumkan pakej ransangan dan bantuan untuk semua rakyat Malaysia.Mereka yang susah di berikan bantuan , pelajar-pelajar yang terkandas di asrama di bantu dengan di bekalkan makanan harian dan macam-macam lagi bantuan di salurkan.Kami hanya perlu duduk diam di rumah dan keluar hanya untuk membeli keperluan 1keluarga 1orang.Mula-mula masa perintah PKP ini di kuatkuasakan masih ramai lagi yang ke pasaraya membawa anak-anak bersama.Siap dudukkan anak kat troli lagi.Tapi selepas seminggu di kuatkuasakan makin ramai yang tidak berani berbuat demikian walaupun masih ada segelintir yang masih berdegil.Fasa ke2 pulak tiada kompromi lagi.Askar di kerahkan bersama polis menjaga dan membuat kawalan di jalan-jalan raya untuk mengawal pergerakkan rakyat yang degil ini.Dengan pengawalan ini di harap dapat memutuskan rangkaian COVID19 dari terus merebak.Sehingga hari blog ini ditulis mengumuman samaada PKP ini di lanjutkan ke fasa ke 3 atau tidak hanya akan di beritahu pada 11Apr nanti.
RA berharap semoga kita kuat mengharungi pelbagai rintangan yang akan mendatang.

YA KITA MESTI MENANG....
Menang bukan sahaja menangani COVID19 tapi menang meneruskan kehidupan selepas COVID19 di tewaskan.Sama-sama kita berdoa untuk diri kita , keluarga dan negara kita....Moga Allah bersama kita.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....