Friday, March 23, 2018

Ke Tj Pinang Pulau Bentan kita.

 Hari nie kan cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor , jadi Johor cuti hari nie.Di tambah dengan cuti hujung minggu dari hari Jumaat sampailah Ahad nie kami rakyat Johor bercuti.Perancangan awak kononnya nak ke Cameron Highland tapi akhirkan terjebak ke Tanjung Pinang Pulau Bentan dan tersasar sekali ke Batam gara-gara tertinggal feri....
 Kalau nak tunggu feri yang seterusnya ke Tj Pinang mau petang baru berangkat.Jadi kami ke Batam jalan-jalan di sana sebelum menaiki feri dari Batam ke Tj Pinang.Bukan apa ada sorang kawan RA nie belum pernah ke situ pun...Perjalanan dari Stulang Laut ke Batam mengambil masa 2jam melalui laluan laut di Selat johor dan Selat Singapura.Inilah antara kepulauan-kepulauan yang berhampiran.
 Melalui pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau-pulau kecil milik Singapura.
 Sesekali kelihatan feri kami memintas bot-bot nelayan yang berada di sekitar perairan ini.
 Selepas 2jam perjalanan Alhamdulillah selamat tiba di pelabuhan Harbour Bay Batam.RA terus mendapatkan teksi dan destinasi pertama yang di tuju ialah ke Nagoya Mall.Pasaraya terbesar di Batam ni menjual pelbagai barangan dari kasut , baju , bag dan macam-macam lagi.
 Memandangkan hari dah tengahari , kami makan tengahari di sini dulu.Di sebabkan bermusafir , RA tak buatlah Solat Jumaat di sini.Terus Jamak Asar nanti di hotel saja.Tak banyak yang RA beli di sini sekadar cuci mata dan bergegas ke pelabuhan Sepanggar untuk menaiki feri ke Tj Pinang.Dari Nagoya Mall ke pelabuhan sepanggar mengambil masa 45minit perjalanan mengunakan teksi.Tiba di sini terus beli tiket ke Tj Pinang yang berharga sekitar RM25 seorang/sehala.
 Alhamdulillah jam 430petang kami semua tiba ke Jeti Tanjung Pinang.Dengan tidak melenggahkan masa kami terus ke Dermaga feri Pulau Penyangat yang tidak jauh dari situ untuk ke Pulau Penyengat.Cuaca hari ini cukup baik dan perjalanan ke Pulau penyengat hanya mengambil masa 25minit sahaja.Tak jauh mana pun.
 Gambar atas dalam bot ke Pulau Penyengat.Gambar bawah di hadapan Balai Adat Pulau Penyengat.Tapi tempat pertama yang kami tuju ialah ke Masjid Raya Pulau Penyengat.
 Inilah dia masjid yang menjadi kebanggaan masyarakat di Pulau Penyengat ini.Masjid yang di bina sejak Kesultanan Johor-Riau-Pahang ini hanya mengunakan Putih Telur dan begitu gah sehingga ke hari ini.
 Selesai bersolat di sini sesi bergambar di mulakan.
 Haa nampak tak semua nak bergambar.Baiklah Pulau Penyengat mendapat namanya dari seekor serangga terbang bernama Penyengat yang seperti Tebuan.Dulunya terdapat banyak Penyengat di sini jadi pelayar-pelayar menamakan pulau ini dengan nama Pulau Penyengat.
Suasana kampung yang tenang dengan angin laut yang meniup di sini cukup memberi keselesaan kepada setiap pengunjung.
Kami memutuskan untuk berjalan kaki sahaja mengelilingi Pulau Penyengat.Dan tidak jauh dari Masjid Raya terdapat makam-makam kerabat di raja dan pembesar-pembesar istana.Makam Raja Hamidah pemilik asal Pulau Penyengat dan Makam Raja Haji Abdullah Biduanda Negara-pencipta Syair Gurindam 12 juga ada di sini.  
Perjalanan di teruskan ke Balai Adat yang terletak di belakang pulau ini.Untuk ke sana kami melalui jalan-jalan kampung dan rumah-rumah penduduk.Di sebabkan kami tiba dah lewat petang Balai Adat dah pun di tutup.Jadi kami cuma sempat ke bawah balai untuk mengambil air perigi di sini.Air perigi di sini tawar dan boleh terus di minum.Agak pelik bila pulau yang di kelilingi laut terdapat perigi air tawar di tengah-tengahnya.Inilah yang menjadikan Pulau Penyengat sangat popular dan menjadi tempat persinggah para pelayar pada zaman dahulu selain di jadikan tempat berteduh dan kubu menentang penjajah oleh Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang dahulunya. 
 Perkampungan nelayan di waktu petang.Memang mendamaikan.
 Berhampiran Balai Adat ini ada jeti nelayan yang sesuai untuk bergambar di sini.
 Cantik sungguh pemandangan di sini kan.
 Beberapa keping gambar di ambil sesuai untuk sesi pengambaran di sini.
 Wah dia pun nak jugak....
Tiga tempat yang berbeza di dalam Pulau yang sama.Istana lama , Istana Kantor dan tepi tangga masuk ke istana Kantor.hehehehe 
 Hari pun dah nak masuk senja.Jadi jam 630petang kami dah di hadapan jeti untuk pulang ke Tanjung Pinang.Mereka berdua nie masih lagi nak bergambar.Tak puas katanya.
 Pak cik bot dah pun menanti kami untuk bawa pulang.Suasana senja di tepi laut memang hening.
 Selamat Tinggal Pulau Penyengat.RA dan rakan-rakan pasti akan ke sini lagi.Malam ini kami bermalam di Tanjung Pinang.Tempahan hotel pun dah di buat. 
 Inilah bentuk muka Pulau Penyengat dari bot semasa mahu pulang ke Tanjung Pinang.Jam 7malam kami tiba di hotel dan membersihkan diri dan bersiap-siap untuk makan malam. 
 Makan malam kami sangat-sangat biasa.tak jauh dari hotel tempat kami menginap terdapat warong yang menjual pelbagai makanan.Ada mee rebus , mee goreng , Bakso dan macam-macam lagi.Ramai masyarakat tempatan yang makan di sini.
Selesai makan malam RA dan rakan-rakan ke hadapan Melayu Square.Kat sini terletak deretan warong-warong di tebing pantai yang menyediakan pelbagai makanan.RA ke sini untuk mengopi dan menikmati suasana malam sambil menonton di layar pacak yang banyak terdapat di hadapan warong-warong ini.Kopi Kopicino menjadi pilihan RA selain kacang rebus.Yang kat sebelah tu jagung cheese yang Kak Nini beli.
Pisang keju cokelat pun ada.Duduk-duduk makan dan berbual-bual sampai tak sedar waktu dah ke pukul 1030malam ( 1130malam waktu Malaysia).Kami pun berangkat pulang ke Hotel untuk beradu.Esok ada aktiviti menarik ke Pulau Beralas Pasir pulak.

Wednesday, March 7, 2018

RA Jadi Spiderman di Camp 5

Malam ini RA nak cuba sesuatu yang baru yang tak pernah RA cuba seumur hidup RA.Kawan RA ajak RA ke Camp5 di Paradigm Mall untuk mencuba memanjat dinding (Wall Climbing).Katanya anak dia bekerja di sini jadi boleh lah cuba kalau nak buat.Mula - mula macam tak mahu tapi bila tengok gambar-gambar diaorang kat dalam "Muka Buku" macam seronok je jadi RA cabar diri RA untuk mencuba pulak.
 Jam 8malam RA dah tercongok di sini.Untuk memanjat dinding ini RA di kehendaki mengisi borang pendaftaran ahli dan borang tahap kesihatan di sini.Lepas je daftar,si Adri anak kawan RA menyerahkan kasut khas dan tali pinggang keselamatan untuk memanjat.
 Setiap kali nak memanjat kami di syaratkan mempunyai sorang lagi rakan yang akan menjaga tali dari bawah.Ia penting bagi memastikan keselamatan orang yang memanjat.Untuk menjaga tali dari bawah ini bukan sebarangan orang tau yang di benarkan.Untuk peserta yang pertama kali Camp5 menyediakan pakej harga beserta guide.Seorang guide boleh menjaga 5 orang yang memanjat sahaja.Malam ini Si Adri dan Ashraf lah jadi guide jaga tali dari bawah untuk RA,adik-adiknya dan Kak Laila.Bukan senang yea untuk orang yang berbadan besar memanjat dinding ini.
 Tip untuk memanjat , tenaga kaki di perlukan lebih dari tangan.Ini bagi mengelakkan banyak tenaga habis.Tip ini guide RA (si Adri) yang beritahu.Selalunya selepas sesi percubaan ini , sesiapa yang nak cuba lagi kena menghadiri kursus asas memanjat untuk mendapatkan sijil dan melakukan aktiviti ini bersama rakan-rakan bersendirian.
Dinding yang pertama RA naik tidak lah setinggi mana.Maklumlah baru nak mula belajar jadi kena memanjat yang senang-senang dulu.Alhamdulillah berkat kata-kata semangat RA berjaya sampai di atas hehehe.Ketinggian tembuk dinding tu adalah setinggi bangunan 2 tingkat jek.
 Nak naik kira boleh lah lagi,tapi nak turun tak sama tau macam naik.Kena tau cara-caranya,kalau silap memang tak turun atau cederalah nanti kepala.
 Ok dah puas mencuba dinding asas untuk orang yang pertama kali mencuba RA di bawa mencuba dinding yang agak tinggi sedikit iaitu setinggi bangunan 3tingkat polak.Gayat weyyy.
 Wey budak si Aqil nie pun nak panjat jugak.Laju betul dia naik.Mentang-mentang badan kecik.Kalah Uncle RA nie yang 2kali terlepas tangan dari batu dinding tu.
 Akhirnya setelah berhempas pulas berjaya juga RA sampai ke atas.Puas hati bila berjaya mencapai apa di usahakan walaupun payah dan 2kali terlepas tangan di batu dinding tu.Kononnya nak cuba lah kali ke 3 di dinding yang agak susah sikit.Dinding batu berwarna biru ini agak mencabar sikit sebab jarak batu-batu di dinding agak jauh dan kecil-kecil.Di sini RA tak dapat habiskan memanjat di sebabkan tangan sudah letih dan tidak mampu berpaut pada dinding lagi.Jadi RA akhiri pemanjatan RA malam ini dengan 2 dinding setengah dinding sahaja hehe.Jadilah untuk permulaan ini.Lain lagi nak daftar masuk kursus asas dia lepas tu boleh naik sendiri dengan kawan-kawan.
Jam 945malam selesai semuanya.Selepas memulangkan kasut dan tali pinggang keselamatan kami bergambar di hadapan kaunter Camp5 sebelum beredar pulang.Pengalaman baru ini sangat-sangat berguna dan pastinya RA akan datang lagi di sini.

Sunday, March 4, 2018

Lagi Misi di Tasik Biru Kangkar Pulai

 Wah tajuk tak hagak-hagak kan...misi bagai katanya.Sebenarnya RA saja je nak lepaskan rindu ke trek Tasik Biru nie.Lama tak singgah jadi pagi ini RA luangkan masa dan beriadah di sini.Mula naik ke sini jam 8pagi RA melalui jalan biasa mendaki ke tasik biru. 
 Singgah sebentar di empangan lama untuk bergambar sambil mengimbau kenangan bersama-sama ikan-ikan di dalam kolam ini.
 Ini adalah antara momen momen terbaik yang dapat RA rakam di trek Tasik Biru Kangkar Pulai.RA tau pasti ada yang melewati kawasan ni kan ? cuma ramai yang tak perasan keunikkannya bila kita rakamkan dalam bentuk gambar.
 Sebenarnya banyak tempat-tempat di dalam hutan tasik biru ini yang mempunyai daya tarikkannya yang tersendiri.
Ini gambar di atas bukit kuari tasik biru.Langit pada pagi ini sangat-sangat indah.

Ini pulak gambar di tepi tebing Tasik Biru.Haisshh botak dah kepala RA.
 Cukuplah 5km untuk 2jam 20minit perjalanan pagi ini.541 kalori habis di bakar dan kemudian menambah balik untuk bersarapan kejap lagi.

Thursday, March 1, 2018

Pakej 2Hari/1Malam Batam Min 4orang

 RA mengeluarkan pakej ini untuk kemudahan keluarga kecil yang ingin ke Batam.
Harga seperti tertera di atas.
Apa yang tidak termasuk dalam pakej ialah :
1.Seaport tax & Boarding pass IDR 110,000 seorang (RM 35 - bayar di kanter ferry tiket)
2.Makan tengahari dan malam
3.Duit parkir kenderaan untuk pemandu. (sekitar RM5-10)

CEPAT CEPAT HUBUNGI RA DI TALIAN 
0127709809 (NAZ)
TAWARAN INI SAH SEHINGGA JUN 2018

Saturday, February 10, 2018

Hobi Baru RA

 Nak tahu? haa inilah hobi terbaru RA.Sebenarnya beli basikal nie dekat setahun tapi dok simpan je kat umah tak pakai.Jadi dari terbiar baik di gunakan semula.
 Basikal ini RA beli kat Lazada.Murah je tak sampai seribu pun dalam 5ratus lebih.Jadilah janji ada masa untuk beriadah.
Kat kawasan umah RA memang mempunyai banyak port baik untuk naik basikal nie.Jadi selalu pagi-pagi RA akan berbasikal di sekitar laluan keluar ke lebuh raya je.
Gambar-gambar ini di ambil pada sekitar jam 9pagi di Bandar Pulai Jaya.Cantik kan pemandangan kat sini.Kalau ada geng yang sertai sama inbox lah RA.

Saturday, February 3, 2018

Explorace kita di Bukit Payong

Explorace Selamatkan Bukit Payong ini julung julung kalinya di adakan.Selain untuk beriadah ia juga memperkenalkan kepada umum tentang ke indahan Bukit Payong yang terletak di Parit Sulong Batu Pahat ini.Acara ini di anjurkan oleh NGO Selamatkan Bukit Payong kerana membantah tempat ini untuk di jadikan tempat pelupusan sampah. 
RA tahu tentang acara ini pun dari rakan RA di Muar.Bayaran masuk ialah RM50 untuk 1 kumpulan.Setiap kumpulan mesti mempunyai 2orang peserta.RA satu kumpulan dengan Azlan rakan RA dari Muar.Acara bermula jam 830 pagi ini turut mendapat sambutan dari pelbagai persatuan.
Dah nama pun explore (jelajah) , memang teruklah kami kena jelajah dan cabaran yang kena buat.Antara cabaran yang RA dan peserta lain kena tempuh ialah membawa bersama telur sebiji untuk setiap kumpulan mendaki Bukit Payong dari atas hingga lah turun ke bawah semula.Tapi sebelum tu kami kena jawap soalan-soalan menguji minda dahulu.Kira Explorace ini ala-ala Amazing Race yang kat TV tu lah.Nampak tak si Lan dah tercungap-cungap.hehe 
Inilah dia pemandangan dari atas Bukit Payong.Ini belum sampai ke puncaknya lagi.Ramai jugak budak-budak yang pertama kali naik muntah-muntah dan kejang kaki. 
Sempat RA bergambar di batu-batu besar sebelum tiba di puncak Bukit Payong.
Akhirnya setelah berhempas pulas RA tiba di puncak Bukit Payong.Sementara menunggu Si Lan tiba RA bergambar lah sekejap di sini.
Pemandangan di atas puncak Bukit Payong ini sangatlah cantik.Sayang jika di tarah untuk di jadikan tempat pelupusan sampah.RA jugak turut membantah.
Beberapa pemandagan dari Bukit Payong yang RA dapat rakamkan.Memang menarik dan cantik tempat ini.Subur menghijau dari atas puncak.
Ketinggian Bukit Payong adalah sekitar 250meter - 300 meter tetapi di awal pendakian agak mencanak jugak.
Selesai turun dari Bukit Payong kami di suruh ke kampung sebelah pulak.Kena naik bukit sedikit dan di kehendaki meletupkan belon yang tergantung itu dengan anak panah.Anak panah pulak diaorang kasi cuba 3batang je.Kalau tak kena belon kami kena denda isi tanah dalam kampit anak pokok...Alamak seksanya sebab RA panah tak kena belon tu hehehehe.

Dah selesai tugasan memanah dan mengisi tanah kami kena turun ke kampung berhampiran untuk menangkap ikan keli pulak...Si Azlan la kena buat sebab RA tak reti tsangkap ikan guna tangan.hahaha...Selesai tugasan tu kami kena menganyam atap rumah pulak dengan daun pokok kelapa...adehhh...Ingatkan dah selesai , cabaran terakhir kena harung anak parit untuk mencari 7 guli.Memang betul-betul diaorang ini dera kitaorang.Nak harung kena merangkak-rangkak pulak tu.
Akhirnya selesai juga tugasan RA walaupun kumpulan kami tidak mendapat tempat 10 terbaik tetapi RA puas hati dapat menyertai acara ini.Habis je acara kami semua ke tandas sekolah agama berhampiran untuk mandi dan membersihkan diri.
Takpe lah janji dapat menimba pengalaman dan keseronokkan dengan peserta-peserta acara ini.Moga acara ini di buat setiap tahun sebab ianya bagus untuk merapatkan silaturahim.Tahniah buat penganjur progrem ini.Moga Bukit Payong dapat di selamatkan.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....