Wednesday, December 13, 2017

PAHALGAM DI KASHMIR

 Apa korang rasa bila bangun-bangun je pagi tetiba salji turun di hadapan umah korang? haaa inilah yang RA rasa bila bangun tidur dari BoatHouse ini.Salji turun mencurah-curah pagi ini dan walaupun tidak lebat tetapi cukup mengembirakan kami semua.
Tengok haa Kak Hamidah tak lepaskan peluang untuk main salji di luar boathouse kami sambil-sambil menunggu sarapan kami di sediakan.Suhu mulai jauh ke 2'C pagi ini dan terpaksalah mandi air panas untuk mengurangkan rasa ke dinginan.Dah mandi cepat-cepat pakai baju tebal-tebal.
Dan inilah suasana pagi tasik luar boathouse kami.Ingatkan pagi ni dah boleh rehat-rehat main salji dan ambil gambar tapi datang lagi jurujual ke boathouse kami menjual pelbagai barangan.
 Si Manja dan Cikgu Ros dah lari keluar main salji tak mau dah beli apa-apa lagi da hehehe.RA buat tak layan je lah dengan jurujual tu sambil amik mood ala-ala dalam filem bollywood di luar boathouse.
  Ok hari ini kita sambung lagi perjalanan dan percutian 5orang ini termasuk RA di Kashmir.Jadual pagi ini kami akan ke Pahalgam.Pahalgam adalah sebuah pekan yang terletak di lembah di dalam wilayah Kashmir.
 Selepas bersarapan di boathouse kami mula berkemas dan menunggu bot kami tiba untuk ke Srinagar seteruskan meneruskan perjalanan ke Pahalgam.
 Sepanjang dalam bot salji makin galak pulak dia turun.Semakin lebat nampaknya.
 Selamat tinggal Mughal Sheraton Boathouse , layanan dari pekerja dan pemilik boathouse ini sangat lah terbaik.Makanan-makanan pun sedap diaorang hidangkan. 
 Sambil ke daratan bot kami melalui beberapa lagi boathouse-boathouse di sekitar tasik ini
 Ada banyak rupanya pengusaha-pengusaha boathouse di sini.Pemandu pelancong kami bilang ada lebih 500boathouse di Tasik Dal nie.
 Bila menyusuri tasik ini dengan salji yang turun teringat dengan perkampungan "Lake Town" dalam filem Hobbit tu.Serupa je nampaknya walaupun dingin. 
Sampai di daratan pemandu kenderaan kami sudah siap menunggu untuk ke Pahalgam.Perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam mengambil masa 2jam (sekitar 100km).Kami melalui beberapa kampung dan ladang epal yang berlatar belakangkan pergunungan Himalaya.Cantik tak? hehehe
Ini video perjalanan ke Pahalgam
 RA berhenti makan tengahari di salah sebuah restoran yang terletaknya ladang Epal.Sayang sekali ladang epal tak berbuah sebab musim sejuk sekarang ini.jadi dapat lihat pokoknya sahaja.Pergunungan kat belakang tu memang terbaiklah sebab di liputi pagi tadi
 Perut dah kenyang jadi kami meneruskan perjalanan ke Pahalgam.Sepanjang perjalanan di sajikan dengan pemandangan pergunungan himalaya yang cukup indah.
 Bila dah semakin hampir semakin tebal pulak saljinya di jalanan.Kami di beritahu bahawa salji nie turun pagi tadi dan di sebabkan suhu di pergunungan sejuk ia lambat cair.
 Kami yang di dalam kereta pulak jadi teruja.Tak sabar nak keluar main salji.Tapi memandangkan perjalanan tak sampai lagi terpaksalah menahan sabar. 
 Korang rasa apa bila tengok pemandangan macam nie?
 Semakin jauh berjalan semakin cantik pemandanga di sisi kiri dan kanan kami.
Dah macam masuk ke perkampungan Narnia pulak.Semuanya di liputi salji tebal.
 Akhirnya RA tiba di pintu masuk Pahalgam.Semua kenderaan di minta berhenti untuk pemeriksaan keselamatan dan setiap kenderaan yang membawa pelancong di kenakan bayaran masuk. 
 Selepas lebih kurang 5-7minit kami di benarkan masuk.Perjalanan menyusuri lembah-lembah dan sungai-sungai yang membeku dan akhirnya tiba di Pahalgam jam 3petang.
 Pekan Pahalgam ini juga di kenali sebagai "Little Swiss" di Asia.Kenderaan kami berhenti dan menurunkan kami di hadapan kedai-kedai kopi.Terdapat beberapa pengusaha kuda yang menyapa kami untuk menyewa kuda mereka.Harga sewanya? boleh tahan mahal juga.Jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan sendiri.
Video di Pekan Pahalgam
 Kebanyakkan kedai di sini tutup sebab waktu operasi pada musim sejuk agak terhad.Seseparah kedai hanya bukak sampai jam 1tengahari sahaja.
 Ini adalah kawasan padang bola yang telah membeku dan di penuhi salji.Suhu di sini ialah -5'c.
 Memang mengila bila nampak salji ini.RA tak lepaskan peluang main salji dan bergambar je lah dari tiba tadi.Tah berapa ratus keping gambar dah RA tangkap.
 Ini adalah sebahagian je gambar yang  RA di tunjukkan.
 Nah masing-masing mengila bila tengok salji.Kalaulah salji tu tak sejuk dah abis kami semua baring atas salji tu.
 Pekan Pahalgam ini agak besar juga.Selalunya pada musim panas ramai yang sewa kuda untuk ke lembah berhampiran pergunungan tempat ramai artis-artis Bollywood buat pengambaran.
 Tapi memandangkan cuaca agak mendung dan salji mulai turun sedikit-sedikit kami tak mahu menyewa kang takut jalan jauh-jauh nanti nak balik tersangkut pada salji tebal pulak.Haruuu beb...
 Jadi suma sekadar jalan-jalan kaki pusing pekan nie je lah nampaknya.Tu pun dah gambira sangat sebab dapat main salji tebal.
 Ingat nak lepak minum kopi di restoran berhampiran tapi kebanyakkan kedai mulai nak tutp sebab jam dah menujuk ke pukul 4petang.
Dah puas bergambar RA mengambil keputusan untuk pulang ke resort.Resort kami malam ini di River View Resort berhampiran Pahalgam.Perjalanan pulang mengikut laluan yang lain iaitu di tepi tepi tebing sungai dan pergunungan.
Katanya resort kami nie terletak bersebelahan dengan sungai dan di kawasan lembah juga.
 Memang puas mata memandang pergunungan Kashmir yang indah di sini.
Melalui sungai-sungai untuk ke hotel penginapan
Alhamdulillah 30minit kemudian kami tiba di resort walaupun pemandu kami tercari-cari resort yang mana satu sebab terdapat beratus-ratus resort di sepanjang lembah ini sebab berdekatan dengan kawasan luncur salji.Selesai daftar masuk kami di berikan kunci masing-masing.Subhanallah bilik RA betul-betul mengadap sungai dan pergunungan.Bukak-bukak je langsir dah nampak gunung bersalji.Terbaiklah resort ni.Sementara menunggu makan malam siap jam 8malam RA membersihkan diri untuk mandi air panas dan bersolat jamak.Air panas kat sini kena tunggu agak lama untuk panas yea.Maklumlah sistem pemanasnya masih mengunakan teknologi lama.Lepas je selesai solat RA mula berselimut sambil melihat luar resort hingga gelap melalui tingkap bilik RA. 
Cikgu dan anak murid ini dah siap awal bergambar di luar resort lagi sementara menunggu makan malam siap.Kak Hamidah tak tahan sejuk dia duduk dalam resort je.Nak duduk kat lobi hotel pun sejuk cuba di bilik je di sediakan pemanas badan, itu setiap 2jam elektrik terpadam sebab enjin generator mati.Untuk pengetahuan pembaca , elektrik selalu terputus di Kashmir pada musim sejuk kerana bekalan air di empangan yang membekal elektrik sering membeku.Makan malam kami hari ini Nasi + sayur kobis + ayam tandori + roti nan dan kari ayam.Kari lagi.....Oklah perut dah kenyang RA nak tidur...nanti kita sambung lagi esok yea.

Tuesday, December 12, 2017

Kashmir Yang Mempersonakan

 Akhirnya masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba.Hari ini RA akan bertolak ke India untuk melawati Kashmir , Delhi dan Agra selama 10hari.Segala persiapan dah di buat awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan di sana nanti.Wang India Rupee pun dah RA siap-siap tukar di sini.Penerbangan RA ialah penerbangan petang dengan mengunakan pesawat Malaysia Airlines.
 Dari JB kami bertiga iaitu RA sendiri , Kak Hamidah dan anaknya Nabihah.Sementara dari KL cikgu Rosnah dan bekas anak muridnya Manja.Kami pergi berlima dan berjumpa di KLIA untuk menyambung penerbangan dari KL ke Delhi.Penerbangan mengambil masa 5jam 30minit.Alhamdulillah kami selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Delhi jam 950malam.
Memandangkan tiba lewat di Delhi tiada penerbangan dari Delhi ke Srinagar (Kashmir).Jadi kami semua di bawa oleh agent untuk bermalam di hotel dekat Delhi.Sampai hotel dah dekat jam 1130malam sebab jalan-jalan kat Delhi nie sesak teruk.RA dapat kunci bilik terus mandi dan tidur.
Jam 7pagi kami semua turun ke bawah bersama-sama bag bagasi untuk daftar keluar dan bersarapan.Menu pagi hari ni ialah "Indian Breakfast".Capati , Roti nan , nasi putih , puri dan kuah kari.ammmahhhhh.....
 Sempat lagi diaorang nie bergambar depan hotel.Inilah hotel kami di Delhi.Rupanya di sekitar kawasan hotel ini terdapat banyak kedai-kedai emas dan permata.Ok Challo battey kita ke lapangan terbang nanti tertinggal pesawat pulak.
Tiba di lapangan terbang terminal 3 kami di beritahu penerbangan kami di tunda.Sepatutnya kami bertolak 1030pagi tetapi di lewatkan 1jam kerana salji tebal di Srinagar. 
 Akhirnya setelah di tunda sejam penerbangan di teruskan tetapi pesawat kami terpaksa berlegar-legar di ruang udara Srinagar selama sejam kerana salji masih lagi turun di Srinagar.Alhamdulillah pesawat kami selamat tiba di Srinagar jam 230petang iaitu lewat 2jam 30minit seperti yang di jadualkan.Lapangan terbang Srinagar ialah satu-satunya lapangan terbang jika hendak ke Kashmir.Kawalan keselamatan di sini amat ketat kerana anda akan melihat begitu ramai tentera berjaga di dalam dan luar lapangan terbang.Ianya selamat dan berikan kerjasama jika anda di sini.Pemandu kami siap menunggu di luar lapangan terbang dan terus membawa RA dan yang lain-lain untuk meneruskan lawatan
 Inilah keadaannya bandar Srinagar.Rumah-rumah di sini agak besar dan menurut pemandu pelancong kami setiap rumah mempunyai lebih dari 2-3 keluarga.Dari anak , pakcik , adik beradik semua tinggal di rumah yang sama.Hebat kan hubungan kekeluargaan mereka...
 Bandar Srinagar ini di kelilingi oleh pergunungan Himalaya dan pada musim sejuk yang RA tiba hari ini akan kelihatan salji memenuhi pergunungan Himalaya ini.
Video ini RA buat khas tau.
 Lawatan pertama yang akan di lawati ialah ke "Taman Chashme Shahi".Untuk ke taman ini kami melalui tepi Tasik Dal yang cukup terkenal di dunia ini.
 Tasik yang berlatar belakang kan pergunungan Himalaya ini cukup indah.Kami bernasib baik kerana dapat melihat pergunungan Himalaya dengan jelas petang ini sebab pemandu pelancong cakap dari pagi sampai ke tengahari tadi salji turun dengan lebatnya di Srinagar.
 SubhanAllah indah sungguh ciptaan mu.Memang tak rugi datang ke sini.
Pemandangan demi pemandangan di sajikan untuk kami saat tiba di sini
 Akhirnya selamat tiba di sini.Taman bunga ini ialah di bina semasa pemerintahan Shah Jahan dan di hadiahkan untuk putera sulongnya iaitu Dara Shikoh.Taman ini juga di beri nama "The Royal Spring" kerana di bina pada musim bunga.Terdapat air mata air di atas taman ini dan airnya boleh di minum terus.Penduduk di sini menganggap tempat ini suci dan tidak di benarkan membasuh kaki di sini.
 Salji mulai mencair dan matahari petang mulai menyinar saat kami tiba di sini.Tapi latar belakang pergunungan di sini masih lagi bersalji tebal.
 jakun sekejap bila nampak salji.Tak pe ini baru permulaan sebab kami masih belum ke kawasan pergunungan lagi.
 Wah seronok sungguh cikgu dan anak murid ini ya.Manja pertama kali main salji katanya.
 Kawasan di sini pasti lebih indah pada musim bunga.
 Sambung lagi Manja dan Cikgu Ros bergambar.
 RA belanja beberapa keping gambar yang RA rakamkan di sekitar taman ini untuk pembaca.
 Luas kawasa ini dikatakan sekitar 1 ekar dan di buka pada tahun 1632.
 Giliran RA pula untuk bergambar
 Nak turun ke bawah ini kena berhati-hati sikit kerana agak licin.Salah seorang dari kami dah terduduk jatuh pun tadi masa nak turun di sini.
 Terdapat 3 taman kesemuanya di Srinagar ini dan Chashme Shahi ini adalah yang paling kecil dari 2lagi taman yang lain.
 Gunung kat belakang tu namanya Gunung Zabarwan.Taman ini dapat banyak sentuhan dari arkitek di Iran dan ianya persis Taman-taman bunga di Parsi.
Haa kat tempat letak kereta di bawah ini banyak kedai-kedai cenderahati yang boleh di beli.Tapi memandangkan kami semua dah tak tahan nak buang air kecil kami teruskan perjalanan ke restoran untuk makan tengahari (sebenarnya dah nak masuk petang pun).
Kami makan di salah sebuah restoran berhampiran Taman Chashme Shahi.Nama restoran ini Sunset Boulevard,macam mat salleh katanya.Sementara menunggu makanan yang di pesan tiba dapat lah kami bertunafoto dan membuang air kecil yang dah lama kami tahan semasa di lapangan terbang lagi hehehe.

Menu makan tengahari termasuk dalam pakej harga yang mereka bayar kepada RA.Ada Nasi Goreng Cina , Nasi beriani kambing , ayam tandori dan kari telur. 
 Jemput makan yokkk....memang menjanjikan lah.
 Makan terpesan lebih.Mula memang nampak lapar bila dah banyak tak terlarat nak makan pulak.Jadi kami bungkus dan bawa balik untuk makan malam pulak nanti.
Perut dah kenyang mari kita teruskan lawatan ke tempat yang lain pulak.
Kali ini ke Taman Bunga Nishat Bagh , iaitu taman bunga ke 2 yang terbesar di Srinagar.Keluasannya ialah 46ekar dan di sinilah RA bertemu dengan beberapa pelancong dari Malaysia.
Taman Nishat Bagh di dalam bahasa hindi bermaksud taman sukacita dan masih berkonsepkan senibina parsi. 
 Taman ini betul-betukl mengadap Tasik Dal iaitu tasik terbesar di Srinagar.
 Hari semakin senja saat dan ais di ats taman ini mulai mencair.Kami beransur pulang kerana sudah penat bergambar dan berpeleseran di sini.
 Dalam perjalanan pulang pemandu pelancong kami membawa singgah ke salah sebuah kedai permaidani.RA tak jadi beli sebab permaidani di sini harganya sangat lah mahal kerana kebanyakkannya buatan tangan dan berkualiti tinggi.Kami meneruskan perjalanan ke pasar buah untuk membeli buah delima dan buah tin yang saiznya agsak besar.Selesai membeli kami ke perhentian bot di hadapan Tasik Dal untuk bermalam di "BoatHouse".Dingin sungguh suhu malam ini di tambah dengan suhu tasik sejuk memang la agak mengigil sedikit.
 Akhirnya hampir 30minit menharungi tasik dengan bot kami pun tiba di penginapan kami.Inilah ruang dalam boathouse kami.Cantik kan....di khabarkan hanya kami berlima sahaja yang bermalam di sini.Jadi satu boathouse ini milik kami yeahhhhhh.....Boathouse ini terbahagi kepada 4 bahagian.Ruang tamu , ruang makan , ruang balkoni dan ruang bilik yang mempunyai 6bilik kesemuanya dan 3bilik darinya menjadi milik kami.
 Inilah dia bilik RA untuk malam ini...Cantik kan.....Di atas tilam ini ada tikar pemanas bagi menghilangkan rasa sejuk.Penghawa panas juga di sediakan di dalam bilik ini jadi tidaklah sejuk sangat.
 Di ruang tamu agak sejuk sedikit sebab mereka hanya menyediakan penghawa mudah alih sahaja.Jadi tiap kali kami keluar ke ruang tamu kami kena pakailah baju tebal.
 Makan malam akan di sediakan oleh pelayan boathouse di ruang makan pada pukul 8malam.Jadi sementara menunggu makanan siap boat house kami ini di singgahi oleh beberapa jurujual yang ingin menjual barangan jualan mereka.Setiap jurujual menjual 1jenis barangan.Ada yang datang menjual kain.kotak perhiasan , kayu dan patung ukiran , cenderahati dan ada juga yang jual barang kemas.
 RA cuma beli kain dan baju sahaja.Samalah dengan yang lain-lain.Kain-kain di sini sangat cantik dan murah harganya.
Satu set kain untuk di buat baju berharga sekitar RM35-RM60 bergantung dengan jenis kain.Banyak pulak yang nak kena beli nie.Oklah cukuplah tu tak larat nak layan penjual-penjual nie 
Akhirnya RA suruh penjaga boat house ini menutup pintu dan segarakan makan malam.Menu makan malam tak sempat pulak amik gambar maklum lah masing-masing dah kelaparan.Tapi lauk kari mesti ada disetiap menu kami.Kari lagi la nampaknya.Lepas makan perut pun dah kenyang mula lah nak cari bantal dan selimut untuk tidur.Kita sambung perjalanan esok di halaman yang lain yea...SELAMAT MALAM.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....