Monday, April 18, 2016
Sunday, April 17, 2016
JJNM : SHELL OUT KAFE LARA AMANDA
J.J.N.M : SHELL OUT KAFE LARA AMANDA
- FLAT TAMAN MUAFAKAT -
Malam ini atas permintaan kawan baik RA dan isterinya yang sarat mengandung anak kembar yang mengidam nak makan Karangan Makanan Laut ala buffet , maka RA , Mamak dan Diel pun mengagahi diri mencari lokasi kedai makan di sekitar Johor Bahru.Mulanya kami ke Kilang Bateri sebab katanya kedai makan ala buffet seperti ini dah di buka di sana.Tapi hampir setengah jam mencari rupanya kedainya masih belum beroperasi.Mula kami menjajau menalifun beberapa kenalan kot ada yang tahu kedai mana yang ada menjual makanan ala "Shell out" ini sebab kebanyakkan yang menjual menu begini cuma ada di luar kawasan JB samaada di Pasir Gudang, Batu Pahat ataupun Pontian.Akhirnya kami di beritahu ada satu kafe di JB yang buat menu ini.Terletak di Flat Taman Muafakat belakang Kondominium Lagenda Tasek tak jauh dari Jabatan Perkhidmatan Awam.
Menu pertama yang tiba ialah Kupang.Di ikuti oleh Lala , Udang masak Lemon (terbaik yang ini) dan ketam masak cili.Sotong goreng tepung di letakkan ke dalam mangkok berasingan dengan ayam goreng nestam.
Hari ini makan malam RA paling lewatlah gamaknya.Kesemua makanan tiba di atas meja jam 945malam.
Abaikan "Happy Birthday" yang tergantung di atas dinding tu.Sebab bukan sambut sapa-sapa punya hari lahir pun.Sekadar nak merasa masakan Shell-Out Bufet yang di perkatakan baru-baru ini.Sambil makan sambil menonton Gegar Selebriti kat TV Astro dalam kafe ini.Anak-anak lepas makan mula lah terlari sana,terlari sini.
Kenyang Alhamdulillah.Harga makan di sini di kira kepala...Dewasa RM20 satu kepala.Kanak-kanak RM10 satu kepala.
Sebaiknya sebelum makan tanya dahulu dengan tuan kedai berapa mereka kenakan bayaran untuk makan Shell-Out ala bufet ini.Bukan apa untuk pastikan anda tidak di kenakan bayaran melebihi apa yang di tawarkan.
Apa pun masakkan di sini RA boleh kasi 3 setengah *.RA suka sangat dengan udang masak Lemon dia.Sedap walaupun udang yang di gunakan tidak berapa segar.Ayam Masak Nestem nya pun sedap juga,Jadi kalau nak cuba datanglah ke sini.
Friday, April 1, 2016
JOM SWITZERLAND 5HARI 4MALAM
PAKEJ PERSENDIRIAN 5HARI 4MALAM
SWISS GRAND TOUR : EX-ZURICH !!!!
MIN 2 PESERTA : RM 4990.00 SEORANG
MIN 3 PESERTA : RM 4000.00 SEORANG
MIN 4 PESERTA : RM 4200.00 SEORANG
MIN 6 PESERTA : RM 4000.00 SEORANG
* Lebih privasi
* Lebih banyak tempat di lawati
* Anda rancang masa lawatan anda
* Personal Guide
* Bertolak setiap hari
* 90% mengunakan keretapi berkelajuan tinggi
* Harga sah sehingga 30Nov2016
PAKEJ INI TERMASUK :
1.Penginapan 4Malam hotel bertaraf 3bintang
2.Sarapan Pagi setiap hari
3.Makan malam x 1 (welcome dinner)
4.Swiss pass 2nd Class Tiket keretapi berkelajuan tinggi
5.Lawatan seperti di aturcara
6.Guide persendirian
ATURCARA LAWATAN :
HARI 1
Tiba di Zurich , anda akan di jemput oleh Guide persendirian anda kemudian di bawa ke Luzern.Perjalanan ke Luzern mengambil masa 50minit mengunakan keretapi berkelajuan tinggi.Tiba di Station Luzern , terus ke hotel untuk daftar masuk.Berehat di hotel makan malam anda akan di hidangkan samaada di rumah guide atau di hantar ke bilik hotel.Aktiviti lawatan sekitar tasik Luzern.
Bermalam @ Luzern
HARI 2
Selepas bersarapan , pagi ini lawatan di sekitar Luzern.Lion Momument , Muzium Bourbaki Panorama , Glasier Garden , Caple Bridge , Luzern Old Town.Tengahari bertolak ke Mt Rigi (option1) atau ke Mt Titlis (option2).
Mt Rigi : ketinggian 1798 meter dari atas permukaan laut
Kereta cable kos dari station utama ke Puncak Mt Rigi termasuk dalam pakej.
Mt Titls : ketinggian 3028 meter dari atas permukaan laut
Kereta cable kos dari station utama ke Puncak Mt Titlis tidak termasuk dalam pakej.(tambahan Chf44.50).
Menikmati panorama salji di atas puncak.
Petang pulang ke Luzern dan bermalam.
HARI 3
Selepas bersarapan , ke station keretapi laju untuk ke Lugano.Bandar yang bersempadan dengan Italy.
Perjalanan mengambil masa 3jam melalui gunung-ganang dan terowong terpanjang di Swiss.Bandar Lugano adalah persis Monte Carlo Italy.Kebanyakkan penduduk mempunyai 2kerakyatan.Lawatan di sekitar tasik dengan menaiki bot/Feri.Kemudian membeli belah di Fox Town Factory Outlet.Outlet yang menjual pelbagai barangan berjenama pada harga yang cukup murah.Petang pulang ke Luzern.Tiba luzern malam dan bermalam di hotel.
HARI 4
Selepas bersarapan , dafter keluar hotel dan bersiap-siap ke Montreux mengunakan Panoramic Train.Dalam perjalanan melawat sebentar di Bern , Ibu negara Switzerland.Melawat Bern Clock Tower , Rumah Elbert Enstain , Bern Old City dan Bern Historical Museum.Menyambung perjalanan ke Montreux.Tiba Montreux daftar hotel dan aktiviti petang menaiki bot di tasek.Malam bermalam di hotel.
HARI 5
Selepas bersarapan , daftar keluar hotel dan bertolak ke Zurich untuk penerbangan pulang.Jika penerbangan anda malam , anda akan di bawa ke Rhine Fall iaitu air terjun yang paling popular di Eropah yang terletak di Zurich sebelum di hantar pulang ke lapangan terbang.
- ACARA TAMAT -
UNTUK TEMPAHAN :
1.Sekurang-kurangnya 2minggu sebelum bertolak
2.Nama penuh / No passport / Tarikh Lahir / Tarikh Luput passport.
UNTUK KETERANGAN LANJUT ATAU TEMPAHAN TELEFUN : 6012-7709809
EMAIL : riodenaz@yahoo.com
Naz/Adam
Saturday, March 19, 2016
JJNM : Restoran Belanga Satu Bistro
J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN BELANGA SATU BISTRO
- TAMAN ADDA HEIGHT -
Menarik sungguh iklan di atas ini kan.Bufet makan tengahari serendah RM10 di Johor Bahru memang tak boleh di lepaskan.Lokasinya di No 46 Jalan Adda Height 3/3, Taman Adda Height.

Sebenarnya RA pernah ke restoran ini sekali tahun lepas tapi tak berkesempatan membuat liputan di sini sebab masa tu RA datang malam dan duduk pun di luar kaki lima kedai.Jadi hari ini atas pelawaan Mutawif RA,Haji Firdaus yang sama-sama ke Tanah Suci tempuh hari mengajak barulah RA berkesempatan ke sini.Menurut kata Haji Firdaus lagi pemilik restoran ini juga adalah salah seorang jemaah yang sama-sama mengikuti rombongan umrah RA bulan lepas.Ok gambar yang beramai-ramai bersama Haji Firdaus inilah tuan kedai (tudung biru muda) dan keluarga.
Antara menu yang sempat RA sambar.Suka sangat dengan siput sedut masak lemak kat sini.Kuahnya pekat dan rasanya sedap.RA jugak amik paru goreng sambal , gulai Nangka,Kuah asam pedas ikan sembilang,telur asin , kacang panjang goreng dan ulam-ulam.
Menu tengahari pada hari ini kira pelbagai juga.Pada harga yang di tawarkan RA rasakan ia sangat-sangat berbaloi dan patut di viralkan kepada semua orang-orang Johor.Antara yang dapat RA ingat dan nampak ialah :
ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
AYAM MASAK MERAH
GULAI IKAN PATIN
IKAN TENGIRI (kalau tak silap) MASAK LEMAK CILI API
TELUR MASIN
LEMAK PUCUK UBI
TAUGEH & SAYUR KACANG GORENG
ANEKA IKAN GORENG
TELUR & PARU MASAK SAMBAL
GULAI NANGKA
TAHU SUMBAT & ROJAK PETIS
BUBUR CACAR
ULAM-ULAM
AIR MATA KUCING DAN LIMAU AIS
Tempat pun selesa ada ruang berhawa dingin dan ruang di luar yang terbuka.Restoran ini berkonsepkan bistro dan kafe.
Yang Asam Pedas tu RA tahu dia masak dengan Ikan sembilang.Tapi yang masak lemak cili api nie RA tak pasti ikan apa.Nampak macam Ikan Tengiri.RA biasalah tahu makan je.Nama-nama ikan kurang sikit paham.
Tuuuu dia duta bagi restoran ini Haji Firdaus,bergambar tersengeh-sengih selepas kekenyangan.Suasana dalam kedai makan ini juga sangat santai dan kemas.Jika ada anak-anak yang mahukan aiskrem boleh lah membeli di kaunter (aiskrem kena bayar yea,bukan termasuk dalam harga bufet).Jika anda datang berkeluarga dan ramai , di sarankan anda membuat tempahan awal terlebih dahulu jadi dapatlah pemilik restoran mengatur susun meja makan anda nanti.Selamat mencuba pembaca Blog...!!!
Sunday, March 13, 2016
Sejukkan Badan di Air Terjun
Memang panas sungguh cuaca tahun ini.Tengahari tadi kami semua ke majlis kawin adik rakan di Taman Perling.Pulang sahaja dari majlis kami semua bergerak ke Air Terjun Kota Tinggi.Nak mandi hilangkan kepanasan hari ini.Jam 2petang kami bergerak ke sana dan tiba jam 340petang.
Saat sampai hujan renyai-renyai di sini , bila hujan reda dengan tak sempat menunggu terus terjun masuk dalam air berendam macam badak air hehehe.
Biasalah bila hujan air di kawasan ini agak keruh sedikit.Tapi apa kisah sangat,badan dah panas yang penting nak berendam lama-lama sampai kecut.Ternyata hujan kali kedua pun kami masih tak bergerak pulang sampailah jam 5petang barulah kami semua menukar baju dan berkemas pulang.Tu pun kami tengok masih ada beberapa pengunjung yang baru tiba.Mungkin tak tahan panas nak mandi di sini jugak kot.Apapun Air Terjun Kota Tinggi ini memang terbaik....sejuknya memang menjanjikan.Tak rugi ke sini jauh-jauh.
Sunday, March 6, 2016
JJNM : Nasi Lemak Wak Kentut Kulai Besar
J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
NASI LEMAK WAK KENTUT KULAI BESAR
Akhirnya sampai juga RA di sini.Rancangannya dah lama,tapi asik tertanggguh je dek lokasinya yang tak mengizinkan.Tapi petang tadi RA sempat singah makan di warung Nasi Lemak Wak Kentut yang popular tu.Lokasinya di jalan Susur Kulai 2,Kulai Besar.dari jalan utama nampak dah warung nie,
Papan tanda kedai ini tersorok kedalam sikit.Mungkin dah ramai yang tahu kot.tak perlu promosi lagi.
Apa yang menarik dan sedapnya kat sini ialah Ayam Goreng dia lah.Seketul berharga RM3.00 ikut saiz.Memang rangup memang garing,makan macam tu pun sedap.
Nak tahu kenapa mereka meletakkan sambal di piring yang berasingan? Satu je sebabnya supaya ayam goreng boleh di cecah dengan sambal sambil di makan bersama nasi lemak.
Sambal tumisnya pekat,likat,manis-manis masam dan pedas.Semua rasa cukup.Kalau orang Johor cakap "Nak ratah sambal pun boleh".
Pastikan datang awal.Jika datang malam , selalunya kedai nie penuh sikit.RA tiba kedai ni jam 5petang tadi.Memang tak ramai orang.Boleh bawak bungkus ayam goreng tu kalau tak cukup,memang berbaloi dan sedap.Jadi jalan lepaskan peluang ke sana...Jumlah bayaran makan dua orang RM16.00.
NASI LEMAK + AYAM GORENG + MILO AIR + TELUR GORENG
Friday, March 4, 2016
Kenduri C.O.B Nasi Ambang Dulang
Perrghhh lama seh tak makan macam nie.Makan ramai-ramai dalam dulang.Dulu masa kat sekolah atau kat Masjid-masjid atau surau-surau banyak buat macam ni lepas baca yasin tau Maulid Nabi.Malam ini ahli jemaah bekas pelajar Sekolah Kampung Pasir kelas Biru berkesempatan berkumpul dan mengaturkan majis tahlil dan kenduri.
Tempat pilihan kami ialah di kedai makan Iwan "D Abg Simpang".Siangnya beberapa rakan wanita dan anak-anak buah Sam datang membersihkan kedai dan membuat persediaan untuk majlis malam nanti.Tengok lantai tu habis licin berkilat anak-anak buah Sam membasuhnya.Tersenyum kambing Dady Adam a.k.a Iwan tuan tanah kedaung (jangan marah haa - tuan kedai hehe)
Jam 8malam semua sudah berkumpul di sini untuk solat Isyak berjemaah sebelum menjalankan majlis Tahlil dan bacaan yasin.Alhamdulillah pengurusan makanan berjalan dengan lancar.Sebaik solat Isyak selesai majlis bacaan yasin dan tahlil di jalan pula.
Inilah sebahagian besar keluarga C.O.B yang datang.Ada sebahagian lagi yang tidak dapat hadir di sebabkan masalah yang tak dapat di elakkan.Tapi majlis tetap berjalan seperti yang di rancangkan.
Menu utama malam ini pastinya menu yang di tunggu-tunggu iaitu Nasi Ambang.Makan dengan penuh ukhuwah di dalam dulang yea.Selain itu menu sampingan yang di bawa oleh beberapa teman turut di hidangkan.
Antara menu lain termasuklah :
Burasak + Asam pedas Ikan Parang
Beberapa Kueh : Karipap/Talam/Bakar/Kek Pisang
Buah anggur / tembikai
Ayam Bakar Pandan
Perghh banyaklah sampai tak muat nak masuk dalam perut kami semua.
Sesi bergambar sebelum makan ada macam-macam ragam dan 1001 keceriaan.Sesekali berjumpa dalam majlis-majlis sebergini pastinya banyak yang nak di ceritakan.
Senyum simpul siput tuan kedai kita nie yea....inilah dia papa Adam...Amboi Adam comelnya pakai baju dengan samping.
Antara tulang belakang yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.Ketua dia tu dengan duduk kat kerusi termenung mengenang nasib kaki dia yang luka akibat kemalangan dua hari lepas.
Yang berbaju putih ramai-ramai tu pulak antara barisan jemaah masjid Wadihana dan WadiHassan juga Jemaah yang di ketuai oleh Aidil.Mereka ini memang tak pernah menghampakan permintaan tuan rumah jika di ajak ke majilis-majlis sebegini.
Berbaju kuning ini adalah pekerja baru yang baru mendapat tugasan pada malam ini.Gambar Abam mimie berbaju putih terselit di celah-celah bedah kipas juga dapat di rakam walaupun dia adik sibuk mengelak.Haji Lenny berkopiah merah dan Ustaz Ijal berbaju biru sibuk membincangkan hal hal lain.hehe.Juga barisan jemaah perempuan yang bersedia dengan yasin di tangan masing-masing.
Deretan masakkan malam ini.Pilihan memang terbuka luas.Makan sehingga puas.Juga abam payung satu gambar berjubah biru.
Bergambar dengan beberapa selebriti terkenal C.O.B dan juga artis baru yang kian meningkat naik.Anak cik Puan Ayu yang menyumbangkan suaranya tadi untuk azam Isyak.
Macam janji pulak abam Edd dengan Hakak Jan mengemas kedai setelah majlis selesai kan.Apapun terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan majlis Tahlil kita pada malam ini.Alhamdulillah majlis kita ini berjalan dengan lancar sebab bukan senang nak kumpulkan kawan-kawan terutama pada majlis seperti ini.Syabas semua dan kita berjaya lagi kali ini.....!!!! Jumpa di pertemuan yang akan datang.!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
Tahun 80an adalah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan.Aku membesar dari keluarga yang sederhana.Bapak aku ketika itu kerja sebagai bur...
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...





















































