Monday, November 5, 2012

Cadangan Perjalanan ke Johor Bahru

Sebenarnya ramai bloggers yang email RA,tanya kat mana nak pergi kalau datang ke JB.RA ini bukanlah perancang perjalanan yang terbaik,tapi RA boleh tolong sebaik mungkin untuk membawa anda pembaca blog yang pertama kali ke Johor Bahru khas untuk pengunjung dari Sabah,Sarawak,Penang,Brunei,Surabaya & Batam (Singapura & lain-lain tempat pun boleh).RA bagi harga kawan-kawanlah

 3Hari/2Malam Percutian Johor Bahru Hujung Minggu 

(Jumaat-Ahad/Sabtu-Isnin)

Hari Pertama :

Tiba di Lapangan Terbang Senai@Terminal Ferri Stulang Laut (petang sebelum jam 2petang) RA akan datang menjemput kemudian terus ke Bandaraya Johor Bahru.Dalam perjalanan nak ke Johor Bahru bolehlah singgah sebentar untuk makan tengahari/minum petang di Selera Johor Plaza Larkin.Kat sini ada pelbagai makanan sajian orang Johor yang terkenal.Antaranya Rojak Asma Larkin,Nasi Ayam Hainan,Kacang Pool,Laksa Johor,Asam Pedas Johor,ABC special,XYZ special,Kueh Tiew Goreng,Mee Rebus Stulang,Murtabak Johor dan pelbagai lagi.Bila perut dah kenyang,lawatan pertama kita adalah ke Muzium Diraja Johor,di ikuti lawatan ke Masjid Sultan Abu Bakar pula.Yang nak solat tu boleh lah solat dan yang tak boleh solat tu bolehlah bergambar di sini sebab bangunan Masjid ini memang unik kerana bercirikan timur tengah dan Barat.Dah selesai di sini bolehlah kita ke Bandaraya Johor Bahru untuk melihat Bangunan Sultan Ibrahim pula di Bukit Timbalan.Bangunan ini pun menjadi salah satu mercu tanda Johor Bahru.Tak sah kalau ke JB tak amik gambar di sini tau.Lepas je kat sini RA bawak ke hotel untuk daftar masuk di hotel pilihan masing-masing.Bersihkan diri sambil berehat.Malam RA akan bawa keluar untuk makan malam.Anda boleh pilih nak makan makanan laut atau makanan tempatan.Kalau makanan laut RA akan bawa ke Restoran Damai Seafood Village dan kalau makanan tempatan RA akan bawa ke Restoran Remaja Klasik.kalau nak makan ala gerai RA akan bawa ke Stulang Laut.Lepas je makan kita singgah ke Bazar Johor untuk jalan-jalan dan membeli belah ala pasar malam yang di buka dari jam 7malam hingga 1pagi setiap hari.Kat sini juga boleh beli barangan cenderahati untuk di bawah balik nanti.Lepas penat di sini bolehlah pulang ke Hotel untuk tidur.

Hari Ke Dua :

Sarapan di hotel dan bagi hotel yang tidak menyediakan sarapan pagi,jangan risau,RA akan bawa ke Hutan Bandar Johor untuk menikmati juadah sarapan pagi di sini.Mesti cuba Lontong Kering dan Lontong Kuah,Roti Sardin,Mee Rebus Tulang,Nasi Lemak & Cendol Durian (tengok musim kot).Ok perut dah kenyang mari kita ke Legoland pula.Merasai dan menjadi muda semula di sini.hehe.Taman Tema Legoland yang pertama di Asia dan kita akan seharian di sini.Jam 5petang keluar dari Legoland RA akan bawa anda ke J.P.O = Johor Premium Outlet pula untuk membeli belah dengan penuh bergaya di sini.Kat sini pelbagai barangan ternama seperti Burberry,Channel,Nike,Padini,Puma,Gucci,Coach,DKNY,Esprit,Timberland dan banyak lagi di jual pada harga diskaun 25% sehingga 65% dari harga pasaran di luar.Memang berbaloi.Nak makan malam kat sini pun ada banyak medan selera dan restoran bertaraf antarabangsa.Dah puas berbelanja di sini bolehlah pulang ke Hotel.

 

Hari Ke Tiga :

Pagi ini selepas daftar keluar dari hotel,bolehlah bersarapan di Warong Saga,warong yang di iktiraf sebagai pilihan pelancong kerana menyimpan banyak gambar-gambar lama yang di tayangkan di dinding-dinging warongnya.Anda boleh melihat sendiri gambar-gambar lama bandar Johor bahru sekitar 1950 hingga lah sekarang dan gambar-gambar artis & pemimpin-pemimpin lama.Lepas je sarapan bolehlah bergegas ke Kota Iskandar & Puteri Harbour.(pilihan sendiri samaada nak masuk ke Hello Kitty Town atau pulang).Kemudian RA akan hantar pulang ke Lapangan Terbang untuk mengambil kapal terbang pulang.

Warong Saga - Johor Bahru

 

Untuk yang ada masa lebih untuk menginap di Johor bahru bolehlah ikut jadual perjalanan khas yang saya susun kat bawah ini.Nama jadual perjalanannya pun lain sikit iaitu :

 

4Hari/3Malam Percutian Johor Bahru Si Tanjung Puteri.

(Khamis - Ahad/Jumaat - Isnin/Sabtu-Selasa)

HARI PERTAMA :

Tiba di Lapangan Terbang Senai@terminal ferry Stulang Laut,terus ke Johor Premium Outlet yang terletak kurang 10km sahaja dari lapangan terbang.membeli belah dengan penuh bergaya di sini.Kat sini pelbagai barangan ternama seperti Burberry,Channel,Nike,Padini,Puma, Gucci,Coach,DKNY,Esprit,Timberland dan banyak lagi di jual pada harga diskaun 25% sehingga 65% dari harga pasaran di luar.Sekali bermakan tengahari/minum petang di sini.Dah puas menbeli belah kita ke Bandaraya Johor Bahru pula untuk daftar masuk ke hotel untuk berehat dan bersiap-siap untuk makan malam pula.Boleh cuba makanan laut di Restoran Damai Seafood Village atau di Restoran Sekincan Ikan Bakar ataupun ke Stulang Laut.Selepas puas menjamu selera RA akan bawa anda ke Bazar Johor yang menjual pelbagai barangan murah ala pasar malam.Bazar ini beroperasi dari jam 7malam hingga 2pagi.


HARI KE DUA : 

Sarapan di hotel dan bagi hotel yang tidak menyediakan sarapan pagi,jangan risau,RA akan bawa anda ke Hutan Bandar Johor untuk menikmati juadah sarapan pagi di sini.Mesti cuba Lontong Kering dan Lontong Kuah,Roti Sardin,Mee Rebus Tulang,Nasi Lemak & Cendol Durian (tengok musim kot).Ok perut dah kenyang mari kita ke Legoland pula.Merasai dan menjadi muda semula di sini.hehe.Taman Tema Legoland yang pertama di Asia dan kita akan seharian di sini.Bila keluar dari Legoland mesti dah lewat petang.saya pasti keluar sahaja dari sini semua orang akan rasa letih seharian.Jadi terus sahaja makan malam di Banafie Village atau LC Catering untuk menikmati juadah makanan popular di sini iaitu Nasi Ayam Penyet.Ada juga pelbagai makanan ala Thai,tempatan dan barat di jual di sini.Boleh cubalah ikut suka hati.Dah kenyang bolehlah balik ke hotel untuk istirehat

HARI KE TIGA

Kenapa tidak mencuba sesuatu yang baru dari lawatan yang biasa? Apa kata pagi ini kita bangun awal kemudian ke Taman Merdeka yang terletak bersebelahan dengan bangunan RTM untuk beriadah dan bersantai di sini.Selalunya kalau hari Minggu ada senaman J-Robik beramai-ramai di buat di sini,anda boleh tengok atau anda boleh ikut sekaki.Dah puas di sini RA akan bawa anda ke Muzium Diraja Johor & Masjid Abu Bakar.Kemudian RA akan bawa anda ke Nusajaya untuk melihat Kota Iskandar,iaitu pusat pentadbiran negeri Johor.Dari sini kita akan ke Hello Kitty Town-Taman tema tertutup yang terletak bersebelahan dengan Kota Iskandar (kalau nak masuk bolehlah bayar tiket di kaunter RM50seorang).Jam 2petang kita bolehlah bersiap-siap untuk ke Tanjung Piai Johor (Penghujung Benua Asia) atau ke Pekan Air Hitam (pekan barangan seramik).Jam 630petang kita pulanglah semula ke Johor Bahru dan di bawa makan malam di L.C Catering

HARI KE EMPAT :

Selepas bersarapan bolehlah bersiap-siap untuk daftar keluar dari hotel kemudian RA hantar ke Lapangan Terbang Senai@Terminal Ferry Stulang Laut untuk pulang.

CADANGAN HOTEL :

1.Kozi Hotel (Ekonomi + Bersih = Konsep boutique di Danga Bay)

2.Hotel JA Resident (3* di Tengah Bandaraya Johor Bahru)

3.New York Hotel (4* di pinggir Bandaraya Johor Bahru)

 

Bolehlah emailkan pada RA jadual perjalanan kapal terbang@Ferri anda

Nanti RA akan bagikan sebut harga perjalanan di atas

RIODENAZ@YAHOO.COM

Tel Bimbit/WhatApps : 012-7709809    

 

Saturday, November 3, 2012

Mengisi Perut Di Selera Johor

Semua tahu pagi tadi balik rumah lepas tonton wayang jam 4pagi,jadi sedar-sedar je dah pukul 12tengahari.(abis terlepas subuh aku).Bangun je tengok telefun bimbit ada 3 panggilan tidak berjawap.Terlupa pulak petang ini ada majlis makan suka-suka sempana membawa Kak Ros & keluarganya yang belum pernah makan rojak asma di Selera Johor Plaza Larkin lagi.

 Petang itu hujan turun lagi,kali ini kejap-kejap lebat,kejap-kejap renyai.Walaupun ketepatan masa seperti yang di janjikan agak mengecewakan,tetapi sangat mengagumkan RA sebab kehadiran 99% ahli majlis tertinggi mengeteh ada pada petang itu.Cuma 1% sahaja yang tidak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.(faktor Civil katernya).Ramai yang hadir selepas masing-masing bersuka ria di Legoland.Ada yang menghadiri majlis tari menari tadika anak dan ada yang datang terus dari rumah.(nak masuk Singapura pulak lepas tu katernya)

 

Lapar sungguh petang itu sampai RA balun Rojak Asma sepinggan + Nasi Goreng Ikan Masin lagi.Memang kelaparan tahap DewaRaya siri ke 112 yea.Ibu-ibu dan anak-anak pulak riuh bertukar-tukar pandangan semasa ke Legoland,keras dan kejung badannya sebab lama tak naik "Roller Coaster".Sementara yang di WhatApps hanya dapat lihat gambar yang di hantar sahaja.

Ini pulak ABC yang di makan oleh Nik & Fuad sekeluarga.Walaupun nampak sedap,RA dah tak larat nak menambah dah.Cukuplah tu.Hujan masih lagi turun saat kami semua bersurai,kali ini cukup lebat.Terus RA bergegas ke Clark Hatch untuk masuk kelas Hip Hop Alex.(lama dah tak masuk kelas dia).Rupanya RA sorang je yang datang pada petang yang hujan hari itu.

JJTW : Skyfall 007

JJTW : JALAN -JALAN TENGOK WAYANG

JAMES BOND 007 : SKYFALL

 Lepas sahaja RA makan bubur nasi bersama teman-teman sekolah lama RA telah bergegas pula ke TGV Bukit Indah untuk menonton filem James Bond 007 : SKYFALL.Tiket wayangkan dah beli sehari sebelum tayangan jadi tiada masalah jika tiba lewat sedikit dari yang biasa.

 Jam 11malam pintu wayang bilik 1 telah di buka,jadi terkedek-kedeklah kami bergegas masuk.sambil itu sesi bergambar & beramah mesra dengan pelakon-pelakon tambahan tidak di lepaskan.Inilah dia antara pelakon-pelakon tambahan pada malam gala tersebut.(katernya gala).Gedik yea yang 2orang dari belakang tu.

 Kalau nak tengok cerita ini pastikan anda telah membuang air besar atau kecil sebelum masuk menonton.Ini kerana jika anda asik nak keluar masuk tandas sahaja,ianya pasti akan menyebabkan orang lain terganggu.Contoh terdekat adalah kawan RA yang sorang ini,tengah orang syok-syok nak tonton dia nak ajak teman dia pergi ke tandas (takut nak pergi sorang-sorang katernya).Jadi di sebabkan tiada orang lain yang nak temankan dia maka terpaksa lah dia menahan.(jangan jadi batu karang sudah lah)

 Cerita tentang bekas perisik MIG yang berpaling tadah dan ingin membunuh setiap perisik termasuk ketua pengarah MIG & James Bond bertungkus lumus untuk melindungi ketua pengarahnya itu dari di bunuh.Tengok dah lewat malam,jadi cerita ini pun habis lewat jugalah.Jam 130pagi barulah habis menonton,jadi perut dah mula lapar & pergilah melepak mengeteh di Mcdonald yang terletak di hadapan TGV Bukit Indah.Masing-masing bila dah sampai mulalah bukak laptop,bukak telefun pintar dan mulalah menyebukkan diri dengan Facebook,Games & Whataaps.Tengoklah tu selamba je muka-muka diaorang ini (termasuk aku sekali).Ingat lagi pesan orang tua-tua "kalau nak keluar mengeteh tapi nak sibuk "mengonline" lebih baik tak payah jumpa dan duduk rumah sahaja".Pesanan itu menjadi pedoman buat semua yea.Dahlah melepak sampai kul 330pagi,boleh pulak nak mintak isi semula air kopi tu.Nasib baiklah pekerja McD tu cakap isi semula air kopi hanya boleh di buat selepas jam 4pagi,kalau tidak jam 5pagi pun belum tentu diaorang nak balik.Mata aku pulak dah lah mengantuk...huhuhu.

Jam 4pagi baru aku tiba di rumah dan tidur bangun sampai jam 12tengahari

Bila Whatapps mengidam Bubur

Haa inilah dia Bubur Nasi No 1 Taman Sentosa JB,memandangkan kawan-kawan saya tak datang lagi,maka saya makan dulu yea.Nanti dah abis makan kita cerita lagi sebab Arwah Mak RA bilang kalau kita makan tak leh cakap.jangan marah haaa....

Blurrpppp....Alhamdulillah kenyang suda...baru leh cerita.Malam semalam atas jemputan rakan-rakan sekolah lama di kumpulan "Whataaps" satu perjumpaan dan acara potong kek suka-suka telah di adakan di Taman Sentosa Johor Bahru.Lokasi makan dan gerai kitaorang kali ini ialah di Gerai Bubur Nasi No1.Memandangkan majlis ini lepas Margrib dan keadaan cuaca yang tidak menantu,maka ramailah yang tiba lewat.(rumah jauh katernya-walaupun ada tu tak sampai 5minit memandu-tapi dialah yang paling lewat sampai huhu)

 Bila semua dah sampai maka makanan pun di minta.siap mintak tambah meja lagi tu sebab tak cukup.Adalah dekat 20 lebih orang yang datang.Untuk mengelak dari hujan renyai-renyai RA yang paling awal sampai dulu kena la tempah tempat duduk di kaki lima kedai.

 Bila mangkok bubur nasi dah licin baru lah boleh amik gambar yea.Gambar ini hasil ehsan dari kamera kawan-kawan aku,tapi entah kenapa eik ada keputihan pulak kat tepi tu.

 Inilah dia 2 kek berkembar yang di potong pada malam itu.Satu kek berkonsi 3orang punya hari ulang tahun dan satu kek lagi sempena dah setahun ulang tahun kumpulan Whatapps bekas SMPT (yea ke setahun,arhh hentam sajalah)

 Muka mak-mak dara dan anak-anak dara (anak ke?) yang memotong kek pada malam tersebut.Berebut-rebut si Ziela tu yea.sibuek dia,cubit baru tau...hahaha.Lawa gigi awen bila makan kek tu kan..terselah.

 Amboi lepas bergambar dan potong kek semua dah nak bergegas balik.Yang tinggalkan anak kat rumah memang terpaksa lah balik awal,yang lain pulak nak sambung berkaraoke katernya.Maaflah geng aku pun kena balik awal sebab ada temujanji nak tengok wayang citer WaterFall ehh silap Skyfall lah kat TGV Bukit Indah jek.

 

 Selamat ulang tahun nak ucapkan (walaupun dah lambat) kepada 

SITI A.K.A SITI CITOT A.K.A ALONG

AWEEN 

NY

 Buat Jue yang menaja kek itu

  Ina yang menaja makan-makan semua kawan-kawan kita tu.

Mamak yang memesan meja tambahan

Ziela & Siti yang membawa kek

Akhir sekali amik gambar bentuk LOVE cantuman tangan.Ini idea sorang tu lah.


Thursday, November 1, 2012

Lagi Gerai Burger Bakar

Katanya esok nak tengok wayang cerita Skyfall - 007.Jadi malam ini RA kenalah beli tiket awal,sebab takut nanti dapat tempat duduk paling depan pulak.Jadi selepas kelas Dino "Pump & Shape",RA terus bergegas ke TGV Bukit Indah untuk membeli tiket.7tiket dewasa untuk tayangan jam 11malam esok.

Dalam perjalanan nak pulang tu perut terasa lapar pulak,jadi singgah lah ke Gerai Buger Bakar No1 di Nusa Duta.Kalau nak tahu kedai ini terletak berhadapan Gaints Nusa Duta & Bank HSBC Amanah.Harga untuk 200gram burger ini RM6.50 kalau nak tambah cheese kena tambah RM1 lagi. 

 Buat tempahan kat meja depan gerai ini,amik no tempahan dan buat bayaran.(dah macam berurusan nak buat passport pulak)...hehe.Bila dah siap nanti diaorang akan panggil no tempahan kita tu.Nasib baik masa RA datang tak ramai orang.Jadi takde lah tunggu lama.Dalam 10minit dah siap dan boleh bawak pulang.

 RA beli Burger Daging 200gram + Cheese  RM6.50 + 1.00 = RM 7.50.Sos burger bakar kat sini memang meletop sedap dah tu dagingnya pun tebal.

 Inilah hasilnya setelah di bawa pulang ke rumah untuk di makan.Sambil makan dengar lagu keroncong di Radio Best 104 memang mengasyikkan.Tangkap lentok beb!!!!


Tiket Legoland Dengan Pengangkutan ada?

Ramai orang dari luar sana tanya RA soalan ini.Awak ada jual tiket Legoland tapi camana kami nak ke sana? Untuk pengetahuan semua memang ada perkhidmatan bas dari JB Sentral dan Larkin Sentral ke Legoland.Murah je antara RM 2.80 - RM 4.00 sehala.Kalau tak silap Bas CausewayLink.Logonya macam kat bawah ini.

Baiklah kalau nak jugak RA aturkan perjalanan & pengangkutan ke Legoland RA boleh tolong,tapi RA tolong pada hari cuti sahaja tau.Maknanya masa cuti perayaan dan hujung minggu (Sabtu&Ahad). Harga yang akan RA kenakan termasuk Tiket Legoland (1day pass) + pengangkutan adalah :

 

RM 136.00 SEORANG 

(Minimum mesti 2 orang)

Tiket & Pengangkutan pergi balik ini hanya dari :

Hotel sekitar Johor Bahru @ Larkin Sentral @ JB Sentral @ Terminal Ferry Stulang Laut 

Kalau nak hari selain dari hari Sabtu/Ahad dan cuti umum, RA tak dapat lah nak tolong yea.Oh yea pastikan beritahu RA sekurang-kurangnya 2hari awal.Jangan masa tu nak pergi masa tu jugak nak beritahu RA tau.Deposit RM 60 RA akan minta tanda persetujuan ok.

  0127709809-RioAzzaro/Adam@Naz



Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....