Saturday, November 3, 2012

JJTW : Skyfall 007

JJTW : JALAN -JALAN TENGOK WAYANG

JAMES BOND 007 : SKYFALL

 Lepas sahaja RA makan bubur nasi bersama teman-teman sekolah lama RA telah bergegas pula ke TGV Bukit Indah untuk menonton filem James Bond 007 : SKYFALL.Tiket wayangkan dah beli sehari sebelum tayangan jadi tiada masalah jika tiba lewat sedikit dari yang biasa.

 Jam 11malam pintu wayang bilik 1 telah di buka,jadi terkedek-kedeklah kami bergegas masuk.sambil itu sesi bergambar & beramah mesra dengan pelakon-pelakon tambahan tidak di lepaskan.Inilah dia antara pelakon-pelakon tambahan pada malam gala tersebut.(katernya gala).Gedik yea yang 2orang dari belakang tu.

 Kalau nak tengok cerita ini pastikan anda telah membuang air besar atau kecil sebelum masuk menonton.Ini kerana jika anda asik nak keluar masuk tandas sahaja,ianya pasti akan menyebabkan orang lain terganggu.Contoh terdekat adalah kawan RA yang sorang ini,tengah orang syok-syok nak tonton dia nak ajak teman dia pergi ke tandas (takut nak pergi sorang-sorang katernya).Jadi di sebabkan tiada orang lain yang nak temankan dia maka terpaksa lah dia menahan.(jangan jadi batu karang sudah lah)

 Cerita tentang bekas perisik MIG yang berpaling tadah dan ingin membunuh setiap perisik termasuk ketua pengarah MIG & James Bond bertungkus lumus untuk melindungi ketua pengarahnya itu dari di bunuh.Tengok dah lewat malam,jadi cerita ini pun habis lewat jugalah.Jam 130pagi barulah habis menonton,jadi perut dah mula lapar & pergilah melepak mengeteh di Mcdonald yang terletak di hadapan TGV Bukit Indah.Masing-masing bila dah sampai mulalah bukak laptop,bukak telefun pintar dan mulalah menyebukkan diri dengan Facebook,Games & Whataaps.Tengoklah tu selamba je muka-muka diaorang ini (termasuk aku sekali).Ingat lagi pesan orang tua-tua "kalau nak keluar mengeteh tapi nak sibuk "mengonline" lebih baik tak payah jumpa dan duduk rumah sahaja".Pesanan itu menjadi pedoman buat semua yea.Dahlah melepak sampai kul 330pagi,boleh pulak nak mintak isi semula air kopi tu.Nasib baiklah pekerja McD tu cakap isi semula air kopi hanya boleh di buat selepas jam 4pagi,kalau tidak jam 5pagi pun belum tentu diaorang nak balik.Mata aku pulak dah lah mengantuk...huhuhu.

Jam 4pagi baru aku tiba di rumah dan tidur bangun sampai jam 12tengahari

Bila Whatapps mengidam Bubur

Haa inilah dia Bubur Nasi No 1 Taman Sentosa JB,memandangkan kawan-kawan saya tak datang lagi,maka saya makan dulu yea.Nanti dah abis makan kita cerita lagi sebab Arwah Mak RA bilang kalau kita makan tak leh cakap.jangan marah haaa....

Blurrpppp....Alhamdulillah kenyang suda...baru leh cerita.Malam semalam atas jemputan rakan-rakan sekolah lama di kumpulan "Whataaps" satu perjumpaan dan acara potong kek suka-suka telah di adakan di Taman Sentosa Johor Bahru.Lokasi makan dan gerai kitaorang kali ini ialah di Gerai Bubur Nasi No1.Memandangkan majlis ini lepas Margrib dan keadaan cuaca yang tidak menantu,maka ramailah yang tiba lewat.(rumah jauh katernya-walaupun ada tu tak sampai 5minit memandu-tapi dialah yang paling lewat sampai huhu)

 Bila semua dah sampai maka makanan pun di minta.siap mintak tambah meja lagi tu sebab tak cukup.Adalah dekat 20 lebih orang yang datang.Untuk mengelak dari hujan renyai-renyai RA yang paling awal sampai dulu kena la tempah tempat duduk di kaki lima kedai.

 Bila mangkok bubur nasi dah licin baru lah boleh amik gambar yea.Gambar ini hasil ehsan dari kamera kawan-kawan aku,tapi entah kenapa eik ada keputihan pulak kat tepi tu.

 Inilah dia 2 kek berkembar yang di potong pada malam itu.Satu kek berkonsi 3orang punya hari ulang tahun dan satu kek lagi sempena dah setahun ulang tahun kumpulan Whatapps bekas SMPT (yea ke setahun,arhh hentam sajalah)

 Muka mak-mak dara dan anak-anak dara (anak ke?) yang memotong kek pada malam tersebut.Berebut-rebut si Ziela tu yea.sibuek dia,cubit baru tau...hahaha.Lawa gigi awen bila makan kek tu kan..terselah.

 Amboi lepas bergambar dan potong kek semua dah nak bergegas balik.Yang tinggalkan anak kat rumah memang terpaksa lah balik awal,yang lain pulak nak sambung berkaraoke katernya.Maaflah geng aku pun kena balik awal sebab ada temujanji nak tengok wayang citer WaterFall ehh silap Skyfall lah kat TGV Bukit Indah jek.

 

 Selamat ulang tahun nak ucapkan (walaupun dah lambat) kepada 

SITI A.K.A SITI CITOT A.K.A ALONG

AWEEN 

NY

 Buat Jue yang menaja kek itu

  Ina yang menaja makan-makan semua kawan-kawan kita tu.

Mamak yang memesan meja tambahan

Ziela & Siti yang membawa kek

Akhir sekali amik gambar bentuk LOVE cantuman tangan.Ini idea sorang tu lah.


Thursday, November 1, 2012

Lagi Gerai Burger Bakar

Katanya esok nak tengok wayang cerita Skyfall - 007.Jadi malam ini RA kenalah beli tiket awal,sebab takut nanti dapat tempat duduk paling depan pulak.Jadi selepas kelas Dino "Pump & Shape",RA terus bergegas ke TGV Bukit Indah untuk membeli tiket.7tiket dewasa untuk tayangan jam 11malam esok.

Dalam perjalanan nak pulang tu perut terasa lapar pulak,jadi singgah lah ke Gerai Buger Bakar No1 di Nusa Duta.Kalau nak tahu kedai ini terletak berhadapan Gaints Nusa Duta & Bank HSBC Amanah.Harga untuk 200gram burger ini RM6.50 kalau nak tambah cheese kena tambah RM1 lagi. 

 Buat tempahan kat meja depan gerai ini,amik no tempahan dan buat bayaran.(dah macam berurusan nak buat passport pulak)...hehe.Bila dah siap nanti diaorang akan panggil no tempahan kita tu.Nasib baik masa RA datang tak ramai orang.Jadi takde lah tunggu lama.Dalam 10minit dah siap dan boleh bawak pulang.

 RA beli Burger Daging 200gram + Cheese  RM6.50 + 1.00 = RM 7.50.Sos burger bakar kat sini memang meletop sedap dah tu dagingnya pun tebal.

 Inilah hasilnya setelah di bawa pulang ke rumah untuk di makan.Sambil makan dengar lagu keroncong di Radio Best 104 memang mengasyikkan.Tangkap lentok beb!!!!


Tiket Legoland Dengan Pengangkutan ada?

Ramai orang dari luar sana tanya RA soalan ini.Awak ada jual tiket Legoland tapi camana kami nak ke sana? Untuk pengetahuan semua memang ada perkhidmatan bas dari JB Sentral dan Larkin Sentral ke Legoland.Murah je antara RM 2.80 - RM 4.00 sehala.Kalau tak silap Bas CausewayLink.Logonya macam kat bawah ini.

Baiklah kalau nak jugak RA aturkan perjalanan & pengangkutan ke Legoland RA boleh tolong,tapi RA tolong pada hari cuti sahaja tau.Maknanya masa cuti perayaan dan hujung minggu (Sabtu&Ahad). Harga yang akan RA kenakan termasuk Tiket Legoland (1day pass) + pengangkutan adalah :

 

RM 136.00 SEORANG 

(Minimum mesti 2 orang)

Tiket & Pengangkutan pergi balik ini hanya dari :

Hotel sekitar Johor Bahru @ Larkin Sentral @ JB Sentral @ Terminal Ferry Stulang Laut 

Kalau nak hari selain dari hari Sabtu/Ahad dan cuti umum, RA tak dapat lah nak tolong yea.Oh yea pastikan beritahu RA sekurang-kurangnya 2hari awal.Jangan masa tu nak pergi masa tu jugak nak beritahu RA tau.Deposit RM 60 RA akan minta tanda persetujuan ok.

  0127709809-RioAzzaro/Adam@Naz



Tuesday, October 30, 2012

Mengeteh semula di Habib

 Inilah maskot utama bila ke Kedai Mamak Habib di Tampoi Utama,"Kacang Kuda".Tapi ada sesetengah orang memanggilnya dengan gelaran baru iaitu "Kacang Dal".Mana dia dapat idea tu pun RA tak pasti.Yang pasti tu idea sepontan ini datang dari seorang tenaga pengajar dan di persetujui oleh pengapit kiri nya yang terkenal membuat kek.

Minggu lepas asik makan je,jadi minggu ini nak setarakan pulak la dengan bersenam,tapi bila panggillan sms & whatapps datang mengajak,kena pegi jugaklah.Jadi ke Habib lah malam tu.Tak tahu pulak perjumpaan kali ini di sertakan dengan sambutan ulang tahun anak dara Abang Mat & Kak Ros,si Aqilah.maklumlah anak bongsu dah bersuara nak potong kek.hehehe

Inilah kek dari Secret Recipie yang di belinya.Satu kilo ni,mesti tak abis kami makan.

 Inilah yang di namakan "orang lain punya ulang tahun,orang lain pulak yang potong kek".Tetap nak bergambar potong kek kan.Oooo lupa pengapit kirinya yang amik gambar ini.(aircon baik punya.huhu.)

 

 Memandangkan tak makan malam lagi,jadi RA makan Mee goreng+Mee Hoon dengan Telur mata.Air pulak Teh O ais.Makan malam pada malam itu telah di taja oleh bapa si Aqilah,Abang Mat Shah yang tersengih kat sebelah RA tu.Amboi gelak sakan nampak?.Apapun jemputan makan malam itu tetap ada orang yang mengeluarkan istilah "On The Way".

Sunday, October 28, 2012

Satu Hari di Hari Ahad

 

 Ok ruangan kali ini asik citer pasal makan je lah.Hari Ahad ingatkan nak berehat di rumah setelah penat dengan aktiviti berjalan je 2hari berturut-turut.Tapi tetiba bila bukak "Whatapps" kat telefon bimbit ada jemputan rumah terbuka pulak di Johor Bahru.Jadi lepas je mandi pukul 1130pagi tu RA bersiap-siaplah nak ke rumah teman RA yang terletak di Kondo Wadihana sempena rumah terbuka merangkap majlis kesyukuran dapat rumah baru.(katernya).

 

Makaromi Goreng

Ayam Goreng

Kueh-Mueh

Pasta 

Aiskrem

 Memandangkan masih ramai kawan-kawan yang balik ke kampung sempena cuti Raya Haji,jadi kurang sikit jemputan yang hadir,tapi tetap meriah walaupun pemain DVD rosak (tak dapat tengok filem ramai-ramai).

 Memandangkan jam 4petang nanti ada temu janji dengan kawan-kawan mengeteh RA kt Danga City Mall (DCM) maka terpaksa lah RA tunggu dari jam 1230 tengahhari sampai jam 330petang.Dah siap nak gerak dapat pulak permintaan suruh lewatkan perjumpaan ke pukul 5petang pulak.Terpaksa lah aku lepak lagi kat rumah kawan aku tu lagi sejam.Malas nak balik rumah sebab kondo kawan RA dah dekat dengan DCM, jadi penat nak ulang balik rumah.

 

Jam 5petang dah tercongok kat DCM,terus ke Restoran Jom Bali jumpa dengan Nik & Fuad sekeluarga.Rupanya ada pamiran kereta di sana.Ada jugak jualan murah di MetroJaya & UO.Walaupun dah turun ke UO tetapi tetap berminat nak ke MetroJaya.RA nak tandas pun ada orang telefun,sebab dia tak dapat membeli belah.Memandangkan Hari pun dah nak malam jadi kami pun santai makan je kat Restoran Jom Bali kat tingkat bawah DCM ini.

 Nasi Goreng Tomyam & Nasi Goreng Kampung

 Yang ini pulak Kueh Tiew Basah



Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....