Tuesday, February 7, 2012

Aktiviti Riadah Pembukaan Tahun 2012

Aktiviti riadah pada pembukaan tahun 2012 bersama teman-temanku adalah Bowling.Bertempat di Daiman Bowl - Taman Johor Jaya pada 6Hb Februari lepas kami melakukan aktiviti riadah bersama.

Kumpulan kami di bahagikan kepada 2.Row yang pertama Kak Ros & Familynya
Row yang ke dua pula aku,olie & Azie.Aku seperti lagak pro nya,telah mendapat tempat ke 2...hehehe.Satu yang aku suka pasal Daiman Bowl nie,Lane nya memang standard International.Tempat nya Luas dan selesa,lihat sahaja ruangan
menanti giliran membaling bowling sepeti di atas ini.

Keputusan sapa menang sapa kalah juga telah di ambil gambarnya bagi menjadikan bukti perlawanan...hehehe.Tengok je betapa gembiranya budak-budak dua orang main sembunyi-sembunyi kat bawah meja tu.Ada yang datang siap bawa bola bowling dari rumah,lengkap dengan kasut bowling lagi.Muka-muka suka duka yang menang dan kalah juga dapat di candid kan ke dalam kamera digital aku.Perlawanan yang mula nya hanya 2 games,di lanjutkan sehingga 4games.Aku dah tak larat,cuma mampu 3 games sahaja.Macamana pun penat,aku happy sebab dapat bersama beriadah bersama.

Monday, February 6, 2012

Jalan - Jalan Nak Makan : Restoran Saujana Seafood Gelang Patah

Kalau Singapura berbangga denga Geylang Serainya,Johor Bahru pun boleh berbangga dengan Gelang Patahnya.5Feb2012 aku dan teman-teman telah ke Resturant Saujana berhampiran Pelabuhan Tanjung Pelepas.Makanan seafood di sana memang menjadi buah mulut penduduk di sekitar Johor Bahru.Aku bertolak dari Tampoi Utama jam 8pm melalui lebuh raya 2nd Link dan keluar dari Exit Pelabuhan Tanjung Pelepas.Dari sana terus menuju ke Pendas dan kira-kira 2KM dari exit Highways PTP,terletak restaurantnya yang berada di sebelah kanan.Pemandangan di Restoran mengadap Selat Melaka,Pelabuhan Tanjung Pelepas & 2nd Link memang mempersonakan.


Makanan yang aku order :
2set ketam bangkang masak cili
2set ketam bangkang masak black paper
(1kilo RM80 = ada 2ekor)
4set sayur kailan ikan masin
4set tomyam campur
4set sotong goreng tepung
4set udang goreng bater
2set ikan siakap 3rasa
1set ikan siakap steamboat
Nasi putih
JUMLAH ORANG = 23 ORANG
(termasuk kanak-kanak)

TOTAL HARGA = RM 710.00




Selesai saja makan,sesi memotong kek harijadi Olie yang jatuh pada khamis lalu pun di jalankan.Kek yang di buat oleh Azie-isteri tercintanya.Kek coklat yang penuh dengan moise dan coklat apa eh,lupa nama coklat tu.Apa pun kamu kenyang sampai tak larat nak jalan.hehe

Dan seperti biasa,sesi bergambar beramai-ramai di adakan.Aktiviti wajib sebelum kami semua bersurai.Apapun kami gembira dengan makanan yang di di sediakan oleh Restaurant Saujana.Memang sedap dan menyelerakan.

Sunday, February 5, 2012

Jelajah HongKong 1 Feb - 4Feb 2012


 Hampir 12tahun aku tidak ke HongKong.Sejak peristiwa China Airlines Crash di HongKong International Airport akibat tiupan angin lintang (masa tu ribut taufan melanda bandar HongKong).Saat itu pesawat aku tengah menunggu pesawat China Airlines mendarat dan flight itu meletop depan mata aku sendiri.Perasaan phobia masih lagi tersemat tatakala pesawat aku mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa HongKong.Aku ke sana atas lawatan sambil berhibur selama 4Hari 3Malam.


1 FEB 2012  

Bertolak dari Lapangan Terbang Changi Terminal tambang murah,aku gerak dari rumah seawal jam 9pagi.Mujur Transtar Cross Border ada menyediakan khidmat airport transfer dari Kotaraya II Terminal & JB CheckPoint ke Lapangan Terbang Changi-Singapura.Aku lebih suka menaiki dari JB checkpoint.Perjalanan mengambil masa 45minit untuk sampai ke Terminal Tambang Murah.Sampai saja aku terus daftar masuk kemudian bersedia untuk ke HongKong.Kapal terbang berlepas jam 1345hrs.Alhamdullilah pesawat aku sampai seperti di jadualkan.Jam 6petang aku pun menjejaki kaki di Lapangan Terbang Hongkong.

Memandangkan airportnya terlalu besar dan ramai orang yang baru pulang bercuti tahun baru Cina,aku lewat keluar dari balai ketibaan iaitu sekitar jam 650malam.Cuaca di luar airport sangat sejuk iaitu sekitar 14 darjah celcius dan hari sudah pun malam. Airport diaorang memang besar yang amat ok....nak menghala dari satu tempat ke satu tempat kena naik skytrain bawah tanah.Bayangkan mereka mempunyai lebih kurang 150 gate untuk berlepas.Ianya terbahagi kepada 2 terminal,Iaitu International Terminal dan Terminal 2.Flight Tiger Airways yang aku naiki itu sampai di Terminal 2.Selesai sahaja semua urusan di Airport,Aku menaiki Airport Shuttle Bus ke Hotel.Harga yang aku dapat memang harga special sebab aku kerja dengan travel agent.Harganya RM40 One way transfer. Aku sampai di hotel jam 750pm. 

Hotel yang aku stay : HOTEL METROPARK KOWLOON

2 FEB 2012 
Hari ini aktiviti aku adalah sekitar bndaraya HongKong.Berjalan kaki seawal jam 9pagi dari hotel ke station bawah tanah YAU MA TEI.Dari situ aku menaiki Keretaapi bawah tanah (MTR) menuju ke Station Thim Sha Shui, daerah Kowloon.Keluar dari exit B,aku dapat lihat tersegam Masjid di tengah-tengah kesibukkan bandaraya Hong Kong.Kotaraya Hongkong terbahagi kepada 2 iaitu di belah Selatan nya HongKong Island dan sebahagiannya lagi Kowloon.Gambar kat bawah ini di ambil dari Exit B station Thim Sha Shui bandaraya Hongkong.

Dari Exit B,aku menjamu mata dengan bangunan-bangunan tinggi di sekitar sambil menuju ke Victoria Harbour sekitar 1km dari situ.Kata kawan aku pemandangan di sinilah yang membuatkan HongKong terlalu mahal untuk di lawati...haha...Satu pengalaman yang tak boleh di lupakan ketika melihat bangunan pencakar langit dari tepi laut.

Dah puas bergambar di sini,aku ke Star Ferry Terminal yang terletak selang 100meter sahaja dari tempat aku bergambar.Satu lagi pengalaman unik dan cara untuk ke HongKong Island ialah dengan menaiki Star Ferry.Dari sini ada dua hala ferry yang beroperasi.Satu ferry pergi ke Jetty Wan Chai,satu lagi ferry pergi ke Jetty Central.Aku memilih Ferry ke Jetty Central sebab lebih dekat untuk ke Victoria Peak.Harga tiket HKD6 = RM2.50.Sampai di Pulau HongKong,perut pun dah lapar, mana tak nya dengan cuaca suam-suam sejuk,perut memang cepat la naik lapar.Nak cari restaurant halal memang susah nak jumpa,jadi bila nampak restauran Subway,aku pun bedal je Subway Tuna sandwich.Bila dah kenyang aku meneruskan perjalan ke Victoria Peak Station bagi melihat pemandangan Pulau Hong Kong dari atas gunung.Aku berjalan kaki menuju ke bangunan Bank of China yang jaraknya 2km dari Jetty Central dengan melalui laluan pejalan.Dari Bangunan Bank Of China nak ke Victoria Peak tu tak lah susah sangat,sebab ada banyak papan tanda sebagai penunjuk.Lagipun dah tak jauh sangat,cuma sekitar 200meter lagi.Tiba di station Victoria Peak Tram,aku ke destinasi seterusnya Victoria Peak untuk melihat pemandangan Kotaraya HongKong dari atas gunung.Memang salah satu aktiviti wajib lawat.Harga pergi-balik tram ke Victoria Peak ialah HKD65 = RM22.


Kat atas Peak tu ada Madam Tussaud = Muzium lilin.Dapat jugak bergambar dengan Bruce Lee.Tapi kalau nak masuk ke muzium tu harga lain kira pulak.Ada jugak shopping mall dan juga taman-taman bunga sesuai bagi menikmati ke indahan Hong Kong dari atas gunung.Ramai jugak makcik-makcik dari Malaysia yang ke sini dapat aku lihat.

Sudah puas pusing-pusing dan bergambar di situ,aku pun turun ke bawah gunung dan mencari station MTR untuk ke Time Square pula.Jalan-jalan sambil window shopping.Time Square adalah salah satu shopping complex popular dan terbesar di HongKong.Di luar Time Square itu juga terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual barangan branded.Dah terlalu penat aku bertolak semula ke Kowloon dengan menaiki MTR dari station Time Square.Kali ini untuk bershopping di Ladies Market pulak.Barang-barang kat sini rata-rata tiada tanda harga.Harga yang mereka letak terlalu tinggi,so kena pandai-pandaila bertawar menawar.Pulang hotel dah jam 10 malam dengan sakit-sakit kaki sebab berjalan tak henti-henti dari pagi sampai ke malam.Saat-saat ini Mie Meggi ayam la menjadi makan malam aku.
Esoknya aku akan ke "DISNEYLAND HONGKONG"


03 Feb 2012

Memandangkan hotel ada menyediakan bas shuttle ke station Mongkok secara percuma,aku bergerak jam 1130pagi dari hotel (penat semalam tak hilang lagi sebab tu naik bas shuttle).Dari sana aku menaiki keretaapi bawah tanah MTR ke station Sunny Bay.Harga sehala HKD19=RM7.50 murahkan? ada 7 pit-stop yang perlu aku lalui.Sampai di station Sunny Bay aku bertukar keretapi pula ke Station Disneyland.Lokasinya sangat cantik,terasa macam sampai ke station keretapi Harry Potter lak.Jumlah masa perjalanan dari Station Mongkok ke Station Disney sekitar 20Minit.



SELAMAT DATANG KE DISNEYLAND !!!!

KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK.AKU MEMBESAR DENGAN KARTON-KARTON DISNEY.TIKET MASUK HKD 399 = RM 165


 Seharian aku kat dalam Disneyland Hongkong.Jam 730mlm aku bertolak pulang ke Victoria Harbour untuk melihat cahaya neon Bandaraya Hongkong pada waktu malam.Melihat sendiri dengan mata kepala,satu pengalaman yang sangat-sangat berharga & tak dapat di lupakan.

Kalau di Malaysia semua orang nak masuk bangunan sebab tak tahan cuaca panas kat luar,tapi di Hongkong semua orang masuk bangunan sebab tak tahan cuaca sejuk kat luar.Tapi bagi aku,aku suka cuaca sejuk begini,takde la berpeluh sangat hehe cuma yang tak tahannya aku cepat lapar pulak.Jadi bila perut dah lapar ,kena carila restaurant halal kat sekitar Thim Sha Shui.(tak jauh dari Victoria Harbour).Last-last jumpa la restaurant India yang menjual makanan India.Dia tulis kt depan kedai tu halal,tapi bila aku masuk dalam kedai dia aku nampak patung berhala gajah tersergam kat belakang meja kaunter pembayaran.Takpe la,sebab dah lapar aku order Nasi Beriani Ikan,dan mengejutkan harganya HKD88=RM35 sepinggan.Kuah Kari & Papedam (lain harga yea).Dah tu sebotol mineral water diaorang charge HKD25=RM10.Aku pejamkan mata je lah bila bayar makanan tu.Perut dah kenyang,so teruskan bershopping beli barang cenderahati pulak di Pasar Malam Temple Street.Harga kat sini boleh tahan murah jugak sebab banyak tanda harga di pamirkan.Dah puas bershopping, kaki aku pulak sakit.Akhirnya aku tahan bas awam untuk pulang ke Hotel.Nasib baik la ada bas yang berhenti betul-betul depan hotel.Harga tiket bus HKD4.40=RM1.80.


04 FEB 2012

Aku bertolak awal pagi jam 910pagi untuk ke Lapangan Antarabangsa HongKong Terminal 2 untuk pulang ke JB.Cuaca ketika itu 13 darjah celcius,sangat-sangat sejuk.Pengalaman ke Hongkong akan terus tersemat di hati. 

 

 

Video ini di ambil dari dalam bas ketika hendak pulang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa HongKong yang terletak di Pulau Lantau.Melalui jambatan ala/mirip Golden Gate di San Francisco.

SELAMAT TINGGAL HONG KONG
- HOME SWEET HOME -

Tuesday, January 31, 2012

Baby Boy!! Tahniah Mona & Firdaus!!

Kalau korang baca blog perkahwinan kawan sekolah aku Mona tahun lepas,mesti korang dapat mengagak orang yang kat dalam gambar di bawah nie.Tahniah buat pasangan Mona & Firdaus kerana mendapat Baby boy.Lahir tahun Naga lagi 


Nama baby : Mohammad Amir Ryan
(mak bapak zaman sekarang tetap nak anak ada nama Inggeris hehe)



Time kami datang Baby Boy nie tengah tidur.Muka dia bertukar garang bila aku kacau dia tidur,habis menangis dia.Nasib baik maknya datang pujuk hehe.

Nanti tunggu lagi sebulan Uncle belikan topi ehh...rambut pacak tengah dah macam David Backham nie.hehe...tomel-tomel

Sunday, January 29, 2012

Juara Lagu 26 - 29JAN2011 - AWAN NANO

SEPERTI YANG AKU JANGKAKAN JUARA LAGU2011 ADALAH MILIK

AWAN NANO NYANYIAN HAZIF AF7 .

Bila aku dengar saja Hafiz menyanyikan lagu ini,teringat aku pada Arwahyarham Nick@Irwan Drahman.Lagu ini lagu WAJIB NYANYI arwah bila tiap kali kami pergi karaoke.Terasa macam baru semalam aku lepak bersama arwah,dan dia telah pun pergi selamanya.Tahniah Hafiz atas kemenangan lagu ini,dan Al-Fatihah buat arwahyarham Irwan Drahman-Amin

19DEC1982 - 21DEC2011

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....