Wednesday, January 25, 2012

Tension di DangaBay Cruise


Chinese New Year hari tu (Isnin 23Jan12) ingat nak lepak-lepak sambil hirup udara segar di Selat Johor dengan menaiki DangaBay Cruise kat DangaBay,tapi di sebabkan Raya Cina,cruise tidak beroperasi sehingga di beritahu kelak.Ber ia-ia la aku,Ziela,Ny,Mijot & anak-anaknya terhegeh-hegeh bergegas lepas Margrib untuk ke sana.Tapi sesudah sampainya kami di sana,cruise tak jalan.Hampeh betul.

 Untuk menghilangkan rasa hampa,kami pun bercadang nak makan malam je.Pikir punya pikir,teringat la pulak kt Restaurant Snacks & Smoothies yang dekat Nusa Duta (along de road nak ke Bukit Indah).Dari DangaBay kami terus jalan mengunakan Lebuh Raya yang menghubungkan NusaJaya dengan Danga Bay yang baru siap tu.Dari sana aku amik exit ke Bukit Indah terus ke Nusa Duta.Haaa kalau korang nak tahu Restaurant Snack & Smoothies nie betul-betul terletak kat belakang K Monster Karaoke yang bersebelahan dengan restaurant Habib Tepi jalan tu.Inilah menu-menu yang telah kami beli malam tu.Sedap tak? Yang roti bertingkat macam Flat Larkin ini namanya Sandwich Meat (lupa lak nama penuh dia) tapi ada meat-meat la.

Macam biasa yang macam mie Goreng nie namanya spaghetti bolognese.yang kat sebelah tu pulak Chicken chop.

Dan yang kat bawah nie lak muka-muka sedih bercambur gembira yang hadir pada malam tu.


Thursday, January 19, 2012

Vietnam Airlines Promo ticket KL-London (Return)



Recent promotion by Vietnam Airlines.Return Air ticket from
Kuala Lumpur to London (Gatwick Airport) - Via Hanoi or Ho Chi Minh
Travel Period 10Jan12 - 31Mar12

RM 2220.00
ALL INCLUSIVE (taxes & fuel surcharge)




DEPART EVERY MON & THU
KL-HANOI VN 680 1855/2115
HANOI-GATWICK VN 145 2350/0620+1

DEPART EVERY TUE & FRI
KL-HO CHI MINH VN 672 2050/2140
HO CHI MINH-GATWICK VN 141 2330/0620+1

DEPART EVERY WED & SAT
GATWICK - HO CHI MINH VN 140 1200/0710
HO CHI MINH-KL VN 685 0840/1130

DEPART EVERY TUE & FRI
GATWICK - HANOI VN 144 1200/0620
HANOI - KL VN 681 1545/1950

012 7709809 - NAZ


Wednesday, January 18, 2012

Ulang tahun Birthday ku 17Jan2012

Tepat jam 0000 Hours 17Jan 2012 lampu lilin kek di pasang & aku pun meniupkan lilin sambil berdoa agar tahun 2012 ini Allah memberikan aku kesihatan,kekuatan,rezeki & segala hajatku tercapai.Lokasi pilihan adalah satu tempat rahsia.Sebab tempat ini adalah tempat fav kami berdua.(biarlah rahsia)


Seperti tahun-tahun yang sudah,sambutan ulang tahun hari lahir ku di sambut di pejabat oleh staff-staff yang lain.Kek untuk tahun nie diaorang belikan Mango Kek.(sorry pic kek kt pejabat takde coz tak bawak kamera).Malamnya pula aku menyambut bersama kenalan rapat.Olie & Azie family,Abg Nus,Mai,Faiz,Abg Moktar, Kak Ros & Kak Rovita Family.Nak di jadikan cerita Birthday aku juga di sambut bersama dengan Birthday anak Olie & Azie - Sofea.Lokasi makan-makan lak di pilih di Selera Padi Emas.Tempat di mana Warong Wak radol berpindah sekarang.Memandangkan baru 3hari beroperasi,makanan yang ada cuma Mie Soto,Rojak & Satey sahaja.So jadila kitaorang semua memakan itu saja la..


Nampak Soto tu cam sedap je....nak sikit boleh?? Tapi macamana lak eh kalau kita tgk soto tu tapi tetiba leh muncul ayam Belanda pangang?? mungkin Si Sofea tu leh jawap hehehe...


Chinese New Year pun dah dekat nie,So bagi kami Bujang ALIF,BA,TA

(Angkatan Belia Tua) nie dapatlah "ANG PAU" dari Kak Rovita,coz memandangkan dia nak balik Raya Cina dgn hubby dia ke KK Jumaat nie.

Tks yea Kak Rovita & HAPPY CHINESE NEW YEAR to you & your family.

Gong Xi Fa Chai!!!



Sunday, January 15, 2012

Lepak & Makan Malam di Johor Bahru

Seperti yang telah di janjikan.Acara makan tengahari telah di pinda untuk makan malam.Berserta Mijot & Ziela tempat yang kami pilih untuk makan malam adalah di ' BREAKFAST @ 7 ' Danga Bay tepat jam 630Petang


Menu pilihan Ziela - Mie Goreng Mamak
Menu pilihan Mijot - Cantonise Hailam Noodles
Menu pilihan aku - Nasi Goreng Cina Udang

Selesai sahaja makan malam,kamu bertolak ke Bandaraya Johor Bahru di mana terletaknya Pasar Karat a.k.a Night Bazar Johor.Memandangkan Chinese New Year hanya tinggal seminggu sahaja lagi,Bazar di hias dengan lampu-lampu tanglong.Memang meriah dan teramat cantik.

Adalah dekat 2-3 round kitaorang pusing.Tapi tak jumpa gak barang yang aku nak.Bateri HP Motorola laaa...Bateri hp aku asik nak kong je.Tu yg nak beli bateri baru.Dah penat berjalan,aku ajak dua org minah nie gie lepak minum kt Root Cafe di jalan Dhobi.Aku order Manggo Yog,Mijot order Mint Chocolate,Ziela order tah apa tah.....

Makanan kat sini nak kata sedap tak jugak....tp aku suka dengan dekoration cafe nie.Dapat mengimbau zaman aku kecik-kecik dulu.Barang-barang antik seperti TV hitam putih,kerusi sofa lama,lampu hiasan lama dan toy & alat permainan zaman aku sekolah rendah dulu banyak terhas di sini.Betul-betul meningalkan Nostalgia aku.

Dalam kul 930pm kami pun gerak balik umah.Penat dah,esok nak keja,nak menoreh....Selamat Malam JOHOR BAHRU1!!!

Saturday, January 14, 2012

Jalan-Jalan Nak Makan : Meisan Hotel Mutiara

MALAYSIA AIRLINES MEMULAKAN MAKAN MALAM SEBELUM TAHUN BARU CINA
DI RESTAURANT MEISAN,HOTEL MUTIARA

Hari ini hari Jumaat dan kalau mengikut orang putih,hari ini adalah Friday @ the 13th. Aku ke Hotel Mutiara atas jemputan makan malam Malaysia Airlines.Makanan di sini memang terkenal denga ke sedapannya.
8Jenis menu makanan berserta 1 makanan pembasuh mulut,memang membuatkan perut aku kenyang tak sudah.Mana taknya meja yang boleh memuatkan 10-12orang tapi hanya kamu ber tujuh sahaja yang ada.yang paling banyak makan pun kami ber empat sahaja.




Seperti biasa sesi bergambar memang tak pernah di lepaskan.Kamera memang tak pernah lekang dari poket.Raya Cina tahun nie adaah tahun NAGA....tahun yang penuh "ong" pada orang cina.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA!!!!!

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....