Saturday, August 20, 2011

Ramadhan di Geylang Serai

Bagi memenuhi hajat seorang teman yang saban tahun membeli baju melayunya di Singapura untuk di pakai dan di muat turunkan di laman facebook di pagi hari raya nanti.Dan juga untuk memperkenalkan kepada Abang Mat,Kak Ros & Gina dengan suasana kemeriahan di Geylang Serai,aku pun merancang ke Pasar Bazar Geylang Serai Singapura bersama-sama beberapa teman yang lain.Memandangkan pergi di bulan Ramadhan,aku bersama 7lagi teman menaiki MPV milik Abang Mat dengan bungkusan Nasi Goreng Kampung yang sedap di masak oleh Gina dari rumah berserta air tin yang di beli oleh aku dan duit minyak MPV yang di taja oleh Abang Yunus,kami pun bertolak jam 630petang dari Restaurant Habib Tampoi Utama.
(sebenarnya janji nak bertolak jam 6petang).
Bertolak dengan menggunakan Lebuh Raya Link ke 2,tapi memandangkan azan margrib seawal jam 657malam,kami berhenti berbuka puasa di R&R sebelum masuk ke Singapura.Nasi Goreng Kampung Gina lah menjadi pembuka selera kami di sana.Selepas berbuka puasa & solat Margrib di sana,aku pun meneruskan perjalanan ke Singapura.

Tiba di "Arab Street", MPV pun di letakkan di kawasan letak kereta Golden Landmark.Dari sana kami berjalan kaki ke seberang jalan untuk mencuba makan Murtabak Singapura di Restaurant Zam-Zam.Murtabak dekat sini memang sedap dan bersaiz besar.Kami sambung makan berbuka di sana dan memilih murtabak istimewa yang berharga S$10.Macam pizza saiznya.Ada menu baru di sini iaitu Murabak daging rusa yang berharga S$20.Nasi berianinya juga sangat sedap dan tidak muak di makan berkali-kali.Makan malam di sini di taja oleh Rosli@Olie .Bersebelahan Restaurant ZamZam itu terletaknya Masjid Sultan,iaitu Masjid yang terbesar di Singapura.

Meneruskan perjalanan ke Geylang Serai,kami bertolak dari Restaurant ZamZam jam 9malam.Suasana ketika itu cukup meriah dengan lampu-lampu yang di pasang sepanjang Bazar Geylang Serai.Mencari tempat letak kereta juga satu masalah,sebab kebanyakkan tempat telah penuh.Nasib baik kami jumpa tempat yang kosong di Komplek Joo Chat.Turun dari tempat letak kereta semua mencari tandas.Maklumlah semua main isi je tapi tak membuang,bila dah penuh kena lah buang separuh.hehe.
Inilah suasana di Bazar Geylang Serai.




 

 Yang ini pula adalah daging salai atau lebih di kenali di sana dengan nama Daging Dengdeng.Ianya mendapat sijil halal dari Majlis Ugama Islam Singapura
(selalunya terdapat banyak di jual di restaurant Cina)


Inilah muka hero-hero yang tak membeli tapi melihat yang lain membeli belah



Jam menunjukkan pukul 12tengah malam tetapi kami masih tak pulang-pulang lagi.Ada tu siap berkepak berhip hop di depan Komplek Joo Chat dan ada pula yang kehabisan duit dan meminta sedekah di tepi jalan.Walaupun tahu kedai dah tutup ada juga yang tidak puas hati mengetuk pintu meminta kedai untuk di buka sebab nak beli pada saat-saat terakhir sebelum pulang ke Johor Bahru.

Aktiviti tidak habis di situ sahaja tetapi bersambung membeli belah di Mustafa Centre pula.Gedung pasaraya yang di buka 24jam di jalan Little India.Ada yang tak tahan dengan bau kemenyan India tapi tetap membeli belah tak pandang kawan-kawan yang lain dah.Jam 230pagi kami masih berada di Mustafa Centre.Aku dah penat terus ke MPV bersama Abang Mat & Kak Ros lepak kat dalam.Jam 3pagi barulah bergerak pulang ke Johor Bahru.Jam 345pagi tiba di Restaurant Habib kami sambung bersahur di sana pulak.Adohai pun.......sekian......

Friday, August 19, 2011

Ke Terminal3 Lapangan Terbang Changi

 Raya semakin hampir dan baru-baru ini aku berkesempatan ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi atas ajakkan seorang teman yang mahu menjemput kakaknya pulang dari Macau.Ponteng semalam lah Solat Terawih sebab selepas sahaja berbuka puasa,aku di jemput dengan kereta kawan baik aku ini untuk memasuki Singapura.Memang di akui Lapangan Terbang Changi adalah lapangan terbang yang terbaik di rantau Asia Tengara.Dengan pembukaan Terminal 3 yang baru ini,aku berkesempatan mejelajah dan melihat sendiri kehebatannya dengan mata kepala aku.

 

 Terminal ini di hubungkan dengan SkyTrain antara satu sama lain.Ada 3 terminal terletak di sini.Terminal 1 untuk penerbangan Antarabangsa,Terminal 2 penerbangan campuran & Terminal 3 khas untuk penerbangan Singapore Airlines sahaja.Selain itu ada terminal Bajet yang terletak lebih kurang 500 meter dari terminal 1.

 Tengok sahaja dekorasi-dekorasi di terminal 3 ini.sangat cantik dan menawan.Ia menjadikan terminal ini salah satu terminal paling sibuk di dunia.



Sunday, August 14, 2011

Kisah cawan yang cantik


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Wah! Inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan berkata-kata.

"Terima kasih kerana tertarik denganku. Perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak.Tetapi orang itu berkata, 'Belum!' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang kali. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih meninjuku,
tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku
ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, 'Belum!'

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.Aku fikir, selesailah penderitaanku. Akan tetapi, sangkaanku meleset.Setelah sejuk, aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum!'

Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku", aku dibiarkan sejuk.Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berdekatan kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran
Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan terjerumus ke lembah dosa.Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati kerana Allah sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan. Tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan dapat melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan akhirat kelak



Monday, August 8, 2011

Rumah Paling Selamat di Dunia

Jika di lihat pada gambar di atas,tiada apa yang boleh di bayangkan.Ianya hanya lah sebuah bongkah batu atau pun kayu yang di biarkan terabai.


Cuba lihat pula gambar yang ini..sedikit demi sedikit rahsia bongkah batu ini ter buka.

Bahagian tepi sudah pun terbuka,menghubungkan ke porch bangunan letak kereta yang berada di sebelahnya.



Rumah ini adalah sebuah rumah yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan.Harganya juga di anggarkan berjuta-juta dollar.Memang mengagumkan.

Saturday, July 30, 2011

Jalan-Jalan Nak Makan : Nando's Bukit Indah

Tinggal brapa hari saja lagi untuk berpuasa.Jadi untuk tidak membazirkan meal voucher yang aku dapat,maka bermula episod makan-makan lagi.Kali nie di Nando's Restaurant.Memang menyelerakan makan kat Nando's restaurant.Ini adalah antara menu utama yang aku,nik family,Azie family & Abg nus family order sempena menyambut Aniversary perkahwinan Nik & Fuad merangkap birthday Shahmi & akmal (anaknya).Nasib baik Nando's kat Bukit Indah nie dekat,balik gym je terus ke sana.One thing aku suka dgn family Nik nie,diaorang selalu sampai awal atau on time.Senang buat temujanji dengan keluarga diaorang nie.


Kek nie di buat Oleh Azie.5KG katanya.Kek Angry bird request by anak-anak Nik. Tengok sajalah,yang tua dan yang muda menyukainya.
Nasib baik la Kedai nando's tu tutup jam 10pm.Kalau tutup jam 11pm confirm kitaorang tak balik lagi.Mana taknya dengan kek lagi,bual2 lagi,sesi bergambar lagi.Memang terasa masa berlalu cepat sangat.

Nampak keceriaan di muka mereka-mereka yang pergi hari itooo..

Saturday, July 9, 2011

JJNM : Sekincan Ikan Bakar Danga Bay

Wah Sekincan Ikan Bakar sudah membuka cawangan barunya di luar Selangor.Semalam RA berkesempatan makan malam di sini bersama teman-teman sempena perasmian pembukaannya.Cawangannya ini terletak di Danga Bay bersebelahan dengan Tune Hotel.

 Berkonsepkan restoran layan diri,inilah kali pertama RA makan di sini.Selalunya dengar dan tengok je kat tv.Sempena pembukaannya,ada upacara kompang dan pencak silat di persembahkan.

 Rupanya makan Ikan Bakar kat sini kena dengan Nasi Lemak.Menu utamanya Ikan bakar,Nasi Lemak,sotong bakar,kerang bakar,lala bakar,Ubi rebus dan ulam-ulam.

Inilah hasil tangkapan yang masuk ke dalam mulut kami malam semalam.

 Tak cukup dengan Ikan bakar kami amik lala bakar , sotong bakar dan kerang bakar.Nasi lemak dia sedap,tapi rasa makanan lautnya sama saja sebab mengunakan sos & sambal yang sama.Ra cadangkan bagi sesiapa yang nak cuba baik buat pilihan samaada Ikan , Udang , Sotong, Lala atau kerang untuk di bakar dan tak perlu amik pelbagai jenis makanan laut sebab rasanya sama sahaja.

 

Meja kat belakang tu untuk jemputan yang yang di undang.Bagi kami yang tak di undang kenalah duduk kat dalam kedai hehe.Wah kembang lebar sungguh senyuman abang Yunus tu yea.

 Sos dan sambal yang sama rasanya.

 Mentang-mentang hari Jumaat,semua muka nampak ada senyum yea...esok cuti bolehlah tidur lepas makan banyak-banyak ini yea.Jumlah harga makanan kami pada malam itu ialah RM145.Mahal juga yea.


Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....