Sunday, January 10, 2010
Jalan-Jalan Nak Makan : Restaurant IL Giardino
Sunday, December 6, 2009
Nak Komen Blog aku....??
Jangan hanya pandai nak nasihat org tapi tak berani nak tjuk muka.
Kalau korang rasa korang betul silakan comment & sila tunjukkan muka k.... nak takut apa kalau korang rasa korang betul....nak main sembunyi2 lak....perangai sebijik macam bangsat.....!!!
Mungkin dari baka mak bapak korang kot dapat perangai sembunyi2 cam tu....huhu....
Ada aku kesah???
Resepi Orang Bujang yang Mudah
Hari-hari Ahad nie kan bagus kalau masak sikit....
Ini resepi orang bujang yang paling ringkas dan cepat....
BAHAN-BAHAN :
- 4Keping Ikan Tengiri
- 1 Pek rempah kari Ikan.
- 1 gelas minyak masak
- 4biji bawang besar di putung dadu
- 2 ulas halia di potong kecik
- 2sudu Jintan kasar & Jintan manis- garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Masukan bawang besar,halia,rempah kari Ikan,jintan ke dalam mesin pengisar bersama minyak masak dan garam secukup rasa.Kisarkan semua bahan itu sehingga sebati tanpa mengunakan air.Sebab Minyak masak tu dah macam air lah.....kalau letak air nanti tak jadi pulak.
Lepas semua dah di kisar halus,gaulkan bersama ikan tengiri di dalam bekas untuk di bakarkan dalam microwave.
Panaskan pada suhu "HIGH" selama 15-20minit.
Sedia untuk di makan......
SEDAPPPPPPPPPPPP.....
Lebih sedap dimakan bersama nasi atau mee goreng....
Friday, December 4, 2009
BANDAR PULAI JAYA - PENIPU
Monday, November 30, 2009
New Moon memang Best
Sunday, November 15, 2009
Dah Nasib agaknya.....
Well tak apa lah....biarla dia pergi.Aku akan terus menjalani hidup ini.Yang penting aku tak akan menyerah.
Semua yg ada di sekeliling kita adalah anugerah...
Wednesday, October 21, 2009
Harian Metro 15Oct2009 - Ketam Berjalan Betul
Seperti ’ibu ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul!’
Persoalan pertama, siapa kata ”ketam berjalan tidak betul?” Adakah ia berjalan dengan melanggar fitrah kejadiannya? Tidakkah cara berjalan si ketam serasi sepenuhnya dengan diri, watak dan jiwanya, sekalipun bertentangan dengan cara berjalan makhluk lain yang bersaing dengan ketam dalam perlumbaan kehidupan? Soalan kedua, siapa yang akan menang andainya ketam kebingungan, hilang jatidiri dan tidak lagi berjalan mengikut fitrah dirinya?
Tahap sinis yang tinggi ini perlu segera diketepikan. Sebenarnya cara ’ibu ketam’ Melayu mengajar ’anaknya’ berjalan dengan tekun dan sabar, sekalipun bertentangan dengan cara saingannya, adalah di atas landasan yang betul! Dalam persekitarannya, anak ketam akan bersaing dengan rakan-rakannya seperti anak siput, lintah, umang-umang dan belangkas. Masing-masing dengan sifatnya yang tersendiri.
Anak siput (kadangkala siput babi juga sesat ke pantai), mewakili mereka yang sewenang-wenangnya menghalalkan segala cara semata-mata untuk berjaya dan menang bersaing.
Kedua, anak lintah dan gamat, (termasuk ”lintah darat” juga kadangkala turun ke pasir) sebagai mewakili mereka yang berbisnes dengan cara memeras dan menindas, sehingga seolah-olah menyedut darah orang lain. Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mengambil kesempatan darpada orang yang keputusan wang dan modal dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang sangat tinggi , sekali gus memakan riba’.
Seterusnya anak umang-umang juga didapati akan berlumba dan bersaing dengan anak ketam di pantai. Umang-umang mewakili makhluk yang gemar mengambil harta orang lain tanpa izin, (termasuk hak orang ramai yang diswasta dan difaraidkan), kemudian diletakkan di bahu atau di belakang mereka, dipikul ke sana ke mari setelah menjadikan semua harta ini sebagai milik sendiri! Dan yang terakhir, anak belangkas yang terkenal dengan keghairahannya berfoya-foya dan asyik dengan pasangannya ke sana ke mari untuk memuaskan nafsu syahwat hedonisme tanpa batasan.
Perhatikan bahawa semua saingan ketam ini, mengikut fitrahnya berjalan dan berlari ke depan mengikut letak kedudukan mata dan muka masing-masing; sedangkan ketam dikenali sebagai makhluk yang berjalan mengiring. Siapakah yang paling tangkas berlari dan menang dalam perlumbaannya? Pasti si ketam!
Namun, untuk menang, keempat-empat saingannya akan berusaha menghasut si ketam untuk menurut peraturan yang mereka tetapkan iaitu berlari ke depan mengikut kedudukan mata dan muka seperti mereka. Andainya ketam patuh kepada hasutan ini, sudah tentu ketam akan hilang pertimbangan, kebingungan dan akhirnya tewas.
Tegasnya, Melayu-Muslim yang hendak berjaya dalam persaingan hidup, termasuk bisnes, perlu mengenal jatidiri, kekuatan dan fitrahnya. Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai kekuatan diri dan fitrah jiwa. Tiada alasan untuk mengkompromikan iman dan taqwa, menjual agama dan akidah, akhlak dan moral, dengan harga murah sekadar untuk melayani selera dan menuruti sistem anjuran mereka yang tidak sehaluan – iaitu makhluk yang tidak mempunyai konsep halal-haram, pahala-dosa, dunia-akhirat dan syurga-neraka!
FUHHHHHH MELETOP SEH AYAT2 YANG DIA TULIS NIE.....
AKU TABIK DIA LA....
APA PUN ARTIKAL PENUH DIA LEH DI LAYARI DI WEBSITE NYA
http://www.businessjihad.com/?p=1873
Sunday, October 18, 2009
Syawal Makin Menghilang
Parking RM 3.00.
Enterance adult RM 5.00 seorang. Kanak2/Warga Emas RM3.00 seorang.
TOTAL RM 11.00
Tepat jam 2pm kami bergerak pulang.Singgah sebentar di Pekan Serkat aku pekena ASAM PEDAS KAMPUNG SERKAT.....FU YOOOOOOO SEDAP OOOOO....
Aku sendiri tak tau ikan apa yang akak tu masak,tapi for sure ikan yang dia masak asam pedas tu memang lembut n berlemak...sedap.....
ASAM PEDAS SEPINGGAN - 2 KETUL IKAN
SAYUR KACANG PANJANG GORENG - SEPINGGAN
2PINGGAN NASI PUTIH
TELUR DADAR 2 BIJI
TEH O AIS AIS SIRAP
TOTAL CHARGES RM 11.20 SAHAJA.....MURAH TAK??????
BERBALOI-BALOI.....
LOKASI : PEKAN SERKAT - SEBELUM SIMPANG MASUK KE KG SERKAT/TJ PIAI
Singgah solat di Masjid Besar Pontian kemudian di rumah abg aku di Bandar Baru Kangkar Pulai. Apa yang aku nak nyatakan di sini,kadang2 aku rasa hidup aku lebih tenang bersama abah dan anak2 saudara aku.
Sunday, September 27, 2009
Kenapa Kes Kemalangan kat Malaysia Tinggi?
Di sini aku ada cadangan yang aku rasa berguna dan perlu di gunakan oleh Malaysia :
Kenderaan seperti Lori (segala kategori lori),bus (segala jenis bus - termasuk bus mini n sekolah) Kenderaan berat,kontena,jentolak di wajibkan hanya menguna laluan KIRI sahaja.Jangan di benarkan sesekali mereka mengunakan laluan Kanan walaupun utk memotong.
Di sini kerja polis trafik n JPJ untuk memantau dgn membuat rondaan di jalan2 utama setiap 1 atau 2 jam sekali.Nampak je lori yg memotong,terus saman diaorang on de spot.Tak perlu la buat speed track,sbb mereka akan melajukan semula kenderaan selepas saja melaluinya.
Ada sebabnya di buat begini.Bayangkan kenderaan berat seperti di atas ini selalunya bergerak terlalu perlahan.Kadang2 untuk memotong ia akan mendatangkan bahaya kepada kenderaan2 kecil seperti motosikal n kereta dan yang paling teruk , mereka membuat kan jalan raya bergerak terlalu perlahan.Bila jalan raya bergerak terlalu perlahan, org akan lambat ke tempat yg hendak di tuju.dan bila lambat,mereka akan melajukan kenderaan.memotong sambil memecut.Bila laju ia susah utk di kawal dan bila tak dpt di kawal,maka berlakulah kemalangan.
Rancang perjalanan?? ramai yg buat begitu,tp kemalangan ttp berlaku.Hakikatnya bukan rancang perjalanan...tp rancang undang2 di jalan raya.Tak payah la nak cakap kt negara yg jauh2 mcm jerman dan UK...lihat saja di Singapore...
Sepanjang aku berjalan di jalan2 raya kt spore,aku tak lihat satu pun kenderaan berat yg memotong atau berada di laluan kanan.
Rancangan utk tidak membenarkan kenderaan berat berada di jalan raya pada waktu2 cuti perayaan juga bukan jaminan yang kemalangan akan berkurang.Malah syarikat industry juga yang akan rugi n kemalangan tetap meningkat.Buat la mcm2 undang2 tp andai keadaan jalan raya@lebuh raya tidak lancar kemalangan akan tetap berlaku.
Sunday, September 20, 2009
1 Syawal Yang Hening
Arhhh sudah la.....apa pun SELAMAT HARI RAYA SEMUA....MAAF ZAHIR DAN BATIN
Malam 1 Syawal
Hari ini genap la 29hari aku berpuasa kerana esok 1Syawal akan menjelma....Alhamdulillah cukup jugak aku berpuasa sebulan kali ini. Olah (kakak aku) dah familynya datang berbuka puasa bersama.Lepas sahaja berbuka kami berehat di ruang tamu.Aku mula plan mcm2.Aku ajak anak2 saudara aku,Ain,Ijah,Ila kami pergi ke Gaints Tampoi.Plannya mau beli Domino's Pizza,tapi kami hampa coz restaurant tu dah lama tutup.So plan punya plan,last kitaorang deside nak beli PizzaHut je... Terus menuju ke Perling dan beli 2set PizzaHut saiz besar....mak ai....mahal gak semua total charges RM89.25. Balik terus kemudian makan ramai....ari nie aku tido awal.Aku tak jadi ke bazar coz tak ada member yang nak join.Tak seperti tahun2 yang sudah.Jam 1230am aku dah tido.Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
Tahun 80an adalah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan.Aku membesar dari keluarga yang sederhana.Bapak aku ketika itu kerja sebagai bur...
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...















