Oklah kat sini RA nak cerita sikit sejarah Pulau Penyengat dari catatan-catatan yang RA buat semasa lawatan ke Pulau Bentan.
Di ceritakan dahulunya sebelum di namakan Pulau Penyengat, ada sorang nakhoda kapal singgah mendarat di pulau ini untuk mendapat bekalan air bersih.Setelah menjejak kaki ke pulau ini mereka di serang dan di sengat oleh serangga seperti lebah yang agak besar.Sejak itulah pulau ini di namakan dengan nama PULAU PENYENGAT INDRA SAKTI.
Baiklah dari sejarahnya kesultanannya pula bermula selepas kemangkatan Sultan Mahmud yang mangkat di Julang.Di sebabkan baginda tidak mempunyai waris kerana tidak mempunyai permaisuri dan hanya mempunyai gundik dan seorang anak lelaki hasil perkawinan itu.(Gundik adalah isteri dikalangan rakyat jelata dan tidak boleh menjadi Permaisuri dan keturunannya tidak boleh mewarisi tahta kerana tidak berdarah bangsawan).
Dalam keadaan kacau bilau di istana ketika itulah Bendahara Tun Habib Abdul Jalil telah menaiki tahta dan di tabalkan menjadi Sultan. Iaitu Sultan Pertama yang berdarah Bendahara dengan menukar gelaran kepada SULTAN ABDUL JALIL RIWAYAT SHAH IV.
Dikatakan pula bagi menyelamatkan Gundik dan putera Armahum Sultan Mahmud, salah seorang pembesar istana telah melarikan mereka ke kerajaan Pagar Ruyung.
Di Pagar Ruyung pulak, apabila Sultan & Permaisuri Pagar Ruyung mengetahui gundik dan anak Armahum Sultan Mahmud ada di Pagar Ruyung, diambilnya anak gundik itu menjadi anak angkat mereka dan di namakan Raja Kechik.Selang beberapa tahun beliau ditabalkan menjadi Sultan di Pagar Ruyung.
Di Kota Tinggi pula gempar bila tiba-tiba muncul sorang raja yang mengaku beliau lah waris Kesultanan Johor dan anak kepada Sultan Mahmud yang mangkat di julang itu.Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Raja Kechik. Dengan bantuan dari Kerajaan Pagar Ruyung beliau telah menyerang Johor dan menewaskan Sultan Abdul Jalil Riwayat Shah.Akan tetapi beliau tidak menaiki tahta, sebaliknya menbenarkan Sultan Abdul Jalil terus menjadi sultan dan memerintah Kerajaan Johor-Pahang di Kota Tinggi sementara Raja Kechik pula menawan Putera Mahkota kepada Sultan Abdul Jalil di Pulau Bentan.Dengan cara ini Sultan Abdul Jalil akan tunduk dan setia kepada Raja Kechik dan dialah raja sebenar yang memerintah dari belakang.
Di sebabkan kebebasan Sultan Abdul Jalil itu di sekat dan di ugut.Baginda telah membuat perjanjian dengan Bangsawan Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Merewah, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi untuk membebaskan Tengku Mahkota dan menumpaskan Raja Kechik yang bertahta di Pulau Bentan.Sebagai balasannya baginda berjanji akan mengahwinkan puteri-puterinya dengan mereka dan melantik salah seorang dari mereka menjadi Yang di Pertuan Muda Riau.Tertarik dengan imbuhan itu mereka menyatakan taat setia dan akhirnya berjaya menewaskan tentera Raja Kechik dan menghalaunya,manakala Sultan Abdul Jalil terbunuh dalam peperangan itu.Putera Mahkota beliau menaiki tahta mengantikan beliau dengan gelaran SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SHAH iaitu SULTAN PERTAMA KERAJAAN JOHOR-PAHANG-RIAU-LINGGA.Manakala adinda lelakinya TUN ABBAS di tabalkan menjadi Bendahara.
Daeng Chelak kemudianya di nikahkan dengan adinda baginda iaitu Tengku Mandak manakala Daeng Perani di nikahkan dengan Tengku Tengah Puteri.Mereka di kurniakan 2orang anak iaitu Raja Maimunah dan Daeng Kemboja.Di katakan Raja Kechik yang melarikan diri ke Kampar atau Perak (kalau tak silap la) itu telah membina semula angkatan perang barunya di sana.Mengetahui akan hal itu Daeng berlima, berkejar dan menewaskan angkatan perang Raja Kechik di sana.Dalam peperangan itu Daeang Perani meninggal dunia di bedil meriam manakala Raja Kechik yang tewas akhirnya pulang ke Pagar Ruyung dan mangkat di sana.
Di Riau,setelah kekalahan Raja Kechik, Daeang Merewah telah di tabalkan menjadi Yang Di Pertuan Muda Riau yang pertama.Setelah 7Tahun memerintah beliau mangkat dan di gantikan oleh adiknya iaitu Daeng Chelak.Hasil dari perkahwinan Daeng Chelak dengan Tengku Mandak mereka di kurniakan 3anak iaitu Tengku Putih Putri, Raja Haji Fisabilillah dan Raja Lumu.
TENGKU PUTIH PUTERI - Di kahwinkan dengan Sultan Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga ke2 iaitu SULTAN ABDUL JALIL II yang mengantikan ayahnya Sultan Sulaiman Badrul Alam.Kira mereka ni kawin sepupu lah.Mereka di kurniakan dua orang zuriat yang mewarisi tahtanya iaitu SULTAN AHMAD RIAYAT SHAH - SULTAN JOHOR-PAHANG-RIAU-LINGGA KE-3(Anak sulung).dan SULTAN MAHMUD SHAH III (adindanya) - SULTAN JOHOR-PAHANG-RIAU-LINGGA KE4 (mengantikan abangnya yang mangkat)
RAJA LUMU iaitu abang kepada Tengku Putih Puteri pulak berpindah ke Selangor dan membentuk Kesultanan Selangor yang ada sekarang.
RAJA HAJI FISABILILAH yang menetap di Pulau Bentan pula mengahwini Raja Fatimah iaitu anak perempuan abang sepupunya Daeng Kemboja.Mereka di kurniakan 3anak iaitu RAJA HAMIDAH (ENGKU PUTRI), RAJA AHMAD & RAJA JAAFAR.Raja Haji Fisabilillah adalah pejuang menentang penjajah Belanda di Melaka.Armahum mangkat di Teluk Ketapang dengan tangan kiri memegang meriam dan tangan kanan memegang kalam dan Al Quran.Jasad beliau di bawa pulang dan di kebumikan di Pulau Penyengat bersebelah Pulau Bentan.
Sesudah kemangkatan beliau, keadaan di istana pula ketika itu berlaku bergolakkan.Ramai golongan Melayu dan Bugis yang bersengketa.Masing-masing mahu merebut pangkat dan kuasa di Istana.Padahal mereka semua bersaudara dek perkahwinan campur.Bagi mereka jika Bangsawan Melayu Lelaki mengahwini bangsawan Bugis wanita maka anak mereka adalah Melayu dan jika Bangsawan Bugis Lelaki mengahwini bangsawan wanita Melayu maka anak mereka adalah berdarah Bugis.Padahal kesemuanya sama jek.
Bagi mengukuhkan kedudukan bangsawan bugis di istana di Riau, maka RAJA HAMIDAH iaitu anak kepada Raja Haji Fisabililah di nikahkan dengan SULTAN MAHMUD SHAH III walaupun ketika itu Sultan dah berusia dan sudah pun memiliki 3isteri (tetapi isteri pertama sudah meninggal).
GAMBAR : RAJA HAMIDAH (ENGKU PUTERI)
Raja Hamidah ketika itu tiada pilihan dan dikatakan perkahwinan ini adalah perkahwinan politik.Sebagai balasan Sultan Mahmud Shah telah menberikan Pulau Penyengat sebagai mas kahwinnya kepada Raja Hamidah serta menberikan Rengala kebesaran di raja kepada Raja Hamidah untuk di jaga.Maka kukuhlah kedudukkan bangsawan Bugis di Riau.Raja Hamidah melahirkan seorang puteri hasil dari perkahwinan tersebut tetapi meninggal sewaktu kecil.Anak tirinya dari madu ke 2 iaitu Tengku Hussein Shah menjadi (Sultan Singapura pertama) dengan merampas Rengala kebesaran dari Raja Hamidah dan menabalkan dirinya menjadi Sultan hasil hasutan Inggeris.Manakala anak tirinya dari madu ke3 pula mendapat sokongan Belanda dan menaiki tahta di Pulau Lingga sebagai Sultan Riau -Lingga pertama.Di Johor & Pahang pula keturunan-keturunan dari Tun Abbas (adik kepada Sultan Johor-Pahang-Riau-Lingga 1), mula berpengaruh dan membentuk Kesultanan Johor dan Pahang disana.Maka berpecahlah kerajaan yang dahulunya satu.
Makam Raja Hamidah, Armahum ayahandanya Raja Haji Fisabilillah, Anak saudaranya RAJA ALI HAJI (penulis Tuhfat Al Nafis & Gurindam 12) serta beberapa kerabat di raja serta alim ulama banyak terdapat di sini hingga sekarang.Terdapat juga perigi air tawar yang tidak pernah kering-kering walaupun pada musim kemarau dan masih di gunakan oleh penduduk di sini.Satu-satunya bangunan kerajaan kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga yang masih utuh bertahan di sini ialah MASJID RAYA PULAU PENYENGAT yang dibina dengan mengunakan putih telur dan tanpa paku.
Jika mahu ke sini bolehlah menghubungi RA di talian 6012-7709809 dengan mengikuti pakej-pakej 3hari2malam yang di sediakan.