Sunday, November 22, 2015

Bertugas Di Bangkok Hari ke 2

Pagi ini bersarapan di hotel.Lepas je bersarapan , rombongan RA di bawa ke Safari World yang terletak kira-kira 30km dari Bangkok.Kira-kira sejam bas pun tiba dan ketua rombongan membeli tiket masuk ke Safari World.Safari World ini terbahagi kepada 2.Satu bahagian di mana haiwan di lepaskan dan pengunjung boleh melihatnya dengan menaiki kenderaan sendiri.

Nampak kan bas dan kereta yang masuk ke sini.Pelbagai haiwan liar di tempatkan termasuklah Zirafah, kuda belang , Badak sumbu , badak air , Harimau Bengal , Harimau Malaya, Singa dan pelbagai spesis burung.

Haa ini bahagian kedua.Di sini ada zoo , ada pertunjukkan koboi , anjing laut , Orang Hutan dan pelbagai lagi.Luas jugak kawasannya.

Jalan punya jalan tup tup terjumpa awek Thai ini.Amboi sexynya dia.

Kami ambil pakej tiket dan siap dengan makan.Jadi menu makanan memang dah tersedia secara bufet di dewan makan.Meja makan di atur mengikut no.Menu halal juga di sediakan di kawasan yang berasingan dengan menu biasa.

Inilah pertunjukkan anjing laut yang RA sempat rakam gambarnya.Selepas seharian di sini kami bertolak ke Patayya untuk destinasi seterusnya.Alhamdilillah selamat tiba di Pattaya jam 8malam.Sebahagian dari kami pergi menonton pertunjukkan kaberet dan sebahagian lagi membeli belah di pasar malam.Esok ada aktiviti lain lagi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget