Sunday, August 3, 2014

Sedetik di Johor Cultural & Sport Club (JCSS)

Cantik tak? nampak.......(wah tetiba suara Abang Jem kuar).Kalau nak tahu inilah salah satu lagi tempat rekreasi yang di buka kepada ahli kelab JCSS dan juga untuk umum.Kelab nie dah lama di buka tapi baru hari ini RA berkesempatan melawat di sini.Terletak bersebelah Taman Tasek belakang Station minyak Shell & Petronas,kelab ini memang terlindung daripada pandangan awam.Mungkin juga dia mahu menjaga privasinya agar nampak lebih Eklusif.

 Cantik pemandangan tasik dari lobi kelab ini,tenang dan aman.Kelab ini mempunyai 2 kolam mandi yang agak besar.Dewan makan boleh memuatkan sekitar 500 tetamu dan boleh di sewa untuk majlis-majlis tertentu.Ada gimnasium , bar , restoran , ruang tamu khas dan juga beberapa alatan permainan yang boleh di sewa sepeti pinpong,dat ,karom dan pelbagai lagi.

Semua kemudahan di sini di berikan percuma andai anda adalah ahli kelab JCSS.Nak tahu berapa harga keahliannya? Yuran keahlian seumur hidup RM15,000 seorang.Murah kan?? hahaha....untuk orang kaya memang la murah.

 Ini pemandangan dari hadapan kelab , kolam mandi dan dewan makan banquet yang mengadap tasik.Bangunan utama ada dua tingkat.Tingkat atas untuk restoran , kaunter penyambut tetamu dan bar.Tingkat awah pulak tempat rekreasi  selain gimnasium,bilik sauna dan stim.Di luar ada kolam mandi dan tasik.Tapi jangan la pulak gatal-gatal nak mandi dalam tasik tu pulak.

 

Nampak?? nielah dia gimnasium dan ruang reksiasi yang RA cakapkan tu

Amik mood bergambar sekejap.

 Nak juga rasa macam orang ada-ada.Jangan risau jika anda bukan ahli di JCSS anda juga boleh datang ke sini untuk lepak-lepak makan dan menikmati suasana di sini.Cuma harga makanan yang anda makan sedikit mahal la dari ahli kelab ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget