Tuesday, August 5, 2014

Kunjungan Mesraaa..

Dah macam Bob Mesraaaa la pulak...inilah gambar-gambar kunjungan mesra RA ke kedai kawan sekolah lama RA bersempena Syawal.Sapa yang tak kenal dengan abang long"Restoran di Abg Simpang". Sebut je nama dia pasti ramai yang teringat dengan "Kueh Tiew Goreng Kongfu" , "Mee Goreng Lincah" dan "Burger Kampung Tunjuk Samudra" yang begitu menjanjikan.(haittt mengampu nampak RA nie).

 Tapi ini bukan mengampu atau cerita bohong.Apa saja hasil air tangan kawan RA nie memang amat-amat menjanjikan.Itu hari kat kedai nya,selang beberapa minggu kemudian RA dan rakan-rakan bertandang raya di rumahnya pulak.Menu yang dia masak Nasi Lemak, Lontong kuah lodeh , rendang ayam nya pulak memang terbaik.Dua kali RA dan rakan-rakan bertambah makan.

Apa rahsia orang tua nie eik?? dulu masa sekolah nak suruh dia ke dapur pun dia malas.Tapi sekarang semua makanan hasil air tangan dia betul-betul menjanjikan.RA harap moga-moga Iwan (kawan RA nie) maju jaya lah yea.Masak lah sedap-sedap lagi,kalau boleh tambah menu-menu baru yang sedap-sedap lagi dalam kedai makan tu yea..Yeaa akhir kata "Majulah Pewot untuk Negara"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget