Thursday, February 9, 2012

Keseronokan di Starhill Water Theme Park


Pada Cuti sempena Thaipusam pada 7Febuari lepas,aku dan beberapa rakan berkumpul dan beriadah di StarHill Water Theme Park yang terletak di StarHill Golf & Country Park berdekatan dengan Setia Tropika.Kami bertolak jam 10pagi sebab rata-rata masih mengantuk selepas penat bermain bowling pada malam semalamnya.Kami breakfast di Restuarant As-Salam di Setia Tropika selama sejam.Masuk ke Water Theme Park pun dah hampir jam 11pagi.Cuaca memang panas sesuai untuk riadah dan mandi-manda kami.

Harga untuk dewasa RM15.90 (weekend/public holiday)
Harga untuk kanak-kanak pula RM8.90

Walaupun water themepark nya tidak lah sebesar Sunway Lagoon atau pun A Farmosa kat Melaka tu.Tapi kami tetap enjoy sebab dapat bersama-sama keluarga.Ada 2Pool di bahagikan di sana.Satu untuk kanak-kanak,dan satu lagi untuk dewasa.Tidak lupa di pool dewasa,ada gelongsur yang panjangnya kira-kira 200meter untuk bergelonsur....(boya kena bawak sendiri yea)
Tengok tu bertapa gembiranya aku bergelonsor.Tu belum lagi buat aksi Superman


Nak masuk kat sini tak leh bawak makanan dari luar.Semua makanan kena beli kat kantin yang di sediakan.Boleh tahan mahal jugak lah,tapi berpatutan.Ada juga pasir buatan sendiri.


Kat sini ada gak padang bola untuk main futsal(tak la besar sangat) tapi masih sesuai untuk beriadah.Di sebabkan semua kemaruk nak mandi kat pool,balik saja dari sana,semua k
ulit kena Sun Burn.Mana tak nya,mandi dari jam 11pagi sampai jam 3petang tak ingat dunia.Masa tengah-tengah hari tu la kitaorang syok giler main air kat pool.Dan seperti biasa aktiviti di akhiri dengan bergambar beramai-ramai.


- Sekian -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget