Thursday, September 29, 2011

Puasa Sebulan,Raya pun nak sebulan

Macam bulan puasa jugak,Syawal tahun nie di sembut dengan penuh meriah.Open house jangan cakap la,leh di katakan every weekend semua aktiviti penuh dengan jemputan makan-makan.Kat Umah Lela je ari tu kitaorang di sajikan dengan Mee Soto & Lontong.yang datang lak memang rombongan Cik Kiah.Dengan anak-anak dan mak bapak sekali.Meriah macam mercun raya.

Di teratak Cik Puan Ros & Abang Mohd lak jemputan rumah terbukanya di buat pada hari berkerja.Jam 8malam kami dah konvoi bertolak ke rumahnya yang terletak di Nusa Idaman.Makanan lak ala-ala kampung,Nasi putih,Gulai Nangka (kegemaran aku),kueh mueh,Ayam goreng berempah, & pasta.Memang la membuka selera,nak-nak masa kelaparan tahap dewa,
Umah aku pun buat open house gak,Tapi menu biasa-biasa je.Al maklumla umah orang bujang dok dgn bapak aku je.Buat mee goreng & mee hoon goreng + ubi rebus & jajan2 untuk budak-budak.Pic kt bawah yang si apai tunjuk nie pun aku tak paham apa yang dia nak ceritakan pada yang lain-lain malam tu.

 

Sambutan rumah terbuka di teruskan ke rumah Azie & Olie di Taman Tun Aminah pula.Tak sangka lak dia berjiran dengan si Liza-Astro,kawan lama aku.Diaorang buat pada hujung minggu.Menu utama spagetti & kek buatan sendiri.Sambil makan & berbual sambil tu kitaorang dok tengok Astro.

Cikgu Abang Yunus juga tidak ketinggalan,rumahnya di buat pada hari sabtu di Taman Universiti.Dia suruh datang masa makan tengahari katanya.Menu utama umah dia adalah Mee Kari & Nasi Ayam.Memang menjilat jari,nak-nak sambal belacan buatan sendiri tu.Lapar pulak tu masa hujan-hujan.

 

Pulang je dari open house umah abg yunus,kami ke rumah Cinta Abadi,teratak kepunyaan Kak Fiza & suaminya abang Othman di Mutiara Rini.Rumah tuan rumah memang kelas,sebab banyak koleksi pinggan mangkok yang di beli dari luar negara.Lukisan dinding dan barangan antik menghiasi di segenap penjuru dan dinding rumahnya.Takut-takut juga kalau anak-anak kecil kitaorang terlanggar barangan itu.Menu utama rumah Kak Fiza adalah Roti Jala + Satar + puding.Ala-ala minum petang la getoo...ujan lak renyai-renyai kat luar umah dia,dibuai lak oleh alunan lagu raya di radionya + mainan piano dari tuan rumah,memang mengasikkan.Tengok je la datin-datin berposing tu...


Cuma tak dapat beraya ke rumah Geena & Ika saja,sebab time dia buat open house to sama hari dengan open house umah aku....sorry yea Geena & Ika...apa pun saya nak ucapkan.....

SELAMAT HARI RAYA SEMUA....................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget