Tuesday, March 29, 2011

Ke Melaka & Makan-Makan 26-27Mar11

Tanggal 26Mar rancangan aku dan kawan-kawan untuk ke Melaka terlaksana jugak.Walaupun sehari sebelum nak pergi tu macam-macam halangan yang terjadi,tapi akhirnya dapat jugak kami semua bergembira sambil jalan-jalan cari makan bersama.Ikuti pengembaraan kami seterusnya :

26MAR2011

Berkumpul di rumah abang Yunus di Taman Universiti kemudian bertolak ber ramai-ramai ke Hentian Kulai sebab abang Mat Shah dah tunggu kami di sana.Dalam perjalanan nak ke Melaka tu kami berhenti sekejap minum kopi dan bersarapan di Hentian R&R Air Hitam.Meneruskan perjalan kami selepas sarapan ke Bandar Tangkak,untuk mengambil isteri abang Mat Shah iaitu kak Ros di rumah makciknya.Bila nak teruskan perjalanan kelaur dari Bandar Tangkak,kami sempat singgah sebentar ke gerai tepi jalan untuk menikmati Durian.Bukan durian sembarangan tau...Ini namanya Durian "MUSANG KING A.K.A DURIAN KUNYIT" yang paling sedap dan paling tebal isi nya di Malaysia.Walau pun saiz nya kecik tp isinya padat dan mampat.Harga sebiji Durian kunyit nie RM 20.tapi memang berbaloi sebab susah nak dapat.Hanya ada kt Tangkak,Pahang & Perak saja.


Meneruskan perjalanan ke Melaka dan kami sampai jam 2petang.Aku dan kawan-kawan singgah makan di "Restaurant Selera Kampung" yang terletak berhadapan Dataran Pahlawan.Asam pedas & Udang Galah masak lomak cili api dia memang terangkat.Harga sekor Udang Galah RM20...tapi memang berbaloi.

 Lepas je makan tengahari kami pun ke tempat penginapan kami di apartment 2bilik di Melaka Raya.Harga apartment 2bilik tu RM200 sajor...murah kan.Location mmg best kt Melaka Raya.Cuma pertama kali nak cari apartment tu kira menjajor jugak la.Lepas solat & berehat seketika.Aku & gang yang lain mula lah merancang untuk ke Pantai Klebang & Tanjung Kling.Masa dalam perjalanan nak ke sana tu,kami nampak ramai sangat orang beratur panjang di satu warung nie.Tak tau kenapa,jadi kami pun berhentilah untuk tengok apa yang ramai tu.Rupa-rupanya semua beratur nak makan "Coconut Milk Shake".Teringin pulak tekak nak mencubanya.Jadi aku pun lepak dan meminta "Coconut Milk Shake"dia nie.Memang sedap sangat-sangat.Ada aiskrem lagi kat atas dia.

Lepas je makan Coconut Milk Shake tu,kami pun tak jadi lah ke Pantai Klebang sebab memandangkan hari dah petang.Aku ke Bandar Hilir sahaja dan meletakkan kereta di depan Dataran Pahlawan kemudian meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Taman Astakona,A-Farmosa dan kawasan sekitarnya sampai lah malam menjelma.Kami bergerak ke Jonker Street selepas margrib.Fuuuhhhh sikit la punya ramai manusia...


Masa nie tengah beratur nak beli Cendol Melaka @ Jonker Walk


Lepas saja ke Jonker Walk,kami ke River Night Cruise pulak.Menyusuri Sungai Melaka sambil menikmati Bandar Melaka dari sungai.Setelah penat ,perut pun dah mula lapar,kami memandu menuju ke Medan Ikan Bakar Alai .Makanan-makanan kat sini memang murah dan sedap.Paling penting jangan melepaskan peluang makan Ikan Pari Bakar diaorang yea..memang terbaik.Malam tu gak kami pulang bermalam di apartment yang kami sewa.Abang Mat Shah & Kak Ros bermalam jugak bersama tapi awal-awal pagi jam 4pagi diaorang anak beranak dah pulang ke Johor.Katanya ada seminar dengan Kelab Putra Umno.Kami pulak dalam jam 11pagi bertolak ke bandar Hilir untuk melawat Muzium Samudra.Singgah sebentar ke Pulau Melaka melihat Masjid terapung.Selesai saja melawat muzium samudra,kitaorang pun bergerak balik ke Johor bahru.

SELAMAT TINGGAL MELAKA...MENINGGAL KAN KENANGAN YANG MANISSSSS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget