Saturday, March 18, 2017

Hari 2 : Kembali ke Sekolah

 Hari pun dah pagi.Hari ini kebanyakkan kaum bapa dan ibu-ibu turun ke restoran untuk bersarapan pagi termasuk lah RA sekali.Sebahagian lagi bersarapan di perkarangan bilik apartment dengan menu nasi lemak bungkus , kueh karipap dan kueh koci yang telah pun RA aturkan dengan salah seorang penduduk Melaka yang membuat penghantaran makanan.
 Cuti hujung minggu kali ini agak ramai pengunjung di sebabkan bertembung dengan cuti sekolah.Jadi restoran sarapan pagi di tukarkan ke dewan makan yang lebih besar.Menu sarapan di hotel ialah Roti jala , Kueh teow goreng kueh-kueh dan nasi goreng.RA sempat merakamkan detik-detik bersarapan bersama rakan-rakan yang bermalam di sini.Yang belum bangun pagi lagi tu biasalah letih kot semalam duduk berbual sampai jam 3pagi.
Acara pagi ini konon nya nak buat sukaneka.Tapi di sebabkan tiada tempat dan ruang untuk itu dan anak-anak dah tak sabar nak mandi di kolam, maka terpaksalah sukaneka keluarga di batalkan.Jam 10pagi semua dah ke taman tema air bersebelahan untuk mandi.
 Bukan anak-anak jer,mak bapak jugak turut serta dan suka main air hahaha.Ada yang tersendat kat gelonsor air (maklumlah badan dah main naik) ada yang tersedak terminum air kolam,macam macam lah adegannya.
 Di Gold Coast Melaka ini ada 2kolam mandi paling besar.Satu kolam tu ada gelonsur air.Di tambah dengan 3kolam Jacuzi terletak berhampiran pintu masuk.Sebab tu budak-budak sampai ke petang tak mau keluar dari kolam mandi nie.Adehhhh...
Contoh - contoh bapa misali yang menjaga dan meneman anak-anak mandi.Memang puas la diaorang ni dapat mandi.Tapi bagi RA dan AJK-AJK yang lain ada tugas lain yang menanti kami jam 3petang nanti.Iaitu mendekorasi dewan makan malam kembali ke sekolah kami untuk malam nanti.Makan tengahari kami Nasi Bungkus Lauk Asam pedas + Ayam Goreng dan Sayur Kobis.
Tepat jam 3petang RA dan beberapa rakan dah tercongok di dewan makan malam yang tidak jauh dari apartment kami.Wah Toy pegang hadiah cabutan bertuah macam pasti dapat jek..? hehe.Kerja yang paling rumit kena buat ialah isi angin dan susun belon...adehhh....banyak pulak tu.
Cantik tak dewan makan malam kembali ke sekolah kami malam nanti....cantik kan...? hahaha..12meja kesemuanya di jangka seramai 40 lebih bekas pelajar SMPT yang akan berkumpul di sini membawa bersama keluarga mereka.
Tu dia kerja-kerja menyusun dan membungkus cederahati yang di aturkan oleh kaum ibu-ibu.Kerja-kerja pun sempat bergambar kan.Kami kena cepat siapkan sebab jam 6petang sesi bergambar akan di buat di luar dewan dan jam 7malam pintu masuk dewan makan akan di buka dan bermula lah sesi persekolahan (katanya).
Ok kawan-kawan,RA dah bersedia untuk kembali ke sekolah....jom...
Seperti yang di aturkan.Tepat jam 6petang kesemua dah mula berkumpul di luar apartment menuju ke dewan makan.Pakaian mengikut tema iaitu "KEMBALI KE SEKOLAH" 
Sikit punya riuh rendah mengalahkan orang nak bersekolah betul.hahaha.
Tetiba kat luar langit dah mula mendung.Kilat pulak dah mula menampakkan taringnya.Terpusu-pusulah bergegas ke dewan makan malam.Sesi bergambar di mulakan jam 6petang dengan angin di luar yang bertiup makin kencang.
Hari nak hujan weyyyy....cepat amik gambar sebelum hujan....Gambar nie paling giler giler nasib baik lah tak kena miang buluh tu.
Tepat jam 640petang hujan beserta guruh dan kilat membasahi bumi Melaka.Yang tak sempat bergambar tu terus masuk ke dalam dewan bagi mengelakkan kebasahan.
Nampaknya sesi bergambar di luar terpaksa di buat di dalam dewan.Inilah hasilnya.
Jadilah bergambar dalam dewan,tapi kalau amik gambar kat luar lagi cantik.Apa nak buat dah tetiba faktor cuaca yang tak mengizinkan.
Hasilnya tetap menjanjikan.
Kemeriahan dengan gelak tawa dan ceria masing-masing terselah petang itu.
Jam 7malam pendaftaran masuk sekolah di mulakan.Sorang - sorang kena kemeja pendaftaran untuk sesi persekolah malam ini.
Amboi-amboi muka masing-masing suci jek macam nak masuk tingkatan 1 kan...
Barisan pelajar perempuan yang hadir ke sekolah malam ini.
Ini pulak barisan pelajar lelaki yang hadir.Si Faizal lari dari pendaftaran yea....muka tiada di meja pendaftaran.Yang baju hitam ini ketua geng budak-budak kuat ketawa.Baju dia lain sikit dari yang lain.
Nie dua orang lagi kawan dia yang pakai baju hitam nie ahli-ahli kuat ketawa dialah.Shahir,Latifi dan Zaidi.
Tepat jam 715malam sekolah di buka dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah.Bacaan ikrar di baca oleh pelajar Fairus dan bacaan doa oleh pelajar Zaki (amboi macam doa jabatan je RA dengar huhu)
Acara di rasmikan oleh ketua geng budak-budak SMPT paling terkenal dan mendapat undian paling tinggi di seantorio sekolah iaitu "EDDIE SAORI".Kemudian kami semua di jamukan dengan hidangan bufet yang telah siap menanti di belakang meja.
Jangan bikin malu lah yea,kami ada menjemput kumpulan 4U2C dan FEMININ untuk membuat "COMEBACK" dengan menyanyikan lagu FIONA & UNTUKMU.Inilah hasilnya...Macam-macam hal terjadi hahaha.
Amik kau 4U2C katanya...Tapi langkah tari tetap 1-2-3 sebut kat mulut tak lepas.hahaha.
Lupakan 4U2C & Feminin celup ini...Ini betul-betul persembahan dari artis "Toi - Anjang" yang juga merupakan salah seorang bekas pelajar SMPT.
Terima kasih kepada Tpi yang sudi menyampai lagu dan menghiburkan kami semua.Macam - macam acara di adakan.Dari sesi soal jawap sampailah kepada permainan ala "SUPER SPONTAN".
Inilah keadaan dewan makan yang penuhi oleh keluarga besar bekas pelajar SMPT.
Banyak jugak hadiah cabutan bertuah yang kami sampaikan.Rata-rata hadiah di sumbangkan oleh orang perseorangan yang juga bekas pelajar SMPT.Termasuklah hadiah kuali roti jala hehehe.
Kemuncak acara ini adalah acara bekas pelajar contoh atas kejayaan mereka di dalam bidang perniagaan (Eddy) dan pelajaran (Mona)...opss lupa Dr. Mona.
Cantik kan kek Red Velvet kami ini.Terima kasih kepada yang menyumbangnya.Kesemua AJK termasuk RA bergambar di acara penutup ini.
Akhir sekali sebelum pulang kesemua bekas pelajar mengabdikan potret kenang-kenangan bersama keluarga tercinta.
Macam-macam aksi dan adegan yea.
Inilah antara sebahagian keluarga besar bekas pelajar SMPT yang hadir pada malam ini.Tu pun ramai yang tak dapat hadir kerana urusan peribadi.
Haha ada jugak terselit baju Nirvana di tengah-tengah baju sekolah nie.kalau dah rock kapak memang tak leh buat apa apa lagi dah.haha.barisan bekas pelajar Lelaki yang hadir.

Barisan bekas pelajar perempuan yang hadir.
Akhir sekali sebelum majlis penutup kami semua bergambar beramai-ramai sebagai kenangan dan mengabdikan detik manis berkumpul bersama.Acara sesi orentasi persekolah di tutup jam 12tengahmalam dan bersambung di lobi penginapan....tunggguuu kemas kininya akan datang...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget