Sunday, January 31, 2016

Bingkisan dari Madinah Al-Munawarah

Alhamdullilah....!!! Syukur tak terhingga kerana RA antara yang terpilih oleh Allah untuk  mengerjakan Umrah dan Ziarah ke Madianah Al Munawarah dan Mekah Al Mukaramah.Jadi bingkisan yang akan RA tulis di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk bermegah diri tetapi sekadar berkongsi cerita , gambar dan kegembiraaan serta pengalaman semasa RA di Tanah Suci.Entah bila RA akan ke sana lagi jadi hanya gambar dan blog di jadikan kenangan sementara menunggu kedatangan yang akan datang untuk melepaskan rindu.

 Alhamdulillah tanggal 30Januari2016 RA berlepas ke Tanah Suci Madinah dengan penerbangan AIR ASIA yang telah RA tempah bersama pakejnya melalui teman RA yang bekerja di Tiram Travel Johor Bahru.RA bersyukur kerana pakej yang di tawarkan sangat berpatutan iaitu berharga RM5500.Memandangkan mahu keselesaan tempat duduk RA buat tambahan RM300 untuk menempah tempat duduk khas yang di panggil "HOT SEATS" (selalunya tempat duduk di bahagian depan sekali) agar dapat RA melunjur kaki dan keselesaan ketika makan.Mutawif yang bertugas menunggu RA di KLIA2 bersama beberapa penumpang lain yang mengikuti rombongan ini.Di KLIA2 RA di berikan tag nama tanda pengenalan diri yang harus di pakai sepanjang berada di Tanah Suci.

Jam 230petang waktu penerbangan kami tetapi kelewatan 30minit di sebabkan beberapa faktor yang tak dapat di elakkan.Penerbangan memakan masa selama 9jam30minit sangat-sangat memenatkan.Sepanjang penerbangan memang tidur jelah sebab melawan arus waktu jam.Beza Saudi dengan Malaysia 5jam ke belakang.Alhamdulillah sekitar jam 830malam penerbangan kami tiba di Lapangan Terbang Jeddah.Ada dua terminal di Jeddah ini,satu Terminal Antarabangsa Jeddah dan satu lagi terminal Haji yang mana di gunakan semasa haji.RA tiba di Terminal Haji.Luas dan besar cuaca pada malam itu sekitar 24 darjah selsius.Selepas urusan passport , kami bersolat Jamak berjemaah.Jam 1030malam bas yang di tunggu pun tiba dan kami menuju ke Madinah Al-Munawarah.

Jam 1pagi kami tiba di R&R antara Jeddah dengan Madinah. untuk makan malam.Suhu sikitlah punya sejuk sebab kat luar tu angin memang kuat bertiup.RA rasa ada dalam 10-15'C kot.Menu makan lak RA tak tahu nak makan apa.Bila tengok Mutawiff RA dah balon beli Nasi Arab RA pun belilah jugak.Harga $13Rial sedulang.Orang arab yang jual makanan kat sini boleh cakap Melayu lagi.Lagi satu kat sini main makan dalam dulang je.Ayam pulak sebelah dia bagi.Perghh memang tak habis makan kalau sorang.Nak kongsi makan dengan yang lain semua datang dengan keluarga.Nak tak nak makan balon sorang sampai tak abis hehe.Dah makan kami meneruskaskan perjalan pagi tu ke Madinah.Tiba di Madinah sekitar jam 3pagi.Suasana di sepanjang bandar Madinah tidak lah sebuk waktu tu,mungkin masih ramai yang di buai mimpi.Jam 430pagi baru RA dapat kunci bilik.Nama Hotel Sama Al Masi.Alhamdilillah hotel tak jauh dari Masjidil Nabawi.Bukak tingkap je nampak tersegam Masjid Nabawi.Indah sungguh suasana pagi tu.Bilik RA berkongsi 3orang.Tapi akhirnya RA tidur sorang sebab rakan sebilik dok pindah ke bilik ibu dan adiknya.Untunglah RA dapat duduk satu bilik seorang.Subuh di Masjidil Nabawi RA beranikan diri pergi sendiri memandangkan takdelah berapa jauh dari hotel.Alhamdulilah dapat merasa solat Subuh pertama di sini.

Aktiviti semasa RA di Madinah termasuklah lawatan dalam dan lawatan luar.Lawatan dalam ialah lawatan di sekitar Masjidil Nabawi.Besar dan indah Masjid ini.

Antara lawatan dalam yang kami pergi adalah Masjid Saidina Abu Bakar Sidiq.Masjid nie sebelah je dengan hotel RA dan sekitar 300meter dari Masjid Nabawi.

Tempat lain ialah lawatan ke Makam Rasullullah, Makam Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan beberapa lagi para sahabat.

Perkuburan Baqi yang terletak bersebelah Masjidil Nabawi.Di perkuburan Baqi terletak juga makam Saidatina Aisyah,kaum keluarga Nabi dan juga sahabat-sahabat Rasullullah.Di sini juga terdapat papan tanda larangan-larang ketika melawat perkuburan yang selalu kita buat.

Di balik dinding gambar kat atas ini ialah Raudah.Antara tempat-tempat mustajab doa.Di dalam ruangan Raudah ini juga terdapat menara tempat solat bilal , ruang Imam dan juga mimbar untuk khutbah.Karpet berwarna hijau di letakkan bagi membezakan ruangan Raudah dengan ruangan lain yang berkarpet merah.

Lihatlah betapa indahnya senibina Islam di dalam Masjid Nabawi ini.

Dari bahagian pintu masuk dah tersergam ciri senibina yang kemas dan menjanjikan.

Semua gambar ini adalah sebahagian luar dan dalam masjid Nabawi.Ruang yang ramai berpusu-pusu nak masuk tu adalah kawasan Raudah yang menjadi pilihan pengunjung untuk bersolat di dalamnya.

Payung ini pula di bangunkan oleh jurutera dari Malaysia.Projek baru kerja sama dengan kerajaan Arab Saudi.Selalunya waktu tengahari payung akan di buka bagi mengelakkan panas ketika bersolat di luar masjid.

RA sempat rakamkan gambar ketika payung di buka dan di tutup.Cantik dan ciptaan anak tempatan memang mendapat tempat di sini.

Bahagian luar masjid Nabawi yang asal yang telah di perbesarkan.Kubah warna Hijau adalah warna asal.Di bawahnyalah terletaknya makam Rasullullah Kesayangan kita iaitu Muhammad S.A.W.

Mimbar masjid di dalam ruangan Raudah dan ukuran bumbung masjid.

Mengambil kesempatan bergambar kenang-kenangan di hadapan Masjid Nabawi.

Ini antara lawatan luar Madinah.RA di bawa ke Bukit Uhud , tempat berlakunya peperangan kedua yang mengorbankan ramai Shuhada.Gambar di ambil dari tempat di pemanah-pemanah Islam berkumpul dan menyerang musuh dari sini.Strategi peperangan ini adalah hasil buah fikiran Rasullullah sendiri.Di hadapan bukit inilah Bukit Uhud.

Amik gambar dan pengajaran dari peperangan Uhud ini.Iaitu mengikuti arahan ketua.

 Selain itu lawatan luar Madinah termasuk juga lawatan ke Ladang kurma.Haa yang siap bergambar tu semua belakangnya pokok kurma lah.Rupa pokok kurma ini seakan pokok kelapa sawit.Ada iras-iras sikit kot.

Dalam perjalanan pulang kami melalui satu lagi kawasan bersejarah dalam peperangan Handak.(parit).Di atas bukit ini adalah kawasannya.

Ini antara aktiviti jualan peniaga tepi jalan selepas solat di sepanjang jalan dari Masjid ke Hotel RA.Rata-rata peniaga adalah di kalangan warga asing.Barangan yang di jual boleh di tawar menawar dan cukup murah.

Ini adalah bentuk muka bumi Madinah dalam perjalanan menuju ke Masjid Quba.Iaitu Masjid pertama dalam Islam.

Ramai yang datang melawat masjid ini.Kebanyakkannya dari Turki dan Indonesia.Masjid ini berwarna putih.RA berada di Madinah selama 3Hari/2Malam dan pada hari ketiga selepas bersolat Zuhur dan membuat Ziarah Widak ke Makam Rasullullah dan makan tengahari , kami bersiap dengan pakaian Ihram bertolak menuju Mekah Al-Munawarah sebelum turun bermikat di Masjid Bir Ali untuk mengerjakan umrah di Mekah nanti.Jumpa lagi di bingkisan dari Mekah pula...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget