Saturday, April 18, 2015

Tukar Selera ke Asam Pedas Botak

 Lama dah tak makan kat sini.Restoran Asam Pedas Botak di Tanjung Putri,belakang Hotel SuriaCity.Tapi hari ini pasti nak rasa dan perjanjian makan telahpun di meterai oleh Abang Yunus , Kak Ros , Abang Mat dan Nik.Jam 1230tengahari kami semua dah pun tiba di sini.Orang yang paling berhajat sekali abang Yunuslah.Diakan hantu asam pedas.hehehe.

Tengok je muka dia bila nampak asam pedas depan mata,Bibir-bibir dia bergegar-gegar minta di hirup asam pedas itu.Asam pedas kat sini berbeza sikit dari di tempat lain.Ianya kurang pedas sebab versi Baba Nyonya.

 Ikan goreng sekor , Asam Pedas satu claypot,sayur kailan goreng dan telur dadar.Jumlah kesemuanya RM180.00.Sedikit mahal dari tempat-tempat lain.Sebab tu RA hanya ke sini sesekali sahaja,bila teringin nak baru datang.

 
 Lokasinya kalau dari kedai ni boleh nampak permulaan jambatan tambak Johor menuju ke Singapura.kat celah-celah bangunan pejabat lama je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget