Saturday, December 7, 2013

Mendobi di Kedai Mr Bean

 Hari ini RA nak mendobi ala Mr Bean di Larkin Perdana.Dengar cerita kat sini kita boleh mendobi dengan harga yang murah,cepat dan senang.

 Jadi inilah dia kedai yang di cari-cari oleh RA.Di JB khidmat layan diri mendobi masih lagi baru dan tidak seperti di KL atau Singapura yang sudah lama di praktikkan.Kedai dobi Mr Bean ini terletak bersebelah Maybank Larkin Perdana dan di buka 24jam.Jadi takde alasan baju tak basuh yea.Sambil-sambil menunggu baju di basuh bolehlah guna khidmat wifi yang di sediakan dalam kedai dobi ini.

Kalau rasa-rasa sabun baju anda lebih handal , anda bolehlah bawak sendiri sabun dari rumah.Jika tak bawak dan terlupa tu bolehlah beli sabun baju dari mesin ala mesin air tin ini.Harga sekotak sabun baju RM1.00 dan harga softener pun RM1.00.Untuk baju yang kurang 9KG anda boleh pilih mesin yang tertera 9kg dan bagi yang banyak baju tu leh ke mesin basuh yang tertulis 14kg.


Harga cuci 9kg punya mesin basuh

-  RM 6.00 untuk basuh ala-ala tepi perigi (baju tak kotor sangatlah)

- RM7.00 untuk pakaian yang kotornya sederhana

RM8.00 untuk pakaian yang kotornya "MasyaAllah".


Harga cuci  untuk 14kg punya mesin basuh

- RM 7.00 untuk basuh ala-ala tepi perigi (baju tak kotor sangatlah)

- RM8.00 untuk pakaian yang kotornya sederhana

RM9.00 untuk pakaian yang kotornya "MasyaAllah".

 Kalau nak keringkan baju pun boleh ke mesin pengering.Harga RA tak perasan lak.Bagi yang pertama kali nak guna khidmat nie,kat dinding ada tertulis bagaimana nak mengunakannya.Byar mesti guna duit syiling 50sen baru tau.Boleh buat pertukaran kat mesin sabun tu sekali.


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget